"Semua diminta bertenang,semua diminta bertenang!!Jangan panik!"
Kata-kata dari salah seorang pihak polis itu tidak diendahkan.Manakan tidak,suasana menjadi kelam-kabut sebaik sahaja berlaku satu letupan semasa ucapan sedang disampaikan oleh penganjur Neo IC-Technology Carnival itu.
"Tuan,diorang tak nak dengarlah tuan."kata polis tersebut kepada ketuanya,DSP Hisyam yang sedang bingung seketika.Mati akal dibuatnya .Dalam situasi begini,pihak polis dari daerah mana pun akan jadi blank untuk melakukan tindakan seterusnya.Sangat sukar untuk menenangkan para pengunjung yang terpekik terlolong bagaikan terkena histeria.
Dari dalam kereta polisnya,DSP Hisyam terlihat sesuatu sedang bergerak di belakang beberapa buah khemah.Dia dapat merasakan sesuatu yang tak baik dan buruk akan berlaku jika dia tak membuka langkah.Dengan pantas,dia keluar dan memegang selaras Sig Saeur 1911 Ultra.
"Thaqif,Wafiq,Fikri!Pergi check kat belakang khemah yang ada robot-robot pameran tu,ada apa-apa tak.Aku macam nampak bendalah kat situ tadi."arah DSP Hisyam kepada anak-anak buahnya.
"Baik,tuan!!"akur ketiga-tiga polis itu.Mereka lantas bergerak ke kawasan yang dimaksudkan dan diikuti DSP Hisyam.Sebaik sahaja beberapa langkah,satu jeritan melenting kuat dari kawasan tujuan.Jeritan yang garau,marah dan dahsyat serta bukan berasal dari seorang manusia biasa.Semua hadirin-hadirat bisu seketika,menumpukan pandangan ke belakang khemah robot-robot tersebut.
Hisyam mengacu Sieg Saeur ke hadapan.Apa nak jadi,lantaklah.Tiba-tiba muncul seorang,atau boleh dipanggil 'sesuatu' yang sangat besar,menjulang tinggi dari belakang khemah.DSP Hisyam terpaku,begitu juga yang lain.
'Sesuatu' yang tidak pernah dilihat sebelum ini,sedang memandang ke arahnya.Kini dia sedar..
Polis tak boleh,dan tak mampu berhadapan dengan 'makhluk' itu.
YOU ARE READING
TEMPUR
ActionSetelah bio-sentinium,sejenis kuasa misteri menjadi perbalahan antara tanah air dan kuasa barat,Malaysia tidak lagi aman.Langkah diambil dengan merekrut manusia luar biasa menentang batalion Amerika yang mengisytiharkan perang.Keadaan semakin tegang...
