IMAN tersentak .
Apa yang dia maksudkan Dahlia ialah Budak Comot yang dia gilai dari bangku sekolah ?
Ya , sewaktu di zaman persekolahan Iman merupakan pelajar 'Hotstuff' kerana perlibatan dia dalam sukan dan menjadikan dia atlet sekolah . Hampir setiap hari mejanya akan dipenuhi dengan hadiah daripada peminat namun semuanya ditolak mentah-mentah .
Kerana hatinya sudah terpaut pada seorang pelajar perempuan yang comel walaupun dia sering dijadikan bahan ejekkan dan buli . Kenaifan dan baik hati gadis itu membuatkan semangat Iman untuk menjadi pelindungnya berkobar-kobar .
Dia selalukan perhati pelajar perempuan itu dari jauh atau dalam erti kata lain 'jaga' . Namun ketika di tingkatan 5 manakala gadis itu ditingkatan 2 dia terpaksa menamatkan pelajaran sampai disitu memandangkan peristiwa hitam itu berlaku .
Sejak dari tu dia hilang hubungan dengan gadis yang digelar Budak Comot . Kerana cinta pertama hatinya tertutup untuk semua gadis yang cuba menawan hatinya . Namun kebanyakkan dari mereka pulang dengan hati yang hancur .
"Yes , dia budak comot kau . Budak yang kau perhati dari jauh . Budak yang kau angau hampir setiap malam . Budak yang kau cerita dekat arwah Aunty Maya . Yes , Dahlia Qistina , isteri kau adalah Budak Comot " ujar Isabella sedikit tenang .
Malas nak tunggu Iman tahu sendiri . Bukan dia tak tahu Iman hanya pentingkan diri sendiri . Tadi pun , orang tengah risau dia sedap je tengking .
"Isabella .." ujar Adam menarik Isabella berundur kebelakang dari mendekati Iman di atas katil .
"You had everything before but if you lose Dahlia you will lost everything you had . Because she your everything " ujar Feng menyampuk .
Dia juga penat melihat Iman yang ego tinggi . Dia tahu kisah silam lelaki itu membuatkan lelaki bernama Taufiq Al-Iman menjadi lelaki tanpa perasaan .
"Aku turun bawah nak ambil bilik lain . You need some space . Bincang elok-elok . Let's go guys " Adam terus memeluk pinggang Isabella diikuti Feng dan Luna keluar dari suite mewah itu .
Iman hanya diam tak berkutik diatas katil. Dia terus bangun dari katil saat terdengar loceng bilik ditekan .
Wajah Dahlia terpapar menyapa mata . Keadaan gadis itu basah kuyup mendatangkan hairan . Ingin bertanya namun ego menghalang . Terus dia berpaling menapak perlahan ke katil tanpa suara .
"I buy some medicine . Nah " ujar Dahlia perlahan . Dia tertunduk disisi katil sambil menghulurkan plastik putih pada Iman . Namun huluran itu disambut dengan jelingan .
"Kau tak reti nak masuk tandas ? Tukar baju ? Dah basah lantai dengan air apa entah " dinginnya .
"Hm . Yang lain mana ? " soalan Iman dibiar berlalu tanpa jawapan .
"Luar . Bilik . Lain " Dahlia tersengih memandang Iman . Terus dia melompat naik ke atas katil lalu dia peluk Iman erat .
"Eii apa kau ni " ujarnya dingin namun masih membalas pelukkan Dahlia .
"Rindu.." lirih Dahlia . Tadi ya dia terasa hati tapi mana boleh dia merajuk lama-lama nanti dia jugak yang susah tahan rindu .
"Hm" tangan Iman naik membelai rambut basah Dahlia .
"Sorry ? " ujar Dahlia sambil menatap tepat dalam mata Iman .
"Kenapa kau basah-basah ni ? " ujarnya tegas namun lembut . Kadang dahi Dahlia dicium lembut .
"Jatuh kolam.." perlahan saja dia menjawab .
"Kau pergi pool area malam-malam buat apa ? Buang tabiat ? " sindir Iman . Dahlia diam di sisi Iman .
BINABASA MO ANG
Dia , Bidadari Tak Bersayap
ActionKerana kehilangan kehidupan Taufiq Al-Iman berubah hitam . Dirinya hanya diselubungi dendam . Kehidupannya menjadi liar . Hanya kerana satu dendam . Dendam yang tersemat di dada dia berubah menjadi lelaki yang digeruni di kehidupan gelap . Kiri, k...