🌸SPECIAL CHAPTER : PELUKAN 🌸

983 39 0
                                    

Sooyoung membuka matanya perlahan apabila terasa berat dipinggangnya.

Keadaan bilik yang gelap menyukarkannya melihat.

Terasa tangan seseorang melingkar dipinggangnya. Terus dia cepat- cepat bangun kerana terlalu terkejut.

Wonwoo tersedar apabila tangannya ditolak kasar oleh Sooyoung.

"Heh, kenapa ni?"

Wonwoo menanya pelik. Lampu tidur dihidupkan.

"Won?"

"Yes darling." Dipandang wajah yang kelihatan terkejut ketika itu.

"Bil-- bila awak sampai?" Soal Sooyoung.

Wonwoo tersengih.

"Meh sini. Baring semula. Saya tak puas nak peluk awak."

Sooyoung mendengus. Lain ditanya, lain dijawab.

"Won.."

"Sini sayang. Baring dulu. Saya nak bagitahu ni."

Dengan teragak- agak Sooyoung baring semula. Terasa tubuhnya ditarik masuk kedalam pelukan hangat lelaki itu.

"Baru je balik petang tadi. Tapi tengok awak lena je tidur sampai saya kejut tak sedar jadi saya tak sampai hati nak kejutkan."

Pipi itu diusapnya.

"Hmm sorry tak perasan."

"It's okay." Dicium dahi itu lama.

"Kenapa muka macam penat je ni? Wooyoung buat masalah ke?"

Sooyoung mencebik dan mengangguk laju.

"Alah siannya wife saya ni. Mesti penat layan anak saya kan."

"Penat sangat." Sooyoung mengadu. Wonwoo tersenyum. Manjanya isteri.

🌸

[COMPLETED] WIFE 아내 (WONWOO SVT)Where stories live. Discover now