Jangan Padam Rindu - Bab 3

2.5K 16 0
                                    


“ELLI!”
“I’m coming,” sahutnya sambil bergegas turun.
Sebaik sahaja mendapatkan ibunya yang berada di ruang tamu, beg kertas terhulur padanya. Dia mengangkat kening, tak faham.
“Tadi tuan haji bagi ni. Dia pesan, jangan campak hadiah ni dalam kolam ikan pula.”
Ellina menggigit hujung bibir dan mengerling pada beg kertas yang bercop lambang Samsung itu. Samsung? Telefon? Tuan haji bagi telefon?
“Ibu nak pergi ni. Jangan lupa angkat kain baju. Nanti tak kering lagi macam semalam,” pesan Fatimah. Dia mahu ke pusat tuisyen yang dibukanya selepas pencen.
Minat mengajar tak pernah padam. Disebabkan itu dia membuka sebuah pusat tuisyen dengan beberapa kawannya. Dia senang dapat mengajar. Dan daripada duduk saja di rumah tanpa berbuat apa-apa, lebih baik dia buat sesuatu yang mendatangkan manfaat. Nak bersembang selalu dengan Ellina, anaknya yang seorang itu sibuk pula dengan urusan sendiri.
Walaupun sekarang Ellina adalah seorang arkitek secara bebas, sibuknya tetap sama macam dulu. Selain itu, anaknya itu juga menulis artikel untuk terbitan sebuah majalah yang  disiarkan setiap bulan. Dalam diam, dia berbangga dengan Ellina. Ellina mencipta kerjaya dengan cara tersendiri. Tak mahu makan gaji tapi terikat dengan tugasan yang ada dateline.
“Yalah… kalau Elli tak lupa macam semalam.” Sahut Ellina sambil tersengih.
Selepas telefon bimbitnya tercampak ke dalam kolam, dia bersedih sepanjang hari. Sudahnya, kain baju dibiar bersidai pada waktu hujan. Akhirnya, semua kain baju terpaksa dimesin dan disidai semula.
“Jangan lupa!”
“Aduh, sakitlah ibu!” Ellina mengaduh sakit sambil menggosok hidungnya yang ditarik oleh Fatimah. Lega hatinya bila ibunya dah kembali normal.
Fatimah tergelak, senang melihat hidung Ellina kemerahan macam badut sarkas.  Memang dia suka menarik hidung Ellina sampai merah. Muka Ellina nampak lagi comel dengan hidung merah.
Tapi sekarang, Ellina dah besar! Bukan lagi baby manja yang selalu didodoikannya. Ellina semakin cantik bila menginjak dewasa. Dan sekarang, dia bertanggungjawab untuk melepaskan Ellina pada seseorang yang boleh diharapkan. Seseorang yang dapat menjaga Ellina dengan baik dan penuh rasa kasih. Dia yakin, lamaran tuan haji yang paling tepat untuk Ellina. Dia yakin dan insya-Allah Ellina akan bahagia.
“Cepat balik tau. Jangan nak berdangdut pula lepas habis tuisyen nanti.”
Fatimah tergelak sambil menepuk lengan Ellina. Anaknya itu memang nakal! Tapi syukur… Ellina masih boleh mendengar kata, masih hormatkannya. Cuma kadang-kadang tu, dia terpaksa gertak dan psiko Ellina. Hanya cara itu buat Ellina kalut dan cepat juga rasa bersalah. Dalam degil-degil dan garang Ellina, Ellina seorang yang lembut hati. Alhamdullillah kerana Allah memelihara Ellina.
“Jangan lupa, cakap terima kasih pada orang yang gantikan phone tu. Kalau ibu, tak kuasa ibu nak layan Elli macam ni. Sendiri cari pasal campak telefon dalam kolam. Tak kemengada namanya tu? Ke… nak bermanja dengan bakal tunang?”
“Euwww... gelinya! Pleaselah… Elli tak mintak pun. In fact Elli nak pulangkan benda ni. Bukan Elli tak boleh beli sendiri.”
Fatimah tersenyum dan menggeleng perlahan. Elli… Elli. Degil! “Rasa tak rugi ke nak pulangkan? Dengarnya… Note4 tu warna pink. Limited edition!”
“Eh?” Ellina terus menyelongkar isi beg kertas. Ibunya yang telah berlalu, dibiarkan saja. Betul ke? Betul Note4 pink? “Oh... it’s pink!”
Tanpa sedar dia melompat-lompat sambil memegang Note4 warna pink itu. Dia suka sangat pada sesuatu yang berwarna pink biarpun tanggapan sesetengah orang yang warna itu, sangat keperempuanan.
Dan jangan tak tahu, warna kegemaran Rasullah adalah pink! Untuk seketika, dia lupa siapa yang menghadiahkan telefon itu.


APLIKASI WhatsApp direnung dan spontan Ellina mencebik. Cepat pula tuan haji menghantar pesanan selepas dia mengaktifkan Note4 pinknya itu. Masa dia yang hantar pesanan dan menelefon tuan haji semalam, orang tua itu buat tak endah aje!

Tuan haji : Assalamualaikum, Ellina.

Ellina buat keputusan untuk membalas walaupun terselit niat jahat nak balas perbuatan tuan haji yang buat tak endah dengannya semalam.

Ellina : Waalaikumusalam.

Tuan haji : Harap Ellina suka hadiah tu.

Haruslah suka! Tapi ‘malam’lah sikit nak jawab macam tu. Biar dia jawab macam ni.

Ellina : Terima kasih. Ibu yang suruh cakap terima kasih. Saya tak minta pun.

Tuan haji : Sama-sama. Saya yang nak hadiahkan. Maaf semalam saya sibuk sangat, tak sempat nak reply WhatsApp and answer your call. So sorry.

Ellina mencebik. Sibuk sangat, konon. Alasan! Tiba-tiba dia pelik dengan dirinya sendiri bila feeling merajuk dengan tuan haji. Ah, geli!

Tuan haji : Tapi bila saya reply dan try to call, Ellina pula tak layan. Ingatkan merajuk, rupa-rupanya phone ‘swimming’ kat kolam ikan.

Phone swimming kat kolam ikan? Eh… sempat tuan haji menyindirnya.

Tuan haji : Tolong jangan campak phone yang saya hadiahkan ni. Susah nak dapatkan phone warna pink yang limited edition ni but for you, there’s nothing impossible for me.

Ceh! Dia mencebik lagi namun, hati sedikit senang membaca ayat itu. Tiada yang mustahil untuknya. Hai, hai, hai. Dia tersenyum sendiri.

Tuan haji : Ok, saya nak jawab pertanyaan yang Ellina WhatsApp semalam.

Serta-merta dada Ellina berdetak. Seram sejuk nak melihat jawapan tuan haji. Dia menggigit bibir, keresahan sendiri apabila terpandang status ‘typing’ di bahagian atas WhatsApp.

Tuan haji : Apa makna mimpi Ellina? The truth is, saya tak pandai nak terjemahkan mimpi orang. Ellina dah beristikharah, berapa kali?

Ellina : Setiap malam selepas tuan haji suruh beristikharah.

Tuan haji : Serius?

Ellina : Ya, kenapa?

Tuan haji : Dan mimpi benda yang sama? Setiap malam?
Ellina : Yup. Why?

Tuan haji : Oh….

Oh? ‘Oh’ tu, maknanya apa? Dia mengetap bibir, tak senang melihat perkataan ‘oh’ itu. ‘Oh’ tuan haji tu semacam saja. Dia dapat rasa ada makna lain dalam ‘oh’ tuan haji tu. Jadi, apa jawapan sebenar tuan haji pada persoalannya itu?
Ding!
Matanya terus tertancap pada tulisan yang terpapar di skrin telefon.

Tuan haji: Saya rasa, petunjuk yang Allah berikan melalui mimpi tu adalah jawapan yang Ellina cari. Mungkin, kita ada jodoh?

Ellina terkaku menatap telefonnya. Kita ada jodoh? Jadi, kita kena kahwin? Dia memejamkan mata. Tiba-tiba terasa sedih. Hati masih bertanya, betul ke? Memang jodohnya dengan tuan haji ke? Dah tak boleh nak elak lagi ke ni?
Dia menarik nafas, membuka mata dan menatap saja skrin telefon sehingga menerima pesanan lagi. Kali ini, perasaannya terusik dengan pesanan yang baru diterimanya. Dia dapat merasakan yang tuan haji sedang resah menantikan balasan darinya. Dia menggigit bibir.

Tuan haji : Ellina… say something.

Oh, alangkah indahnya jika tuan haji bukanlah lelaki tua dan bertongkat. Alangkah bagusnya kalau dia ada kuasa sakti yang boleh menukar tuan haji kepada seorang lelaki yang diidam-idamkan.
Ellina mengeluh lemah dan akhirnya menaip sesuatu sebelum menghantarnya.

Ellina : Apa akan jadi kalau saya abaikan petunjuk tu? Itu bukan jawapan yang saya mahukan. Saya tak nak kahwin dengan tuan haji.

Biarlah tuan haji tahu yang dia masih tetap dengan pendiriannya. Dia tak nak kahwin!

Tuan haji : Saya tak boleh paksa Ellina tapi saya tetap inginkan Ellina jadi milik saya. Saya akan tetap berdoa dan memohon pada-NYA yang pintu hati Ellina akan terbuka untuk saya. Dan saya harap, Ellina janganlah berputus asa. Istikharahlah lagi. Solat istikharah tak kan menjadi sia-sia. Ia adalah pembuka jalan untuk orang yang mencari jawapan, orang yang ragu-ragu. Mungkin selepas ni Ellina boleh tanyakan pada seseorang yang lebih arif tentang petunjuk dan jawapan yang Ellina dapat tu.

Dia mengetap bibir, sangat-sangat terkesan dengan ayat tuan haji itu. Ayat tuan haji memujuk hatinya. Dia pasti kalau tuan haji bercakap dengannya, pasti lembut saja nadanya. Kenapalah yang melamarnya ‘tuan haji’ yang tua dan bertongkat? Kalau ‘tuan haji’ yang sedikit muda dan sihat, mungkin dia reda saja menerima lamaran itu.
Dia mengeluh, melepaskan sesak di dada.

Ellina : Beristikharah lagi? Sampai bila? Macam mana kalau petunjuknya masih sama?

Tuan Haji : Istikharahlah bersungguh-sungguh dan penuh yakin, Ellina. Istikharah dengan ikhlas. Iktiharah bukan untuk saya atau sesiapa, tapi kerana Allah.

Allahuakbar!!! Ellina tak dapat nak berbalas kata lagi.


-Rina Farizq-

Jangan Padam RinduWhere stories live. Discover now