Bab 13 Secoet

7.4K 53 2
                                    

"You dah fikirkan apa yang I cakap semalam?"

Daliya senyap. Terus sahaja perbualannya dengan lelaki itu di dalam kereta kembali berputar.

Permintaan gila Hazrul membayangi setiap langkahnya. Masakan boleh dilupa. Apa Hazrul fikir dia anak kucing? Suka-suka mahukan dirinya.

"Jawapan I, no. Kembali ke dalam hidup you hanya akan buat I terluka semula."

Dia tidak perlu berfikir untuk memberi jawapan pasti. Sememangnya itulah perkara yang berulang main di kepala semenjak pertemuan pertama mereka selepas dua tahun berpisah.

Mengasingkan tisu yang dibasahi darah, Hazrul menarik helaian tisu yang lain. Ditekan-tekan ke sekitar luka yang mula membukit. Keras. Pedih makin terasa. Mahu sahaja disuruh Daliya mengeluarkan peluru sekarang juga. Namun hasratnya tertangguh melihat Heidi masih belum puas menyedut bentil susu mama.

"If I'll make sure yang you takkan terluka lagi?"

Secebis kecil hati Daliya bergoncang. Hampir termakan dengan taktik Hazrul yang gemar menduga. Padahal lelaki itu jelas tidak ikhlas. Lihatlah, bercakap pun tanpa memandangnya.

Curiga mengasak dada. Perubahan Hazrul yang drastik benar-benar membuncah hairan. Sebelum ini beria-ia mereka bertekak, menegakkan pendirian diri masing-masing. Segala macam perkara diungkit demi memperlihatkan kelemahan pihak lawan.


Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja Hazrul bertukar?

"Apa niat you yang sebenar, Hazrul? Kenapa tiba-tiba you nakkan I sedangkan sebelum ni yang you kejar adalah Heidi?"

Lelakimu Yang Dulu [TERBIT] Where stories live. Discover now