Terjelaskan

91 2 0
                                    

Disember 29, 2017.


Malam tu aku rasa aku dah bersedia untuk menulis sebuah teks panjang. Aku rasa dah sampai masanya untuk aku betul-betul membawa diri ke sebuah dimensi tanpa dia— tidak lagi memikirkan tentang apa yang dia sedang lakukan. Jauh dalam sudut hati aku yang dahulu sebelum semua ni dituliskan masih lagi menanti jawapan daripada dia. Masih lagi mahu tahu apa kata jujur dari dia meskipun jarak perbezaan masa yang aku wujudkan semata memakai terma "move on" tu.

Ia tak semudah yang disangka. Berhari-hari aku menulis dan merangka sebaik mungkin— supaya setiap isi yang nak disampaikan daripada dahulu lagi dapat disimpulkan dalam satu mesej panjang untuk dia. Lepas sehari, sehari pulak aku alter ayat dan buat penambahan. Supaya ia lengkap dengan setiap rasa selama ini.

Aku dah semakin meningkat usia. Sampai bila aku nak duduk diam sambil tak tahu apa jawapan dan tetap menunggu macam manusia bodoh dekat sini. Salah satu sebab terwujudnya diari ini juga adalah sebab dia. Macam aku cakap sebelum-sebelum ini. Aku kena nekad beranikan diri— jangan jadi penakut untuk berkata jujur tentang perasaan yang telah diperjudikan.

Jenis aku senang, kalau tak suka atau apa-apa sekali pun yang melibatkan perasaan, memang aku akan terus confess. At least kita tak simpan dan sakit seorang diri. Biar semua terlerai dengan kata putus yang tepat. Makanya, aku dah tiada ikatan yang perlu difikirkan lagi tentang kekejaman emosi itu. Dan inilah masanya.


Hey, happiest 23rd birthday to you.
May God bless and grant you whatever you want. Be healthy and stay safe beside the one who you love and care.

I don't know where do I need to start tho. It's like I'm stuck somewhere else right now to write this thing off. Yeah, it's kinda awkward. Knowing that we have been in the grey area for a long time, I guess? Tak tahulah kalau kau sedar ke tidak.

Aku mintak maaf sebab ambil masa kau kejap, sekarang untuk baca ni. Might be so long — perhaps you don't mind. I hope so.

Basically, aku nak cakap something that belongs to my past. Mungkinlah (atau memang) kau tak peduli pun tapi aku just nak beritahu semula benda yang kau dah tahu. Sorry to mess up everything again today, as in, back in the time where I literally in the stage — I don't understand what should I waited and keep mending something that doesn't break at all.

Straight to the point — lepas daripada malam terakhir kita WhatsApp tu, aku terus rasa gembira. Like finally aku dah cuba cakap apa yang aku nak cakap selama ni. Apa yang aku nakkan sangat-sangat keluar dari mulut kau walaupun itu just WhatsApp kan. Tapi aku lega.

Daripada 2013, sampailah malam penghujung Januari 2016 tu — akhirnya aku dapat jawapan yang aku nak. It was kinda hurt somehow but I don't even regret anything because I think that was the truth I'm seeking for -- after all this time daripada kau. Honestly, aku takut malam tu selama 3 malam berturut-turut aku fikir betul ke aku nak cakap benda ni. Walaupun tak kesemuanya.

Aku takut macam kau marah ke atau apa-apa pun tindakan susulan lepas aku cakap tu. Sebab tu aku ambil masa sampai 3 hari nak straight up everything.

The night when I said — "Aku suka kau" tu bukan sebagai kawan macam kau cakap; "sama macam kawan-kawan biasa kita semua tu. Macam tu kan?" Tak. Bukan tu. Sebaliknya. Ya, memang kau anggap aku macam kawan-kawan biasa yang lain tapi lepas apa semua yang aku lalui dan pendam, aku tak rasa kita lalui kerana sebagai kawan biasa. Ada ke kawan biasa buat something yang luar dari terma kebiasaan macam kau dengan aku tu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIRUWhere stories live. Discover now