Special Chapter - Adam & Isabella 2

Start from the beginning
                                    

"Aku minta maaf sayang . Semua ni salah aku . Kalau aku tak ikut dendam dalam hati kita mesti tengah bahagiakan ? Kau mesti ada dengan aku . Kau mesti tengah pujuk aku sekarang..tapi sebab jantan sial tu ! Kita macam ni.. aku minta maaf sayang . Aku janji aku akhirkan semua ni ."

Adam tarik nafas panjang . Dia menyeka air matanya kasar .

Matanya tajam seolah lirikan dengan makna .

"Kau letak aku dengan pilihan . Dan aku pilih .."

Dia ukir senyum sinis .

Teruskan

Laju Ferrari hitamnya mengaum dan meluncur laju membelah jalan .

- - - - -

Gudang lama itu dipandang dia dengan perasaan benci .

Belum masuk lagi dah menyengat hidungnya dengan bau dadah .

Dia terus mengambil mask hitam yang disembur sedikit minyak wangi Isabella sebelum berlalu masuk kedalam gudang itu .

"Yo bro ! Finally , you are here " sapa satu suara sebaik saja dia tiba di dalam .

Lelaki bertshirt hitam yang diraba-raba dua perempuan yang berpakaian macam jakel habis kain nak jual .

Dia memandang Adam tanpa mempelawa duduk .

Sengihannya bertukar bengis . Dengan isyarat mata dua pengawal peribadinya mendekatkan diri dengan Adam .

Buk !

Terus Adam jatuh melutut . Dia gigit bibir bawahnya menahan sakit dibetis .

Dia ketawa sinis melihat Adam yang tidak melawan .

"Kenapa kau tak lawan ? Lemah sebab pengarang hati kau dah tinggalkan kau ? " sinis Hariz .

Hariz ? Ya , Hariz Luthfi . Jejaka yang Isabella perkenalkan sebagai model jenama lain . Isabella silap .

Hariz Luthfi bukan lelaki berkerjaya seorang model . Dia seorang bussinessman . Tapi dalam dunia dadah dan pelacuran .

Kerana dendam pada Adam 7 tahun lalu belum terlaksana , dia jadikan Isabella bahan permainanan . Dia bencikan Adam Danny jadi dia mahu Adam melutut merayu dikakinya .

Adam kerling Hariz dengan hujung mata .

"Finish him " ujar Hariz dengan sinis . Dia teguk arak yang berada didalam cawan sambil menyaksikan Adam dipukul .

Libasan di kepalanya buat Adam berpinar .

Dia terbaring tanpa melawan .

"Lemahnya ! Kalau aku tahu Isabella itu kelemahan kau dari dulu aku jumpa betina tu ! Bagus juga kalau aku jumpa dia lebih awal . Boleh aku jadikan dia pelacur kelas atasan . Hahaha "

Adam ketap gigi . Geram dan amarah semakim menggila mendengar jantan sial itu menghina Isabella .

Adam bangun melibas kakinya kebelakang . Terjelopok lelaki suruhan Hariz jatuh menyembah tanah .

Mereka yang lain terkedu melihat Adam yang sudah bertindak . Hariz ukir senyum sinis .

Ini yang dia mahu .

Adam mengelakkan diri daripada ditumbuk lelaki lain .

Juga dengan sekali libasan lelaki itu rebah tidak sedarkan diri .

Pistol hitam berlambang ular yang dari tadi dia simpan dia acukan pada Hariz .

"Kau nak tahu , dah lama aku tak bagi pistol aku makan darah " ujarnya perlahan . Adam angkat kening memandang Hariz .

Dia , Bidadari Tak BersayapWhere stories live. Discover now