Bab 21

1.3K 67 14
                                    

SEPERTI yang diarahkan semalam, pagi-pagi lagi Amni sudah menapak ke bilik Syameel untuk mengambil fail merah seperti yang dimaklumkan padanya semalam. Kunci pendua untuk bilik itu memang diberikan padanya.

"Mana orang tua ni letak fail tu eh.. Ish, aku kalau bab cari mencari ni memang buta sikit. Yang depan mata pun boleh tak nampak.." Amni membebel sambil tangan sibuk mencari fail yang dimaksudkan.

Dia kemudian bergerak ke arah rak di sudut sebelah kanan.

"Kat sini pun tak ada. Biar betul si naga ni. Ke nak kenakan aku lagi ni. Aish, tak habis-habis menyakitkan hati." Bebelnya lagi.

Cari punya cari masih juga tak jumpa. Yang ada cuma fail hitam tebal disusun elok di setiap rak di tepi dinding.

"Hmm, cari kat desk kat meja ni pulak, kalau tak ada jugak aku chau lah. Give up aku cari still tak jumpa ni." Sambungnya membebel lagi.

"Alaa.. Berkunci pulak. Ish, leceh betul la dragon bos ni. Kang tak dibuat, balik-balik aku pulak yang kena."

Sedang asyik membebel, Amni tidak sedar ada seseorang masuk ke bilik tersebut.

"Oii ! What are you doing there ?" Tegur satu suara garau dengan lantang dan jelas.

"Oh kucing kau beranak !" Latah Amni akibat terkejut.

Amni yang sedang menunduk lantas menegakkan badan saat suara itu menyapa gegendang telinganya. Bulat mata gadis itu saat mata tertancap pada sesosok tubuh tegap yang berdiri di depan pintu.

"Eh ? Na.. Ermm ! Eh, bos? " sedikit lagi Amni hendak tersasul memanggil Syameel dengan panggilan 'naga'.

"Yes ? Kau buat apa kat situ ?" Soal Syameel lagi masih tidak berpuas hati.

"Laa, sepatutnya saya yang tanya bos buat apa kat sini ? Bukannya bos bagitahu kat saya yang bos tak masuk ke hari ni ?" Wajah pelik ditayangkan Amni dengan dahi yang berkerut seribu.

Lelaki itu melangkah ke mejanya di mana Amni masih lagi berdiri menegak di situ.

"Excuse me.."

Faham akan maksud itu, gadis tersebut pantas bergerak ke depan meja. Syameel sudah meletakkan briefcasenya pada belakang kerusi. Punggung dihenyakkan ke atas kerusi hitam empuk tersebut.

Setiap tingkah laku Syameel jadi perhatian Amni sedari tadi, sedar akan dirinya jadi perhatian, Syameel lantas mendongak memandang Amni.

"Yang kau still tercegat kat situ apasal ? Dah tak ada kerja ke kat luar tu ?" Tukas Syameel sambil tangan disilangkan di dada dan badan disandarkan pada kerusi.

"Tak, eh.. Ada.. Jap, semalam bos cakap tak masuk, ni apasal masuk office pulak hari ni ?" Soalan yang tidak berjawab tadi ditanya semula.

'Haih, budak ni..kecik besar, kecik besar aje aku nampak budak kat depan ni..' getus Syameel dalam hati.

"Suka hati aku lah, this is my office.. not yours. Okay ,so.. You can go now !" Arah Syameel dengan angkuhnya.

Amni mencebik.

"Eleh, ni syarikat parents kau yang punya. Not yours too.." ujarnya perlahan.

"What are you mumbling there ? I can't hear it clearly." Sinis perbicaraan lelaki itu. Matanya tajam memandang Amni di hadapan.

"Err, nothing. Acum !"

'Aduh, time ni pulak nak bersin.' gumam hatinya.

Syameel memandang Amni dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now