2

2.3K 278 135
                                    

<< Bilik Mesyuarat >>

Author POV

Sampai sahaja mereka di depan bilik mesyuarat, Seungcheol mengeluarkan telifon untuk call seseorang.

"Hyung! Cepatlah datang kitaorang dah sampai depan bilik mesyuarat ni" Seungcheol menilik jam di tangannya.

Sudah pukul 9 pagi.

// Kau masuk jelah macam la tak biasa main terjah masuk sampai pintu tu dah masuk 5 kali kena ganti //

"Masalahnya bilik ni berkunci" Sungcheol memberi arahan kepada Mingyu untuk bersiap sedia merosakkan pintu itu lagi.

Mingyu dah sedia bawa kasut bot keras bagi lindungi kaki.

"Cepat hyung!! Aku dah ready ni!!" kata Mingyu semangat.

Pelajar-pelajar U yang lalu lalang di situ memandang Mingyu datar, harap je lelaki digilai ramai tapi perangai hanya Seventeen je yang tahu.

// Woi-woi!! Jangan tendang pintu tu! Jenuh aku yang kena bebel dengan pensyarah korang! Aku otw ni tunggu! //

Tut. Tut. Tut.

"Aik cepatnya letak" Seungcheol menggelengkan kepala.

"Mingyu jangan tendang pintu tu kejap lagi hyung 'kesayangan' kita sampai" sambung Seungcheol.

Mingyu jatuh terduduk, dah la semua orang pandang jatuh imej dia yang hensem disebabkan pintu itu.

"Sudah la tu Mingyu jangan nak buat drama jom aku belanja kau makan aiskrim" pujuk Wonwoo.

Mingyu apa lagi dengan riangnya dia ikut Wonwoo diikuti Chan yang tergedik-gedik nak ikut sekali.

Jeonghan pun turut serta sekali kerana Chan yang menarik dia katanya Wonwoo tak akan belanja dia itu yang dia bawa Jeonghan tu.

"Tolong!! Aku tak nak duit aku melayang!! Bulan ni dah 50 000 won duit aku kena guna!!" jerit Jeonghan.

"Jihoon, Jeonghan hyung terjerit-jerit minta tolong tu" Soonyoung mencuit bahu Jihoon.

"Jerit? Ada ke orang jerit aku dengar bunyi zirafah berteriak je" jawab Jihoon savage.

Soonyoung beralah malas nak melayan savage Lee Jihoon tu.

"Lama lagi ke nak tunggu dia tu?" keluh Jisoo.

"Kejap lagi sampai lepastu hyung boleh cerita pasal mimpi hyung tu" Hansol menepuk bahu Jisoo.

Seungcheol yang dari tadi memerhati hanya mampu memeluk Minghao.

"Hyung? Kenapa peluk-peluk aku ni?" Minghao menolak Seungcheol, dah la Seungcheol terlebih sado dia pula kurus tak ke patah riuk tulang dia nanti.

"Takde la aku saja nak peluk kau hehe" sengih Seungcheol.

"Hyung ni gedik la!! Nak peluk Minghao kita! Pergi la peluk Seokmin tu!" Junhui menarik tangan Minghao lalu beredar dari situ.

'Dia atau aku yang gedik -_-' bisik hati Seungcheol.

Dia bukan tak nak peluk Seokmin tapi tengok macam Seokmin busy gosip dengan Seungkwan itu yang dia tak nak kacau.

"Alone lagi nampaknya aku ●︿●" Seungcheol menguis pintu dengan muka sedihnya.

"Yow wassup!! Pahal sedih-sedih ni?" tegur seseorang.

"CHANYEOL hyung!! Asal lambat sampai!!" Chan berlari riang sambil membawa aiskrim manakala Jeonghan membuat muka ingin menangis duit terbang punya pasal.

"Kereta buat hal tadi jom masuk" si dia memulas tombol pintu selepas dapat membuka kuncinya.

"Hyung mesti nak suruh kitaorang selidik sesuatu kan?" tebak Jihoon.

"Eh mana tahu ni?" Chanyeol mula membuat muka acah gadis melayu terakhir duduk atas lantai dengan malu.

"Orang tahu la dah setiap kali perjumpaan mesti hyung suruh kitaorang selidik sesuatu" jawab Seungkwan pula.

"Masuk dulu nanti hyung bagitau" Chanyeol masuk kebilik diikuti yang lain.



________________

Sebenarnya nak letak Jongsuk bukannya Chanyeol tapi teringat balik yang Jongsuk dah masuk nak tak nak rembat nama lain😂😂

Jaehoon dan Jungyon korang nak diorang muncul ke?

Next Chap Bts!!




[C] The Killer  || Seventeen × Bts || Where stories live. Discover now