Bab 6

867 28 0
                                    

"Hehehe..." Mak Lala tersengih tiba-tiba sambil memandang Qila. Qila mengerutkan dahinya.

"Apa? Mak Lala ni buat suspen je." Kata Qila. Hatinya sudah mula tidak keruan apabila mak Lala memandangnya sebegitu rupa.

"Saksikanlah. Uno kad, uno game! Yeah! Mak Lala menang!!!" Sorak mak Lala dengan penuh gembira. Hamboi,  over betul mak cik nih. Getus hati Qila.

"Alaa....apa ni. Mesti ada tipu ni. Mana boleh cepat sangat menang.." Rungut Qila. Kad ditangan diletakkan di atas meja. Bibirnya dimuncungkan beribu batu. Mana tidaknya, dari tadi mereka lawan. Tetapi sudahnya asyik mak Lala sahaja yang menang. Manakala Qila pula,  asyik kalah sahaja.

Mak Lala gelak melihat raut wajah masam Qila untuk kali ke berapa ini. Qila memang pantang jika kalah. Tidak mudah menyerah kalah. Usaha sangat jelas kelihatan untuk menang namun apakan daya,  nasib tetap menyebelahi mak Lala.

Tiba- tiba telefon pintar jenama iphone yang dimiliki oleh Qila berbunyi. Terhenjut bahu Qila. Muka monyok-monyok,  terkejut. Buruk benar rupanya.

"Hello, assalamualaikum. Umi? Kenapa ni? Tiba-tiba saja call Qila. Ada apa-apa ke?" Tanya Qila ceria. Rindunya tidak terkira pada uminya yang tersayang itu. Maklumlah anak manja umi mestilah sentiada kena berkepit. Tetapi bila sudah berkahwin, terpisahlah mereka. Tidak tinggal sebumbung lagi. Itu yang hati sentiasa tidak keruan.

"Haa,  cubalah teka umi kat mana." Puan Azilah sengaja ingin berteka-teki dengan anaknya. Terdengar gelak kecil dari dalam corong telefon.

"Alahh umi ni. Beritahu jelah." Kata Qila. Dia sudah bangun daripada duduknya.

"Haa,  buat apa saja tadi hinggakan umi tekan loceng rumah berkali-ksli pon tidak sedar." Beritahu uminya. Dia tersengih meskipun tahu anaknya tetap tidak dapat melihat senyumannya itu. Qila terkejut mendengar apa yang baru sahaja keluar daripada mulut uminya itu.

"Umi kat depan rumah??!!"

Mak Lala yang sedang duduk bersantai di tepi kolam terkejut. Nasib tidak masuk ke dalam air. Matanya pantas sahaja tertumpu pada Qila yang baru sahaja menamatkan panggilan. Mak Lala bangun menuju kearah Qila.

"Ada apa Qila?" Tanya mak Lala kepada Qila.

Qila memandang kearah orang tua yang sedang berada dihadapannya pada ketika itu.

"Umi Qila kat depan rumah!!" Qila menggoncang tubuh mak Lala dengan wajah gembira. Kemudian dia terus berlari ke ruang tamu untuk membuka pintu utama rumah.

Mak Lala hanya menggelengkan kepalanya berkali. Tidak lama kemudian,  dia menepuk dahinya sendiri.

"Terlupa pulak buat air." Dia terus bergegas ke dapur.

Qila membuka pintu rumah. Tersembul wajah umi dan abinya di hadapan pintu. Ini mesti kes si suami terlupa hendak menutup pagar luar sebab itu umi dan abinya bole masuk begitu saja. Baru sahaja Qila ingin membuka pagar luar,  umi dan abinya sudah terlebih dahulu terjegul di hadapan pintu.

Qila menyalam uminya lantas memeluk lama. Uminya membalas pelukan tersebut. Gembira tidak terkata apabila dapat bertemu dengan orang tersayang.

"Rindunya Qila dengan umi.." Mereka melepaskan pelukan.

"Kalau Qila rindu,  umi apatah lagi." Kata uminya sambil tersenyum manis.

Tiba-tiba abinya berdehem. Qila memandang kearah abinya seraya itu tersengih. Dia menghulurkan tangan kepada abinya. Abinya menyambut sambil tersenyum. Inilah masalahnya apabila anak dan umi adalah perempuan. Hal ini kerana abi yang lelaki sering diabaikan.

"Masuklah. Buat apa lama-lama kat luar." Tegur mak Lala yang baru siap membuat air. Tersenyum dia kepada umi dan abi Qila. Mereka juga membalas senyuman mak Lala.

"Eh,  mak Lala... Lama tak jumpa makin cantik pula." Puji umi Qila membuatkan mak Lala tersipu-sipu malu memegang pipinya yang susah naik kemerah-merahan.

"Mana ada. Kamu ni..." Balasnya sambil tersenyum-senyum kambing. Lantas itu,  Qila,  umi dan abinya turut gelak lepas. Lawak gamaknya melihat keadaan mak Lala yang sedang malu-malu kucing. Sudah ala-ala anak dara mendapat pujian daripada si anak teruna pula.

Tidak lama kemudian mereka melangkah memasuki rumah. Mereka duduk di sofa. Televisyen dibuka namun diperlahankan volumenya. Mereka berbual panjang. Qila bingkas bangun daripada kerusi untuk menelefon Syafiq.

"Nak pergi mana tu Qila?" Tanya umi setelah menyedari Qila bangun daripada tempat duduknya. Terkejut Qila dibuatnya.

"Nak call Syafiq. Umi abi ada di rumah takkanlah Qila tak beritahu dia. Betul tak?" Qila tersengih. Apapun terjadi,  isteri memang kena beritahu kepada suami.

"Haa yelah." Umi mengangguk membiarkan Qila beredar daripada situ. Qila terus menuju ke biliknya di tingkat dua kerana telefonnya berada di atas katil bilik.

*****

Suami Berhati Kering [Slow Update]Where stories live. Discover now