"Malam ni? Ada event ke?" soalnya ingin tahu.

Puan Besar Kim meletakkan beg tangannya di atas meja kopi sebelum dia sendiri mengambil tempat di sofa. Wajahnya kelihatan letih sekali kerana sejak dari pagi tadi dia sibuk menghadiri perjumpaan kelab-kelab isteri orang kayanya. Keluhan dilepaskan. Penat betul habiskan duit orang ni atau lebih tepat lagi duit warisan Jiwoo!

"Mama dapat jemputan makan malam dekat syarikat KYC. Aera nak ikut?" pelawanya.

Aera mendengus sebelum kembali membaca majalahnya. "Malas! Nanti mesti ramai anak-anak orang kaya tu mintak nombor Aera. Aera letihlah! Mama pergilah dengan papa! Bawak Jongin sekali! Budak tu asyik terperap dekat rumah je! Baik mama bawak dia sekali kot-kot sangkut dengan anak orang kaya!"

Kini giliran Puan Besar Kim pula yang mendengus. "Jongin tu tak dapat nak ditolong dah! Setiap kali nampak muka mama asyik nak bergaduh dengan mama! Tuduh mama pencuri lah apa lah! Budak tak guna tu!" deramnya. "Aera yakin tak nak ikut mama malam ni?" soalnya lagi.

Aera menggeleng. "Malas!"

"Owh, rugilah! Mama dengar Tuan Muda Jeon dijemput sekali malam ni!"

Aera yang tadinya kelihatan tidak berminat terus berubah riak wajahnya. Gadis itu kelihatan teruja.

"Serius ke ma?! Tuan Muda Jeon pergi?!" soal gadis itu berbunga. Dalam mindanya, sudah terbayang pakaian apa yang akan disarungnya nanti.

Mamanya hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lebar.

Dalam masa yang sama, Jiwoo yang sejak dari tadi mencuri dengar perbualan Aera dan mamanya terpaku apabila mendengar nama Jungkook. Seterika yang dipegang gadis itu hampir terlepas mengenai kakinya. Namun, mujur dia sempat menyambutnya. Dada gadis itu entah kenapa terus berdebar apabila nama lelaki kacak itu disebut. Fikirannya dengan pantas menerawang ke arah memori tempoh hari, memori lamaran Jungkook itu.

Senyuman terukir di bibir gadis itu.

"Kalaulah aku dapat bertemu dengan dia lagi..." Sungguhpun begitu, Jiwoo terus menggelengkan kepalanya, sama seperti tindakannya setiap kali teringat Jungkook. "Ehh, Jiwoo! Apa yang kau fikirkan ni?! Kan hari tu kau dah berjanji tak nak fikirkan lelaki tu!! Jangan fikir! Jangan fikir! Jangan fikir!"

Belum sempat gadis itu meneruskan monolognya, bunyi  desisan kuat tiba-tiba kedengaran sebelum Jiwoo yang tersedar membeliakkan matanya. Dia memandang gaun hitam Puan Besar Kim yang kini dihiasi sebuah lubang dengan panik. Tubuhnya menggeletar teruk.

Habislah!

##

Hujan turun dengan lebat ketika Puan Besar Kim berdiri dengan bengisnya di halaman belakang rumah itu. Aera yang menemani wanita itu sedang memayungi mereka berdua ketika dia terpekik kecil akibat guruh yang tidak henti-henti berdentam dentum di kaki langit. Sungguhpun begitu, matanya masih lagi ditancap pada longgokan kecil yang tergeletak di tanah itu. Nafasnya bernada cemas.

"Tak apa ke ma?" soalnya. "Hujan lebat ni!"

Puan Besar Kim mendengus. "Salah dia sendiri. Mama cuma buat apa yang patut je," balasnya dingin.

Bunyi mengerang yang kuat tiba-tiba muncul dari longgokan itu sebelum ianya mula bergerak-gerak. Jiwoo yang terbaring lemah menangis meminta simpati ketika dia memandang dua figura yang berdiri di hadapannya itu. Badannya terasa begitu pedih sekali setiap kali air hujan menghempas luka-lukanya yang masih berdarah. Gadis itu cuba untuk bangun. Namun, badannya terlalu lemah.

"Puan... Aera..." bisiknya sambil menangis. Suaranya yang serak hampir sahaja tidak keluar. Namun, dia tahu dua wanita itu pasti dapat mendengarnya.

"Ma! Betul ke ni?" soal Aera cemas. Dia memandang ke arah Jiwoo dan ibunya berulang kali, meminta kepastian. "Kalau dia mati macam mana?"

Ibunya statik, tiada sebarang reaksi pada wajahnya. Hanya kedinginan. Ketika itu, mungkin apa yang difikirkan oleh Jiwoo selama ini benar. Sifat kemanusiaan memang telah dikeringkan dari wanita itu secara total.

Puan Besar Kim mendesis. "Mama tak peduli! Kalau dia mati lagi bagus," balasnya sebelum berjalan pergi.

Aera yang terkejut dengan tindakan ibunya itu teragak-agak untuk mengekori wanita itu. Dia sempat memandang ke arah Jiwoo beberapa kali. Wajahnya benar-benar risau dan ketakutan. Sebelum dia pergi, Jiwoo dapat melihat bibir gadis itu menggumam sesuatu. Namun, dia yang sudah terlalu lemah tidak mampu menangkap apa yang dituturkan Aera itu.

Malam semakin larut. Hujan semakin lebat. Guruh juga semakin kuat memainkan muziknya. Jiwoo tidak ingat sudah berapa lama dia terbaring di dalam cuaca yang basah itu. Tubuhnya sudah menggigil kesejukan. Ketika itu, Jiwoo hanya mampu menangisi nasibnya yang malang sambil menunggu saat kematiannya. Dia tidak dapat mengelak dari beranggapan bahawa nyawanya akan berakhir malam itu juga. Badannya sudah cedera teruk dan darah mengalir tanpa henti dari tubuhnya. Bahkan untuk menangis pun, dia sudah tiada tenaga lagi sebenarnya. Hopeless.

Mungkin aku patut mati. Mungkin aku sudah terlalu lama hidup. 18 tahun sudah terlalu lama bagi orang yang keseorangan seperti aku, fikir gadis itu sebak. Jiwoo cuba mempositifkan dirinya dengan fikiran itu walaupun dia tahu benar apa yang dikatakannya itu langsung tidak meneutralkan perasaannya. Sekurang-kurangnya dia cuba... kan?

Jujur gadis itu katakan, terdapat banyak perkara yang ingin dilakukannya. Berbasikal di taman, menonton wayang, membeli buku baru di kedai buku, menaiki tren, berehat di café serta semua perkara normal yang dia tidak berpeluang lakukan sebelum ini. Namun dari keadaan dirinya sekarang ini, peluang itu kelihatannya semakin lama semakin tipis. Jelas sekali dia akan pergi tanpa sempat menunaikan impiannya walau satu pun. Ini benar-benar sadis.

Jiwoo menitiskan air matanya. "Aku... tak mahu mati..." rintihnya.

"Saya akan tunggu awak..."

Suara itu entah bagaimana tiba-tiba berkumandang di udara. Gadis itu yang terkejut membeliakkan matanya tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu. Dengan sisa-sisa kudratnya, Jiwoo menggerakkan kepalanya dengan lemah, memandang ke kawasan sekeliling. Dia cuba mencari kelibat pemilik suara itu tetapi seperti jangkaannya, hanya kegelapan malam sahaja yang mengitari dirinya.

Jiwoo tersenyum sinis. Ternyata aku betul-betul lemah!

Sepatutnya di penghujung nyawanya seperti ini, dia harus mengenang ahli keluarganya, orang yang rapat dengannya, mengenang segala kenangan manis ketika hidupnya. Namun, siapa sangka lelaki yang tidak dikenalinya itu juga yang muncul dalam fikirannya. .

Sungguhpun begitu, gadis itu kembali menangis teresak-esak apabila terfikirkan akan tawaran Jungkook yang ditolaknya itu. Rasa menyesal bergelodak di dalam dadanya. Sekiranya dia menerima lamaran Jungkook tempoh hari, pasti dia sudah bebas sekarang ini! Pasti dia sudah bahagia! Pasti dia tidak akan mati! Kalaulah masa boleh diputar...

"Jungkook..." Jiwoo mula merintih. "Saya akan kahwini awak.... Tolong... Tolong... selamatkan saya..." pintanya terdesak. Gadis itu terus memejamkan matanya sebelum petir tiba-tiba berdentum dengan sekuat-kuatnya di langit. Jiwoo semakin pasrah. Kelihatannya masanya untuk pergi hampir tiba. Dia dapat merasakannya. Ini adalah pengakhirannya!

Satu tangan tiba-tiba mengusap pipi gadis itu dengan lembut. Jiwoo yang terkejut membuka matanya perlahan-lahan. Air matanya mengalir deras apabila dia melihat figura itu sedang duduk di hadapannya. Lidahnya terus terkelu. Bagaimana...?

"Saya gembira awak sudi berkahwin dengan saya..."

Jiwoo menitiskan air matanya.

"Jungkook..." dan itu adalah perkataan terakhir yang keluar dari bibirnya sebelum gadis itu tidak sedarkan dirinya. 

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

As usual, thanks for reading! 

Tak banyak yang author nak cakap, just enjoy the story!

And kalau korang ada benda nak dikomen pasal penulisan author, author sangat mengalu-alukan!

Kritikan keras membawa kepada kemajuan! XDXDXDXDXD

- chasminexxo

Enchanted :: JJKWhere stories live. Discover now