PART 1

8.7K 255 8
                                    

"Oii Gajahh ! Tepi sikit saya mahu limpas."

"Tepi sikit bah. Queen school kita mahu limpas ni."

Gia yang berdiri di tepi pintu tandas sekolah pun mengundurkan langkahnya kebelakang. Orang yang di gelar "Queen" di sekolah Gia itu adalah Valeria. Dia memang terkenal disekolahnya kerana mempunyai paras rupa yang cantik dan bentuk fizikal yang cun melecun. Sissy adalah kawan rapat Valeria, mereka berdua yang selalu mengata Gia kerana bentuk fizikal dia yang besar.

Keluar saja Valeria dari tandas, dia terus jalan dan melanggar Gia yang sedang berdiri di tepi tandas itu sampai terjatuh di lantai.

"Upppss sorry." Kata Valeria sambil meletakkan jarinya di bibirnya dengan raut wajah yang buat-buat terkejut.

Gia yang jatuh terduduk terus berdiri dan menolak Valeria sampai jatuh ke lantai.

"Oii sial. Berani kau tolak saya. Kau lupa kah saya siapa? Huhh ?!!!" Tengking Valeria sama Gia dan terus berdiri dan menarik rambut Gia.

"Astagaaaa !! Stopp kamu duaaa. Valeriaaa ! Giaa !!" Kata Sissy yang baru keluar dari tandas.

Gia dan Valeria yang sedang bergelut macam tu WWE. "Gajah vs Cicak"

Ngam-ngam tu datang Cikgu durang di tandas sebab terdengar bunyi orang yang kecoh.

"Valeria ! Gia ! Ikut cikgu di bilik guru sekarang.!"

Pelajar-pelajar yang lain pun bising-bising sudah nampak dorang bergaduh di tandas. Sampai ruang keluar tu tandas pun kena tutup.

"Tepi lah kamu semua. Ingat ni wayang free kah?? Kamu pun minta tumbuk kah huhh?!!" Jerit Valeria sambil jalan keluar dari tandas itu. Gia pula hanya menyusul di belakang dia.

"Apaa sudah jadi sama kamu dua orang ni? Ingat ini pusat WWE kah? Sampai bergaduh dalam tandas. Buat malu saja sama sekolah." Kata Cikgu.

"Cikguu, Si Gia bah tu yang duluan. Tiba-tiba dia tolak saya tadi masa di tandas. Saya balas lah bah." Bilang si Valeria sambil buat muka kesian sama tu cikgu.

Gia pula hanya mendiamkan diri saja sebab dia malas mahu layan perangai Valeria yang suka memanipulasikan cerita. Bukan sekali dua dia buat begitu berkali-kali sudah. Walaupun dia tidak salah tapi akan tetap dipersalahkan.

Kamu dua masuk dalam kelas sekarang. Arah tu cikgu.

Valeria pun duluan jalan keluar tapi sempat menjeling Gia.

Sampai di luar bilik guru, Sissy sedang berdiri menunggu Valeria. "Apa bilang cikgu Vale?." Tanya sissy.

"Tiada juga." Jawab Valeria sambil membetulkan butang bajunya.

"Oiii ! Oii !!! sini dulu kau. Berani sudah kan kau melawan sama saya sekarang. Heyy ! kau ingat kau siapa Gia ?! Berani mahu lawan saya." Kata Valeria sambil merenung Giaa dengan tajam.

Gia hanya mendiamkan diri dan berlalu masuk ke kelasnya. Tidak lama tu Valeria dan Sissy pun masuk ke kelas.

"Euwwww !! Baunyaaa ! Siapa yang kentut ni.??" Bilang si Valeria tiba-tiba sambil berdiri dari tempat duduknya dan menutup hidungnya menggunakan tangan.

Gia yang sedang fokus membaca bukunya itu tidak mengendahkan rakan-rakan kelasnya yang bising dengan ulah Valeria.

"Siapa lagi kalau bukan si Gia yang kentut tu." Bilang salah satu pelajar. Terus semua pelajar dalam tu kelas pun ketawa sambil meningu si Gia.

"Apa yang kamu bising-bising ni hah !" Guru bahasa Inggeris mereka Madam Audrey tiba-tiba masuk ke kelas mereka. Terus semua pelajar pun diam dan duduk di tempat masing-masing.

THE GORGEOUS ME ✔️Where stories live. Discover now