CHAPTER♥5

2.4K 179 4
                                    

"Dia..." kata-kata Qairyna yang tergantung sambil kepalanya menunduk sambil memandang makanannya.

"Dia apa?" tanya Aisyah dengan lembut walaupun ikut akan hati yang ingin meneking je si Qairyna tapi memikirkan Qairyna kawan baiknya dia hanya pendam dalam hati sahaja.

"Dia mintak get back dengan aku" jawab Qairyna dengan suara yang lemah dan masih lagi menundukkan kepala kerana dia takut untuk memandang je arah kawan-kawannya yang sedang terkejut akan berita itu.

"Jadi kau nak terima dia balik ke?" tanya Qaisara dengan perasaan yang sayu sambil mata melihat ke arah Qairyna yang oernah dilukakan oleh lelaki tersebut.

" aku tak tahu" jawab Qairyna sambil mata memandang ke arah Qaisara. Dia masih keliru sama ada menerima atau tidak.

"Aku rasa lebih baik kau tolak dia sebab dia yang tinggalkan kau dulu sebab nak dekat si Nasha yang gedik giler tu." jawab Susie yang memberi pendapatnya sambil matanya ke atas yang bermaksud menyampah.

"Aku rasa dia mesti dia dah putus dengan si Nasha tu sebab apa aku tengok hari tak de pulak si minah gedik tu duk berkepit dengan dia." jawab Qaisara sambil jarinya di dagu seakan memikirkan sesuatu.

"Aku setuju dengan apa Sara ngan Susie cakap tu. Yerlah bayangkan kau ludah lepastu kau nak jilat balik. Macam ewwww. Tapi kalau kau masih sukakan dia lagi, kau fikirlah nak terima ke tak" jawab Aisyah dengan selamba je.

"Ewwwww" jawab Qaisara dan Susie dengan serentak selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Aisyah.

Qairyna masih lagi senyap memikir akan perkara itu. Dia amat keliru dengan perasaannya sekarang ini.

Patut ke dia terima semula orang yang pernah membahagiakan diri selepas itu meninggalkan dirinya disebabkan dengan kehadiran pelajar yang 'acah cantik'?

ATAU

Menolak kerana dia amat membenci akan lelaki tersebut dengan perkara yang pernah berlaku ke atas dirinya suatu ketika dahulu.

"Kau suka dia lagi ke, Qai?" soalan yang mengejut keluar dari mulut Aisyah yang masih makan tapi matanya kearah Qairyna yang masih memikirkannya.

"Aku tak tahu. Dulu, setiap kali aku tengok dia dengan perempuan lain mesti aku rasa hati aku sakit giler tapi lepas je aku putus dengan dia, aku tengok dia dengan perempuan pun aku tak rasa sakit lagi. Itu maksudnya aku suka dia lagi?" tanya Qairyna dengan naif dan polos sekali.

"Hmmm. Aku rasa tak dah kut" jawab Susie sambil mengangkat bahu dan memandang ke arah kawan-kawannya yang turut memikirkannya.

"Aku rasa baik kau fikirkan betul-betul. Aku tak nak pisang berbuah dua kali" jawab Aisyah memberi pendapatnya.

"Hmmmm. Ok" jawab Qairyna dengan lemah lembut sambil memandang kearah kawan-kawannya yang sentiasa berada di sisinya.

S
K
I
P

Waktu balik

"Petang ini jom pegi IOI CITY MALL?" tanya Qaisara sambil memandang kawan-kawannya yang lain.

"Pukul berapa?" tanya Aisyah sambil berjalan menuju ke arah tangga sekolah.

"Pukul 2 sampai pukul 5" jawab Qaisara secara ringkas.

"Aku okay je" jawab Susie dengan semangatnya.

"Aku join" jawab Aisyah dengan riak muka yang sukar untuk ditafsirkan.

"Qai, kau sekali ehh?" tanya Susie sambil memujuk Qaisara supaya mengikuti mereka sekali.

"Okay. Aku ikut" jawab Qaisara dengan biasanya.

[H] Akak Pengawas Itu Aku PunyaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang