...
Jam menunjukkan pukul 9pm, aku baring diatas katil empuk dan selesa sambil baca novel kegemaran aku. Malam yang sunyi sehingga ketawa housemates aku memecah kesunyian malam itu.
"yunn!! Mari laa join kitorang tengok BTS vlive , serious kelakar, asyik duk terperap dalam bilik..takde guna jugak..nanti otak tu lembab"
"aduhh bising r korang ni, aku nak baca novel dengan aman dan damai pun takleh, tepi! tepi! Aku nak tengok jugak"
Dalam rumah ni kalau tak bising memang tak sah , housemate aku terdiri daripada 3 orang iaitu Kim Eun , Jung Da won dan Min Yoonji. Persahabatan kami mula terjalin sejak hari pertama masuk kolej.
...
"yahhhh! Bangun! nanti lambat pergi kelas"
"naeeee~"
Memang susah sikit nak bangunkan 3 ketul housemate aku ni. Selalu aku lambat pergi kelas sebab diorang la. *mengeluh
Kami berempat pergi ke kelas cuma jalan kaki je, tak jauh mana pon jarak rumah ke kolej. Tapi kalau dah terlambat macam ni memang berlari marathon la jawabnya.
"fuhh nasib sempat sampai sebelum lecture datang"
Sempat jugak Kesat peluh dan tiba-tiba aku terasa ade kehadiran seseorang di belakangku
"hi yun"
Seseorang yang tinggi lampai dengan senyuman arnabnya itu ramai perempuan di kolej aku cair dengannya kecuali aku.. jangan tanya kenapa tapi aku tahan perasaan ini.
"ouhh hii Jeon Jay"
"kenapa ni nampak tergesa-gesa ? Ni mesti datang lewat lagi kan ish ish"
Aku hanya senyum tipis dan terus masuk ke kelas. Jeon jay adalah classmate aku. Dia anak CEO syarikat ternama. Sebenarnya aku dengar dari orang-orang dalam kolej ni je pasal dia.
Jeon jay tu cuma nama panggilan famous. Dia tu memang cukup berbakat dalam apa jua bidang. Melukis, menyanyi, main piano .. Semua dia pandai. Apa orang cakap dalam English ? haa PERFECT
Tak heran la perempuan dekat kolej aku tergedik- gedik bila selisih dengan dia. Muka dahlah kacak, ditambah pula dengan senyuman di bibir seksinya.. siapa je tak cair ? Tapi tidak bagi aku sebab di sebalik wajah kacak dia, nampak kebayian sangat.
...
"okay student, saya nak kamu semua buat 10 design yang berlainan dan kreatif secara berpasangan" kata cikgu hoobin.
"naee~"
"senarai nama saya telah tampal di papan kenyataan di sebelah kanan kamu"
"hmm nama akuuu....Okay jumpa, harap aku dengan Eun! Eun..eun..eun ..waitttt..Jeo..n WHATTT!!"
Lain yang aku inginkan , lain yang aku dapat. Habis laa aku, kiri kanan semua dah tengok aku sebab partner kerja aku dengan si jeon jay, budak terlajak famous ni.
"hi my partner " jeon jay mengenyit mata dan tersenyum.
Maka bermula la kerja berpasangan entah pape dengan jeon jay. Kalau ikutkan ranking dalam kelas , aku dengan jeon jay yang terbaik sebab kitorang memang sama-sama pandai melukis.
ESTÁS LEYENDO
Confuse (S1 & S2)
FanfictionKisah yang penuh dengan plot twist dan sedikit kekeliruan . Nak tahu sila selami kisah ini ~ Completed story *ATTENTION! FYI, fanfic ni dalam proses baiki semula sebab ayat tak tersusun rapi dengan storyline berterabur terok. Ni first fanfic so noob...
