CHAPTER♤16

2.1K 132 16
                                    

Situasi Aisyah & Luqman

P O P U L A R

"Kau nak cari buku ape dekat sini?" tanya Luqman kepada Aisyah yang membelek-belek novel melayu.

"Aku nak cari buku 'KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA' ." balas Aisyah dan membelek-belek buku.

"Best ke buku tu?" tanya Luqman dan mengikut Aisyah.

"Best. Aku dah baca semua buku dari Hadi Fayyad. Memang best giler. Sekarang aku tengah kumpul duit nak beli
'MENGINTAI AKU DI NERAKA' buku di pasarkan 28/1 nanti" balas Aisyah dan Luqman hanya membuat muka 'o'.

Mereka berdua mencari buku yang dikhendaki. Aisyah berjalan pergi ke area cd. Dan terjumpa satu cd. Album Wanna One, BTS dan Samuel. Dia menjadi amat teruja. Dia melihat purse untuk mengira wangnya. Cukupkah untuk dia membeli album tersebut.

Malangnya... Tak cukup.

Jadi dia fikirkan satu lagi jalan untuk membeli album tersebut. Ting. Mentol bercahaya. Ada idea untuk dia dapatkan album tersebut yang harganya bawah RM200.

Luqman sedang membelek-belek komik 'LAWAK KAMPUS' yang boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai ketika itu. Dia amat meminati komik sejak berumur 10 tahun. Daripada situ dia mula kumpul buku lawak kampus. Dekat rumah, rak bukunya hampir dipenuhkan dengan komik lawak kampus sahaja. Tiada buku tentang pelajaran pun.

Sedang dia membelek-belek komik itu dia di cuit di bahunya oleh seseorang.

Aisyah.

"Kenapa? Kau nak ambik buku tak sampai ke?" tanya Luqman dan terselit dengan sindiran di situ.

"Belanja aku boleh tak?" tanya Aisyah dan membuat muka comel.

"Belanja ape benda?" tanya Luqman kembali dan tanganya masih membelek-belek komik yang sama.

Aisyah terus menarik hujung baju Luqman supaya dia ikut. Aisyah nak tunjuk apa yang dia nak kepada Luqman.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" tanya Luqman dan mengikut langkah Aisyah yang pergi ke arah cd original.

"Kau nak aku belanja cd ke?" tanya Luqman dan Aisyah mengangguk tanda mengiyakannya.

"Aku boleh belanja tapi ade syarat." ujar Luqman sambil tersenyum sinis.

"Kau kena couple dengan aku selama sebulan. Dan kita kena berlakon macam sweet couple of the year. No excuse. Kau jugak kena dengar cakap aku. Kau juga kena panggil awak-saya. No kau-aku lagi or not kau kena denda." kata-kata  Luqman yang memeranjatkan Aisyah.

Aisyah memikirkannya. 'Kalau aku couple dengan dia kiranya aku ade partner maksiat. Tapi aku nak album tu... Aku dah lama carik dekat online tapi tak jumpa pun.' Aisyah bermonolog di dalam hati.

"Ok aku setuju tapi biar kita-kita je yang tahu. Tapi kau pun kena dengar cakap aku tapi kalau kau janganlah arah aku masa dekat tempat ramai orang nanti jatuh title akak cool aku. Ape denda dia?" ujar Aisyah yang memberi kata putus.

"Ok deal. Geng kau dengan aku je yang tahu. Pasal arahkan tu aku okay je. Tapi kau jangan melawan tau. Mana boleh bagitahu." ujar Luqman sekali lagi kepada Aisyah.

"Aku pun ade haklah nak melawan ke tak. Aku melawan kalau kau nak buat benda bukan-bukan dekat aku." ujar Aisyah dan dibalas anggukan dari Luqman.

Selepas mereka membuat perjanjian tentang couple tersebut. Luqman terus berubah menjadi baik di hadapan Aisyah... Ya. Dia ambil kesempatan untuk memikat hati Aisyah kembali selepas Aisyah putus dengan Hafiz. Tapi, hanya Allah je yang tahu siapa yang berada di dalam hati Aisyah ni. (*¯︶¯*)

[H] Akak Pengawas Itu Aku PunyaWhere stories live. Discover now