CHAPTER♠19

494 16 0
                                    

Situasi Qaisara & Hakim

Apa perasaan kau kalau kena 'date' dengan orang yang kau benci. Bayangkan, masa umur 11 tahun dia pernah tuang air pepsi atas kepala korang dekat kantin sekolah depan orang ramai dari 7 tahun hingga 12 tahun semua tahun ada masa tu dia simbah atas alasan yang tidak masuk akal iaitu korang tak tegur dia kalau terserempak tapi korang melarikan diri sebab korang malas nak cari gaduh dengan dia. Korang mesti tak nak kan?

Macam itu apa yang dirasakan oleh
Qaisara Marissa Binti Dato' Qayyum Mazlan.

' Ya Allah! Cepatlah masa berlalu aku dah penat ni nak dengar mamat ni bercerita pasal kucing dia beranak! Kuatkanlah iman aku, Ya Allah! Aku insan yang lemah, hanya mampu berserah- ternyanyi lagu lama pulak.' bisik hati Qaisara dan memandang Hakim dengan muka yang menyampah yang amat.

" Saya tahu yang saya ni hemsem tak payahlah pandang macam tu " angkut bakul sendirilah Hakim ni. Perasaan je lebih. Qaisara hanya membuat mata keatas mesti malas nak layan perangai sewel Hakim.

" Kita nak pergi mana ni? " tanya Hakim dan memandang Qaisara yang memakai baju blouse warna ungu cair dan dipadankan dengan jeans hitam longgar dan kasut Adidas. Memang cantik. Tergoda Hakim melihatnya. Cuba jaga sikit pandangan tu lelaki. Perempuan pun sama jugak. Ikhtilat mana?

" Kau ni pekak ke badak sebernanya? Aku dah cakapkan tadi! " benggang Qaisara bila orang tu buat tak tahu apa-apa, sedangkan ada je masa dia cakap nak pergi mana. Hakim berfikir bila masa pulak dia bagitahu? Pelik bin ajaib.

Panggung Wayang

Mereka sampai di Pawagam untuk menonton cerita yang dibintangi oleh Song Jong Ki (maaf x ingat tajuk cerita). Qaisara memang minati Song Jong Ki bila dapat tahu dia sudah berkahwin dengan
Song Hye Kyo, memang patah seribu patah hatiku. Memang sedihlah tak berlagu. Memang fannatik gila lah. Nasib baik Lee Jong Suk kosong lagi. Nanti boleh tackle dia pulak. Hohohoho

" Nak tengok cerita ape ni? " tanya Hakim lagi dan memandang kearah Qaisara.

" Cerita yang JongKi oppa berlakon ehhh? " tanya Qaisara kembali kepada Hakim.

" Okey je. Tapi sape JongKi? " tanya Hakim lagi.

" Song JongKi ni sebenarnya ex fiancé aku tapi tu lah si HyeKyo ni tak puas hati yang aku dapat JongKi tu yang dia goda si JongKi so last sekali diaorang kahwin lah. Kau beli popcorn 2 air pepsi 1. Aku beli ticket " balas dan arah Qaisara kepada Hakim dan dia ikutkan sahaja.

Hakim hanya layan je walaupun dia tahu yang Qaisara menipunya pasal cerita si JongKi dan HyeKyo tu dia layan je kang mengamuk macam singa betina baru tahu yang maut dihujung tanduk.

' tak sabarnya nak tengok cerita tu!!!! Fangirl jap. Mood on.' bisik hati Qaisara dan melalut jap pasal cerita yang dia akan tengok jap lagi ni.

Qaisara menunggu Hakim yang sedang membeli popcorn dengan minuman diaorang. ' panjangnya beratur. Kalau macam ni lah gamaknya kena redha je lah. Dah tak boleh nak buat apa-apa.' bisik hati Hakim dan memandang beratur yang agak panjang.

Qaisara berjalan kearah Hakim yang sedang membeli makanan dan minuman diaorang. ' mak ai! Panjang giler beratur. Aku beli ticket tak de lah sampai macam ni.' bisik hati Qaisara dan memandang orang yang sedang beratur termasuk Hakim sendiri.

" awak kejap lagi turn kita lak. Okey, sabar jap " ujar Hakim kepada Qaisara yang berada di sebelahnya. Dan membuat muka annyoed.
' nasib baik sayang.' ujar hati Hakim dan melihat perangai Qaisara, amat mencuit hati lelakinya.

Selepas membeli popcorn dan air. Mereka terus masuk ke dalam panggung wayang. Semasa cerita itu berlangsung Qaisara asyik membuat story ig dan status whatsapp je nak bagitahu yang dia tengah tengok cerita Song JongKi selepas menikah dengan Song HyeKyo. Daripada tengok cerita tu baik tengok Dukun lagi best.

[H] Akak Pengawas Itu Aku PunyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang