Mendengar soalan-soalan itu entah kenapa membuatkan Telangkai Ban menelengkan kepalanya dengan tidak senang. Senyuman bangganya mula pudar sedikit sebelum digantikan dengan senyuman kelat, seolah-olah ada sesuatu yang menganggunya.

"Yang itu... saya rasa Tuan Jeon mungkin kena tengok sendiri..."

Jungkook menaikkan keningnya. Tiba-tiba rasa tidak senang mula menerpa ke dalam dirinya.

"Apa maksud telangkai?"

##

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 3 petang ketika Jiwoo sibuk memvakum ruang tamu rumah agam itu yang super besar. Tangannya yang sudah lenguh sekali sekala akan diurut diiringi dengan keluhan yang tidak henti-henti keluar dari bibirnya. Bukannya Jiwoo suka mengeluh, tetapi sejak dari pagi tadi, gadis itu masih lagi belum berpeluang untuk berehat apatah lagi untuk menjamah makanan. Tubuhnya betul-betul letih sekarang ini. Dia sudah tidak mempunyai tenaga lagi sejujurnya. Namun apabila dia mengenangkan riak wajah Puan Besar Kim yang berang ketika melihat ruang tamu yang bersepah, mahu tidak mahu Jiwoo terpaksa juga menggagahkan dirinya. Sekiranya Puan Besar itu marah, Jiwoo jugalah yang akan dimaki dan dipukulnya nanti.

Gadis itu baru sahaja memvakum bawah meja kopi apabila Aera berjalan masuk ke dalam ruangan itu dengan langkah yang luar biasa laju. Nafasnya yang turun naik dengan pantas membuatkan Jiwoo tidak dapat mengelak dari berikir bahawa dirinya bakal terjebak dalam masalah baru. Telahannya itu ternyata benar apabila Aera merentap pemegang vakum yang dipegang Jiwoo sebelum mencampakkannya ke tepi. Gadis itu kelihatannya begitu berang sekali.

"Aera, kenapa-"

"BODOH!! BAIK KAU CAKAP DENGAN AKU MANA KAU LETAK SKIRT AKU, HAH?!"

Jiwoo yang kebingungan mengangkat keningnya. "Skirt? Skirt apa?"

Aera memutarkan matanya, seolah-olah soalan Jiwoo itu kedengaran sangat bodoh. Dia kemudiannya menempik lagi, "SKIRT PENDEK MAROON AKULAH!! YANG AKU BARU BELI MINGGU LEPAS!! AKU TAK KELUARKAN LAGI KOT DARI BEG SHOPPING AKU!! BAIK KAU CAKAP DEKAT AKU KAU LETAK MANA??!!"

Jiwoo terpaku. Apa yang Aera cakap ni?

"A-Aku tak tahu, Aera. Aku tak nampak skirt-"

"JANGAN NAK TIPU!!! KAU NAMPAK SKIRT AKU TU HARI TU!!! MESTI KAU RASA SKIRT AKU TU CANTIK KAN SEBAB TU KAU AMBIK!!! SEKARANG BAIK KAU PULANGKAN BALIK DEKAT AKU!!!"

Jiwoo menggelengkan kepalanya beberapa kali dengan pandangan terdesak. Matanya mula berair. Dia paling tidak suka ditengking dengan orang sejujurnya. Lagi-lagi atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Jiwoo sangat bencikan ketidak adilan.

"Aku tak ambiklah Aera! Betul! Sumpah! Demi Tuhan! Aku tak tahu pun-"

Aera mendengus jengkel. Tangannya disilangkan sambil matanya diputar ke atas. Dia benci betul melihat riak wajah Jiwoo yang berpura-pura seperti itu. Riak wajah fake, fikirnya.

"Baiklah! Kalau kau tak nak mengaku, tak apa! Nampak gayanya terpaksalah aku...." Nada suara Aera bertukar tenang tiba-tiba. Jiwoo yang kenal benar dengan nada itu mula berdebar. Habislah...

Tanpa sebarang petanda, Aera terus menarik rambut Jiwoo secara tiba-tiba sebelum menghentak kepala gadis itu ke meja kopi berdekatan. Jiwoo yang tidak sempat mempertahankan dirinya, terus menjerit kesakitan. Kepalanya menjadi pusing seketika sebelum dia menstabilkan dirinya dan cuba bergelut untuk melepaskan diri dari cengkaman sepupunya itu. Usahanya itu kelihatan sia-sia kerana badan Aera yang seperti model itu jauh lebih tinggi darinya membuatkan Jiwoo yang kecil ini seperti orang kenit yang ingin melawan gergasi.

Aera yang dapat mengecam cubaan Jiwoo untuk melawannya itu terus ketawa mengejek. "KAU NAK LAWAN AKU YA, BUDAK?!!! IN YOUR DREAMLAH!!!" pekiknya sebelum menarik lagi rambut Aera dengan lebih kuat. Gadis itu ketawa berdekah-dekah membuatkan dia kelihatan seperti orang yang benar-benar sudah hilang akalnya. Jika ada orang melihat Aera ketika itu, pasti mereka tidak menyangka yang gadis itu ada sisi cantiknya.

Enchanted :: JJKWhere stories live. Discover now