"Dorang boleh bau. Kau duduk je diam-diam." Kata Fawaz.

Ezzam yang mendengar menggaru kepala yang tidak gatal.

Adeline dan Arfa boleh bau? Binatang ke? Tak pun hantu?

Ezzam melabuhkan punggungnya disebelah Esyraf yang tersandar di koridor pintu.

"Esy, bila semua ni nak tamat?" Soal Ezzam.

"Lepas lima group tinggal. Macam Sri Umirah cakap haritu." Jawab Esyraf tenang.

Mereka mengeluh berat.

"Fawaz." Panggil Esyraf apabila mendapati Fawaz sudah melelapkan matanya akibat keletihan mungkin.

"Hm?"

"Apa sebenarnya tempat ni? Dan siapa dorang?" Soalan Esyraf berjaya membuka mata Fawaz.

Fawaz membetulkan kedudukkannya sebelum berdehem.

"Ehem, aku memang nak sangat bagitahu tapi aku tak boleh." Terang Fawaz. Dia pasti mereka juga mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi.

"Tapi kenapa?" Soal Ezzam pula. Kenapa kena berahsia?

"Selagi korang tak letakkan kepercayaan seratus peratus dekat kitaorang, takde apa yang korang boleh tahu." Terang Fawaz lagi.

Esyraf menggangkat kening.

"Apa maksudnya?" Soal Esyraf.

"Macam aku cakap, percaya kami untuk kami percayakan korang." Kata Adeline yang muncul secara tiba-tiba.

"Eh Del, Arfa, korang okay ke?" Soal Fawaz sambil membelek-belek tubuh badan mereka depan, belakang, kiri, kanan.

"Okay je." Kata Arfa.

Adeline melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Esyraf diikuti Arfa.

Lalu mereka mengeluh berat sebelum membuka mulut.

"Dah lama aku nak cakap apa aku sebenarnya. Tapi tak boleh do." Terang Adeline.

"Bukan sengaja kitaorang diam. Semua benda ada sebab." Ucap Arfa pula.

Esyraf, Fawaz dan Ezzam hanya mendengar dengan teliti.

"Dan aku ingat, korang boleh bersabar. Tapi korang keep asking us, apa tempat ni. Siapa kitaorang. Apa sekolah ni. Sampai aku rasa rimas."

TING!

"Tahniah student HighSchool Killer. Anda berjaya menumpaskan sembilan puluh empat kumpulan. Hanya tinggal lagi dua dan setelah itu, kita akan berkumpul di Block D. Semoga berjaya." Ucapan Sri Umirah berjaya menarik perhatian beberapa pasukan.

"Yay! Dua pasukan lagi. Dan kita akan selamat!" Riang Ezzam bersorak sambil memeluk Esyraf dan Fawaz.

Tapi

"I guess korang tak tahu. Ingat tak aku pernah cakap sebelum game ni start? Akan ada misi yang lain yang korang tak tahu. So, ni baru level pertama. Ada lagi beberapa level kita kena hadap sebelum sampai level akhir untuk hidup." Terang Arfa.

Mereka yang mendengar sudah berhenti berpelukkan. Macam tak percaya. Ada lagi level? Then? Bilanya kitaorang nak hidup aman sambil makan kuaci?

Sorry kuaci habis.

Saya ambik la kat dapur.

Dapur takde kuaci.

Saya pergi beli.

Okay takde kena mengena.

"What? Jangan main-main boleh tak?" Marah Esyraf membuat mimik muka benggang.

"Takde masa nak main-main dengan budak hingusan macam kau." Selamba Arfa berkata dan dia mendapat cubitan daripada Ezzam.

Arfa mengaduh.

"Apa ni main cubit-cubit?" Marah Arfa sambil mengusap tangannya yang sakit akibat dicubit.

"Saja nak tengok. Takut kau mimpi je pagi-pagi." Jawab Ezzam sambil menayangkan giginya dan bersedia untuk lari.

"Sini kauu." Panggil Arfa lalu mengejar Ezzam dengan pantas.

"Hoi nak main lari-lari jugak." Panggil Esyraf dan mengejar mereka berdua.

Buat pertama kalinya Adeline tersenyum ikhlas.

"Arfa memang dah banyak berubah kan we?" Ucapnya kepada Fawaz dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya.

"Yes. Kau bila lagi?" Soalnya kepada Adeline.

Adeline memandang Fawaz sayu.

"Belum tiba masanya lagi."

The HighSchool Killer ( Slow Update ) Where stories live. Discover now