Bab 8

1K 41 6
                                    

Syafiq mencari kelibat Qila di dalam rumah hinggalah dia terserempak dengan mak Lala yang sentiasa berada di dapur. Mak Lala memandang kearahnya.

"Eh,  Syafiq. Cari apa tu?" Tegur mak Lala.

"Qila tu haa.. Tak keluar lagi daripada bilik. Saya dah ngantuk ni mak Lala." Ngadu Syafiq sambil menggosok-gosokkan matanya kononnya tanda yang dia sudah mengantuk. Mak Lala tergelak dengan teletah Syafiq.

"Kenapa Syafiq cakap macam tu? Qila kunci pintu ke?" Tanya mak Lala menduga. Apalah yang dilakukan oleh Syafiq sehingga Qila mengunci pintu bilik tidur mereka dari dalam.

"Haah.. Macam mana ni?" Tanya Syafiq dengan dahi sedikit berkerut. Dia duduk di kerusi meja dapur. Dia mula menongkat dagu.

"Kamu buat apa pada dia sampai dia merajuk tu?" Tanya mak Lala ingin tahu. Akhirnya apa yang ingin dipersoalkan itu terkeluar juga daripada mulutnya.

Sempat pula Syafiq tersengih-sengih kepada mak Lala.

"Entahlah mak Lala." Dia tersengih lagi. Mak Lala hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Apa-apa pun,  pergilah pujuk dia tu." Nasihat mak Lala kepada Syafiq. Lantas dia ke sinki untuk mengelap pinggan mangkuk yang masih basah. Maklumlah Syafiq ini cerewet orangnya. Pantang sekali dilihatnya pinggan mangkuk yang basah. Tidak selera nak makan katanya jika basah.

"Alah,  malas betullah pujuk-pujuk ni. Iyelah Syafiq cuba je eh." Kata Syafiq bingkas bangun.

Di hadapan pintu bilik, dia membaca basmalah lantas ditiup-tiup kedua-dua belah telapak tangannya. Pintu bilik tidur cuba dipulasnya. Cubaan pertama tidak berjaya dibuka seolah-olah dikunci daripada dalam. Dia mencuba lagi sekali. Mana tahu sekiranya dia yang lembik sangat sehingga buka pintu pun sudah lupa caranya.

"Bukalah pintu. Nak tidurlah." Kata Syafiq berputus asa setelah pintu masih sama tidak dapat dibuka juga. Tangannya mengetuk-ngetuk pintu bilik.

Qila bingkas bangun daripada katil menuju ke arah pintu. Pintu tersebut diketuknya dengan kuat menunjukkan proteslah tu kononnya. Syafiq hanya menahan gelak. Selama dia hidup serumah dengan Qila,  tidak pernah pula Qila merajuk. Harap saja selalu nampak ceria dan manja tetapi sekali merajuk susah benar untuk dipujuk.

Setelah puas mengetuk pintu, Qila kembali ke katil menyembamkan mukanya di atas bantal.

"Saya baru je nak izinkan awak kerja. Tak nak ke? Tak apalah kalau macam tu. Saya tidur dengan mak Lala je kalau macam tu." Beritahu Syafiq selamba.

Qila yang  mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Syafiq itu terus sahaja membulatkan matanya. Tubuhnya secara automatik melompat daripada katil. Syafiq yang baru sahaja hendak beredar dari situ dengan perasaan yang hampa menoleh ke belakang apabila mendengar bunyi pintu bilik yang sudah dibuka oleh Qila.

Bibirnya mengukir senyum. Namun hanya sekejap sahaja. Dia kemudiannya menarik muka masam sambil memandang kearah Qila.

"Puas kunci pintu?" Sengaja Syafiq menanyakan soalan it. Berpura-pura seperti dia pula yang sedang merajuk.

Qila tersengih. Dia bukannya merajuk sangat pun dengan Syafiq. Dia main-main saja. Tidak menyangka pula tindakannya itu akan membuatkan Syafiq pula yang merajuk.

Qila mendekati Syafiq. Lengannya dipaut perlahan sambil kepala disandarkan di bahu Syafiq. Syafiq pula menahan dirinya daripada tersenyum sehingga naik warna merah kulit wajahnya. Matanya pula berkaca menahan gelak.

"Janganlah merajuk macam ni. Alolo,  tak handsomelah nanti husband Qila ni." Pujuknya sambil jarinya menguit-nguit dada Syafiq.

Syafiq akhirnya terketawa lepas kerana kegelian. Lantas dia menutup mulutnya kembali. Mukanya kembali dimasamkan.

"Eee...main-main pulak dia. Buat-buat eh?" Tanya Qila yang sudah mula syak wasangka. Bahu Syafiq ditepuk kuat.

"Aduh! Aduduhh..." Syafiq menggosok bahunya sambil memandang ke arah Qila.

"Tak apalah. Tak jadilah bagi kerja. Tak payahlah kerja. Duduk sajalah di rumah main, kad uno dengan mak Lala je." Katanya lantas memasuki bilik tidur. Risau juga sekiranya Qila mengunci semula pintu bilik. Tidur di ruang tamulah jawabnya.

Giliran Qila pula menarik muka masam. Dalam hal kerja seperti ini, dia serius ingin kerja. Bila mendengarkan apa yang baru keluar daripada mulut Syafiq, hatinya tersentak. Kecewa barangkali kerana tidak mendapat keizinan untuk bekerja.

Dia melihat Syafiq yang menonong baring di atas katil. Laju kakinya melangkah menuruni anak tangga. Sakit hatinya. Dia nak kerja saja.

Syafiq yang baru sahaja ingin menyilangkan tangan di kepala terus terbangun apabila melihat Qila yang sudah berlalu pergi. Dia melompat dari atas katil lalu keluar dari bilik tidurnya.

Tangan Qila yang sedang menuruni anak tangga itu segera dicapai.

"Halah, halah. Nak kena pujuk. Apa ni main kena-kenakan orang ni. Abang gurau sajalah. Okay, okay. Abang izinkan Qila kerja. Tapi ada syarat." Beritahu Syafiq.

Qila memandang dalam anak mata Syafiq menunggu kata-kata seterusnya yang akan keluar daripada mulut Syafiq.

"Syaratnya, Qila kena kerja dengan abang."

Qila mengerutkan dahinya. Kerja dengan Syafiq?

"Dah tak payah berkerut sangat dahi tu. Qila bosan je kan? Jadi sajalah pembancuh kopi untuk abang. Bukan itu saja, kerja Qila seterusnya adalah sentiasa menemani abang di pejabat. Haa.. Senang kan?" Kata Syafiq sambil tersenyum manis.

"Itu je?" Tanya Qila. Biar betul pembancuh kopi.

"Nak jadi penyumbang idea pun boleh. Kiranya Qila ni PA kedua abanglah." Tersengih Syafiq memandang Qila.

Tiba-tiba bibir Qila mengukir senyuman. Hehehe.. Tak adalah bosan sangat nanti. Syafiq terdiam seketika melihat senyuman Qila. Habislah entah apa-apa dia bagi idea...

"Sudah..tak payahlah berangan dulu. Dah jom tidur. Apalah, orang mengantuk dah ni." Ajak Syafiq. Pergelangan tangan Qila dipegangnya. Rajin pula dia memimpin hingga ke bilik. Syafiq sendiri pelik, macam mana dia boleh terpujuk Qila pula. Sedangkan, sebelum ini memang dia tidak layan jika Qila merajuk. Tiba-tiba terasa risau jika rajuknya itu bertahan lama.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suami Berhati Kering [Slow Update]Where stories live. Discover now