Bab 15 secoet

11.1K 97 25
                                    

"Listen carefully. Sekarang giliran I to make a deal."

Kali ini Daliya hanya mampu membuang pandang ke muka Hazrul yang tiba-tiba tegang.

"I nak you balik pada I. Hidup dengan I. Kalau you tak setuju, I akan ambil tindakan yang akan buat you menyesal. Seumur hidup!" Tiada sekelumit senyuman petanda dia benar-benar memaksudkan apa yang terlontar.

"Apa yang you nak buat?" Jelas tersingkap gentar di balik suara Daliya.

"I akan tuntut hak penjagaan Heidi."

Meskipun perlahan tetapi suara Hazrul umpama dentuman guntur di telinga Daliya. Matanya melebar menzahirkan perasaan terkejut yang bukan kepalang.

"You...you tak boleh buat macam tu." Daliya tergagap.

"Of course I can. I ada duit, I boleh ambil the best lawyer to fight you. Tengok pada kedudukan you sekarang, sure I boleh menang kes ni. Dengan bawa anak menumpang rumah orang dan tak ada kerja tetap, confirm I boleh menang macam tu aje."

Memang kejam tetapi Hazrul terpaksa melakukan apa sahaja asalkan Daliya tersungkur di kakinya. Kelemahan wanita itu akan diperguna sebaik mungkin asalkan kemahuannya terlaksana.

"You're not strong enough to withstand the storm, Daliya."

Tak semena-mena Daliya dihimpit bimbang dan takut. Anak mata jatuh pada Heidi dalam pangkuan papanya. Tak semena-mena pandangan kabur digenangi air jernih.

Membayangkan Heidi hilang dari hidup mengundang raungan jiwa seorang ibu. Anak yang dikandung selama sembilan bulan, disusukan, dijaga dan diasuh mahu dirampas.

"I tak menumpang, I menyewa." Dalam kesedihan yang melanda, Daliya cuba bangkit membela diri. Di luar kawal, air mata tumpah jua. Laju menuruni pipi. Sisi keras yang cuba dipertahankan selama ini runtuh akhirnya. Hanya kerana Heidi Isyraf.

Hazrul terkaku. Sedikit tersentak dengan perubahan emosi Daliya yang mendadak. Pemandangan paling dibenci sedang terhidang di hadapan mata. Namun dikentalkan hati agar tidak lut oleh simpati yang membugar tiba-tiba.

"Does it make any difference? Hidup Heidi tak terjamin dalam jagaan you." Beku dan tiada berperasaan. Hazrul seperti hilang pertimbangan dan sifat perikemanusiaan.

Segera mengesat lelehan yang membasahi wajah, Daliya cuba menitipkan ketenangan ke dalam diri.

"You tak boleh pisahkan Heidi dari I. Takkan you tergamak nak pisahkan ibu dari anak dia? Dia masih menyusu badan, Hazrul!" Daliya berlagak tabah tetapi matanya menolak untuk bekerjasama. Semakin laju pula hujan kesedihannya.

"You pisahkan Heidi dari papa dia, kenapa I tak boleh buat benda yang sama?" Renungan penuh angkuh berbalas renungan sayu Daliya. Wanita itu masih menjeling pada Heidi di atas riba.

Daliya membungkam, melorong seluas-luas ruang untuk Hazrul menyambung bicara.

"Look, at least I tak sekejam you. I bagi peluang untuk you bersama Heidi asalkan you setuju untuk kembali dalam hidup I. Lagi pun I akan gandakan ganjaran untuk you. I'll provide you with expensive and beautiful things. House, a car, money and protection."

Lama panahan matanya menikam ke tampang Hazrul yang kosong tidak beriak. Menonjolkan kepongahan yang sebati dengan lelaki itu sejak mereka terpisah haluan.

"I tak tahu yang bekas banduan boleh hidup mewah bila keluar dari jail. You kerja apa? A druglord?" Daliya mencapai tisu lalu dicecah ke pipi. Mengesat tangisan sekali gus perasaan terkilan yang menjajah.

Mencebikkan bibir, Hazrul mengabaikan pertanyaan Daliya. Heidi yang terlorot ke depan ditarik merapat semula.

"Cakaplah apa saja, Daliya. Tak menjejaskan apa-apa."


Sementara Daliya kematian deria, Hazrul menikmati makanan. Tidak dilupakan si kecil yang asyik ternganga setiap kali dia mahu menyuap makanan ke mulut sendiri. Memang anak bujangnya memilikki selera yang begitu besar. Tabiat yang merungkai misteri perubahan berat badan Daliya.

"Oh, lagi satu sebelum I terlupa. Stay away from Nazli."

Terkelip-kelip, Daliya membuang pandang ke arah Hazrul yang baru memanggung muka.

"I tak rasa yang ganggu isteri orang especially MY WIFE tu adalah benda yang mulia since dia nampak baik sangat kat mata you, kan?"

Tiada apa yang mampu Daliya lakukan kecuali mengunci mulut. Ternyata situasi berpihak pada lelaki di hadapan mata yang sedang melayan jantung hatinya.

***

Nak baca teaser boleh add FB saya. Tq

Lelakimu Yang Dulu [TERBIT] Where stories live. Discover now