Daniel dan Adelia mengangkat muka memandang Aryan dan Ariel yang sedang berlari ke arah mereka.

"How's mummy?" soal Ariel terus.

"Still in check."

Aryan dan Ariel sama memandang ke arah ward. Masing-masing mengeluh dalam diam. Aryan duduk di sebelah Adelia. Dia memeluk Adelia. Ariel pula bersandar pada dinding hospital.

Seketika kemudian, seorang doktor keluar dari ward tersebut. Serentak mereka memandang doctor itu. Daniel terus berdiri.

"Macam mana dengan wife saya?" soal Daniel pantas. Doctor itu memandang Daniel.

"She's fine. Just a fever. Cuma badan dia kurang air. That's all." katanya. Mereka terus mengucapkan syukur. Ariel memandang doctor tersebut.

"Thanks doctor."

"My pleasure. You guys can in now." kata doctor tersebut sebelum berjalan meninggalkan mereka.

"Daddy masuklah dulu." kata Aryan. Daniel sekadar mengangguk. Dia masuk ke dalam ward Aryana. Kelihatan Aryana sedang terbaring.

"Sayang."

Aryana membuka mata. Dia memandang Daniel. Bibir pucatnya mengukir senyuman. Daniel duduk di kerusi yang disediakan. Tangan Aryana dipegangnya erat.

"Kenapa buat abang takut? I'm almost get heart attack sayang tiba-tiba pengsan." tutur Daniel. Matanya memandang redup pada Aryana. Aryana senyum.

"Ary okay kan? Janganlah risau." kata Aryana lembut. Daniel mencium lembut tangan Aryana. Tangannya mengusap lembut pipi Aryana.

"Jangan buat abang risau lagi."

Aryana angguk dalam senyuman.
••••••••••

Farhan memandang Adelia yang sedang duduk di salah satu bangku yang terdapat di taman hospital tersebut. Dia memandang Adelia yang sedang memeluk tubuhnya. Sejuk mungkin since Adelia hanya memakai less sleeves long dress.

Dia membuka kotnya dan melangkah perlahan ke arah Adelia. Kot itu dia sangkutkan pada bahu Adelia. Adelia yang sedang mengelamun tersentak. Dia memandang Farhan yang sudah duduk di sebelahnya sebelum memandang badannya.

"What are you doing here?"

Serentak mereka bertanya. Farhan senyum manakala Adelia mengalihkan pandangannya.

"Saja jalan. Terjumpa awak pula." kata Farhan. Adelia diam. Farhan tahu Adelia masih marah. Nafasnya diambil.

"Adel." Panggil Farhan lembut. "Kalau awak masih marah pasal battle tu, I'm so sorry." kata Farhan. Adelia memandangnya.

"Stop apologizing. I won't accept it." kata Adelia. Farhan mengeluh. Dia bangun dari duduknya sebelum melutut di depan Adelia. Terjongket kening Adelia.

"Kau buat apa ni?"

Farhan memandang Adelia. "Sorry?"

Terkebil-kebil mata Adelia memandang Farhan. Apahal mamat ni minta maaf sampai melutut bagai?

Saat itu, semua mata di taman itu mula memandang ke arah mereka. Mereka tersenyum. Adelia sudah berasa rimas dengan pandangan orang. Dia memandang Farhan tajam.

"Bangunlah." keras kedengaran suara Adelia. Farhan hanya buat tidak dengar.
"Forgive me first."

Adelia ketap bibir. Makin ramai yang berkumpul untuk menyaksikan mereka.

"Bangunlah gila! Orang tengoklah!"

Farhan senyum. Dia tiba-tiba berdiri membuatkan Adelia menghelakan nafas lega.

"Tengku Adelia Natasha! Please forgive me!"

Jeritan Farhan itu membuatkan Adelia membulatkan mata. Dia memandang Farhan dengan riak tidak percayanya.

"Kau buat apa ni gila?!" Adelia terus menarik lengan Farhan dengan mukanya yang memerah kerana malu dan marah. Adelia menarik lengan Farhan ke arah belakang hospital.

"Kau memang dah gila kan?"

Farhan senyum melihat wajah Adelia yang memerah. "Consider it as yes. I'm crazy for seeking a forgiveness from a Ice Princess." tutur Farhan selamba.

Adelia mengecilkan matanya memandang Farhan. Kepalanya digelengkan perlahan. "Gila." tuturnya perlahan sebelum melangkah meninggalkan Farhan.

"Tengku Adelia! I'm sorry!!"

Adelia terus menutup telinganya saat jeritan Farhan kembali 'meletus'. Tak dengar. Tak dengar.

Farhan tersenyum. "Cute." Seorang Tengku Adelia Natasha mampu membuatnya tersenyum hingga ke telinga.

••••••••











ErynAryan almost doneHannAriel lambat lagi 😆  Farhan tu memang completely gila over Adel 😂

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now