Bab 57

2.7K 163 0
                                    

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam, Sya! Uwey... Kau pergi seminggu dah macam 1 bulan." Ayra terus memeluk Qiesya dengan erat.

"Wey releks la, anak aku dalam perut ni sakit tau." Ayra tersenyum menunjukkan garis giginya.

"Mama dengan papa mana?" Qiesya melilau sekeliling rumah mencari kelibat kedua ibu bapa mertuanya.

"Mama dengan papa pergi Pahang katanya ada urgent kerja kat syarikat Tee Holdings." Qiesya hanya mengangguk angguk. Tiba tiba baru teringatkan pasal si suami.

"Eh, Ayra tolong aku angkat barang banyak ni." Ayra menunjukkan jari nya ke arah diri sendiri.

"aku?" Soal Ayra pelik.

"Yelah kau tak kan lembu?" Ayra sepantas kilat menjeling Qiesya dengan tajam.

"Sya, Abang dah angkat yg lain naik atas. Sya tinggal angkat papper beg je okay?" Qiesya terus mengangguk laju.

Kaki Qiesya laju melangkah ke arah kereta BMW milik iman. Bukak saja pintu kelihatan ada sejambak bunga 3 Papper bag yg berisi baju baby dan belon berbentuk love tertulis I love you.

"Haih la Tengku Zack Iman, Nak sweet pon jangan sampai buat air mata aku jatuh. Abang tak pernah berubah hati walaupun Sya pernah tinggalkan abg dulu kat New York." Air mata Qiesya makin deras jatuh di tubir matanya. Tiba tiba ada sepasang tangan melingkar di pinggang qiesya. Kepala iman diletakkan di bahu qiesya.

"Sayang, Jangan la nangis hnm? Kenapa ni? Sya tak suka ke abang buat surprise macam ni? Jangan la nangis sayang, please for me? Baby, tengok mama awk ni nangis cuba pujuk dia? Nanti baby dah besar, jangan kuat nangis macam mama tau, mama ni mengada ngada kalah Abang awk tu punya merajuk!" Tangan Qiesya terus memukul tangan iman.

"Hish abang ni mana ada! Jahat la!" Qiesya memuncungkan bibirnya sepanjang yang boleh.

"Ha tengok mama awak tu merajuk lagi." Iman tak henti ketawa dari tadi. Asik nak mengusik isterinya je.

"MAMA! PAPA!" Aiman terus berlari ke arah mereka berdua. Baru 1 minggu dah rindu belum lagi Iman ada outstation 1 bulan macam mana la Aiman agaknya?

"Aiman!" Aiman terus memeluk Qiesya dengan kuat macam tak nak lepas dah.

"Aiman best tak bila mama tak ada dekat rumah?" Soal Qiesya sambil mencubit pipi anak kecilnya.

"Best! Tapi, bosan la... Tak boleh tidur sebab mama x kiss dahi Aiman." Qiesya terus mengucup dahi anaknya.

"Aik? Tak rindu papa? Sampai hati Aiman! Nanti papa tak nak belanja Ice cream lagi. Mintak kat mama kalau nak." Aiman cepat cepat turun dari dukungan mamanya dan terus memeluk Iman.

"Alaaa... Mama! Papa merajuk." Tergelak kecil Qiesya melihat telatah mereka berdua.

"Bluekk suruh mama belanja ice cream jangan mintak papa dah!" Iman duduk di atas lantai sambil menyilangkan tangannya sambil muka menoleh ke arah lain.

"Alaa... Papa ni!" Aiman menarik narik tangan Iman dengan kuat tetapi tiada sebarang gerakkan dari Iman. Tiba tiba Aiman mula menangis.

"Waaa!!! Papa tak nak kawan dengan Aiman lagi! Mama!!!!" Qiesya memandang Iman dengan muka yang agak bengis.

"Ishhh... Yela yela, Papa gurau je! Kata Hero Mama dengan Papa, hero mana boleh menangis nanti nampak tak kuat anak papa ni macam mana?" Aiman terus berhenti menangis dan memeluk Iman dengan erat sekali. Iman membalas pelukan anaknya mereka semua masuk kedalam rumah dengan senyuman lebar.

********************************************

Kaki Qiesya setapak demi setapak menuju ke arah meja soleknya. Punggungnya di letakkan di atas kerusi. Krim pelembap di ambil lalu disapu keseluruh badan termasuk muka. Rambut yg diikat kini di lepaskan. Terurai lah rambut panjang sehingga paras pinggang. Minyak wangi di ambil lalu di calit sedikit pada bahagian leher dan pergelangan tangan.

Tiba tiba iman masuk.

"Ermmm... Wanginya bau, kenapa wangi wangi ni sayang?" Soal Iman sambil tangannya memintal mintal rambut milik qiesya yang terurai.

"Takkan tak boleh nak wangi wangi sebelum tidur, untuk suami jugak." Qiesya memeluk tangan Iman yang dari tadi nakal Asik memintal rambutnya.

"Tak cakap salah, abang kena puasa 9 bulan sayang pulak buat macam ni..." Qiesya tersenyum kecil melihat suaminya.

"Aiman dah tidur?" Qiesya memalingkan wajahnya memandang Iman.

"Dah, penat sangat main tadi rindu sangat dengan abang. Dah jom tidur." Qiesya ditarik dan dibawa ke katil untuk tidur.

10 minit...

"Abang..." panggil qiesya perlahan. Masih lagi tiada sahutan.

"Abang...?" Qiesya duduk lalu menoleh ke arah Iman.

"La... Dah tidur rupanya." Senyuman manis terukir di bibir Qiesya. Pipi Iman dipegang lalu dikucup dengan penuh rasa sayang dan cintakan suaminya.

"Abang, Kalau Sya dah tak cukup masa, Sya nak abang jaga anak anak kita ni sampai dia besar ye? Mungkin Sya tak mampu tengok anak anak kita membesar, pergi sekolah macam kita dulu, belajar sampai graduate inshaallah. Sya teringin sangat nak besarkan anak anak kita sama sama. Tapi, ajal maut di tangan tuhan. Allah nak jemput sya pergi tak lama lagi... Sya harap abang bersedia dan bakal menerima apa yang akan terjadi lepas ni. Kalau Abang sayangkan Sya, jaga anak anak kita sampai mereka mampu membina masjid dan berbahagia bersama keluarga masing masing inshaallah." Air mata Qiesya bagai empangan yang pecah. Dahi Iman dikucup buat sekian lamanya.

'Ya allah, aku akan merindui seorang hamba yang bernama suami ini. Aku akan terus berdoa supaya dia mampu mendidik anak anak kami dengan baik.' sekali lagi dahi iman di kucup. Qiesya terus baring menghadap suaminya. Matanya menatap keindahan muka suami yang di angungkan. Lama kelamaan matanya tertutup.

Iman membuka mata selepas melihat qiesya sudah lena dibuai mimpi.

Bibirnya menguntuk senyuman tetapi matanya mengalirkan air yang sangat deras. Tangannya lembut mengusap pipi qiesya. Rambut yang menghalang qiesya dari tidur diselitkan di belakang telinga.

"Inshaalah Sya, abang cuba redho dan berusaha untuk mendidik anak anak kita dengan baik. Abang janji, Abang akan cuba sedaya upaya untuk menerima setiap takdir yang akan menimpa." Iman mengucup bibir qiesya yang berwarna pink kemerahan. Iman memeluk badan isterinya lalu tertidur di buai mimpi.
































pengawas poyo vs pengawas Tiptop Where stories live. Discover now