Sehinggalah pada suatu ketika, dia menghantar beberapa gambar yang diambil di luar rumah Hyera. Bukan sedikit, tetapi banyak. Dan kebanyakannya mengandungi gambar Hyera bersama beberapa orang lelaki.
Gigiku diketap kuat menahan geram. Salah satu gambar yang paling menyakitkan mata dan hati aku ialah gambar Hyera didukung gaya bridal style oleh seorang lelaki berambut coklat ke dalam sebuah bilik. Hyera aku lihat sudah tidak sedarkan diri.
Aku menggenggam penumbukku. Menahan amarah yang semakin berapi-api dalam diriku. Aku tidak boleh berdiam diri. Bagaimana kalau sesuatu terjadi kepada Hyera? Aku tahu yang dia tak mungkin buat perkara terkutuk sebegitu. Aku kenal dia. Hyera bukan perempuan macam tu.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Positif Kim Taehyung, fikir positif! Orang yang keji yang kau patut maki bukanlah Hyera mahupun lelaki-lelaki misteri itu. Tetapi si batu api yang menghantar semua ni.
Tanpa berlengah, aku terus mendail nombor tersebut.
"Who the heck are you, BITCH!!! Kenapa kau buat semua ni?!!! Apa yang kau nak dari aku hah?!!!!" tengking sekali lafaz. Segala amarahku aku lepaskan begitu sahaja. Aku peduli apa. Batu api macam ni memang patut pun kena.
Dia tidak bersuara. Namun dapat aku dengar decitan sinisnya di hujung talian.
"I just want you to know the truth. That's all" ujarnya.
Aku terkedu seketika. Tunggu, suara ni..
Tak mungkin dia...
"I miss you, TaeTae"
~~***~~
[ Author POV ]
Hyera menapak keluar daripada pejabat sambil tangannya tidak lepas membawa beberapa buah fail di dadanya. Wajahnya jelas tidak menunjukkan sebarang ekspresi.
Jungkook yang sedang duduk di luar pejabat itu terus berdiri sebaik melihat susuk tubuh gadis itu melangkah keluar dari pejabat itu.
"Macam mana? Dapat?" soal Jungkook dengan wajah cuak.
Hyera mengeluh kesal sambil tertunduk. Fail yang dipegangnya itu didakap erat ke dada.
"Jungkook..." panggil Hyera sayu.
"Nae?"
"Aku..aku...." tersekat-sekat suara Hyera cuba bertutur.
"Wae? Kau...tak dapat?" soal Jungkook mula risau.
Hyera menundukkan kepala. Jungkook mengeluh perlahan seraya mengusap lembut ubun-ubun Hyera.
"Tak apa lah. Takde rezeki, nak buat macam man--"
"Hahahaahahahahah!!!!!"
Jungkook terkejut melihatkan Hyera tiba-tiba tertawa terbahak-bahak. Dah gila ke apa minah ni.
"Weh Hyera, kau okey tak ni? Interview tu buatkan kau jadi tak betul ke apa?" soal Jungkook hairan seraya cuba menjauhkan diri daripadanya. Takut berjangkit.
"Apa lah kau ni. Mestilah aku dapat! Aku saja nak tengok muka cuak kau tadi" ujar Hyera dengan tawa yang masih bersisa. Air mata akibat daripada ketawa kuat tadi dilapnya dengan jari.
"Ahh ahh aduhhh!!" jerit Hyera apabila rambutnya ditarik sedikit oleh Jungkook.
"Padan muka. Menipu lagi" geram Jungkook.
"Mana ada. Aku tak cakap pun aku tak dapat kan. Blerkk" cebik Hyera sambil mengusap-usap rambutnya yang ditarik oleh Jungkook tadi.
Jungkook tertawa kecil. Kepala Hyera diusapnya lembut.
"Yelah yelah, sorry. Apa bos aku cakap?"
"Dia cakap lusa aku dah boleh mula kerja sebab staf-staf lain nak siapkan bilik untuk aku dulu" jelas Hyera.
"Owhh..kau pegang jawatan apa?"
"Ada lah. Secret" Hyera tersengih nakal.
Jungkook berdecit sinis. "Bagitahu je lah. Lambat-laun aku tahu jugak. Kau kan kerja satu office dengan aku"
"Kau tunggulah lambat laun tu. Blerkk tak nak cakap" ejek Hyera. Terus dia berlari anak meninggalkan Jungkook di belakang.
Jungkook mengetap bibirnya geram. "Tak guna. Baik kau bagitahu cepat sebelum aku cium kau" ugutnya seraya mengaturkan langkah mengekori Hyera.
"Ek eleh. Bibir berkarat. Ada hati nak cium orang. Blerkkk" usik Hyera lagi.
"Apa kau cakap?! Siap kau Min Hyera!!"
"Kejarlah kejarlah. Blerkk tak dapat, tak dapat"
Lalu bermula lah scene kebudak-budakkan yang berkejar-kejaran di tempat parking kereta...
-TBC-
Vote and Comment^^
Sorry cyunk2 sekalian...sejak start uni ni, author jd sibuk giler...spe dak2 art&design tu akn faham larh sesibuk mana author dgn assignment yg berlambak ni...😵😭😭
Btw, thanks kpd yg sudi baca...author akan update slow, so stay tuned k?😘
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
29 ; Unknown
Start from the beginning
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)