"Memang padan muka kau pun" Tch. Savage betul kau, Jungkook.

"Takpelah. Simpan drama kau tu dulu. Kita dah nak gerak ni. Jom"

Tanpa banyak cakap, aku hanya menurut. Perasaan bersalah ni aku biar menyelubungi diriku. Biarlah. Lama-lama hilanglah tu.


~~***~~

[ Hyera POV ]

"Kenapa tak bagitahu awak bawak Tae sekali?" soalku kepada Jungkook.

Jungkook garu kepalanya sekali sekala sambil menghadiahkan satu jelingan kepada Taehyung yang tengah buat muka blur sebelah dia. "Dia ni yang menggedik nak ikut" jelasnya. Kali ni, Taehyung mula membalas jelingan mautnya. Bongok betul.

"Ha sudah sudah. Tae, kalau kau nak pesan apa-apa minuman pesanlah. Kitorang dah pesan tadi. Nanti suruh aunty tu hantar kat ruang VIP ni tau. Jungkook, awak cakap ada benda yang awak tak faham. Yang mana?" ujarku sekadar tidak mahu melengahkan masa belajar. Maklumlah, esok kami semua akan menduduki exam besok. Dan aku dah bertekad yang aku takkan gagal exam tu.

"Banyak jugak ni. Saya harap tak menyusahkan awak. Erm ni ha..Renaissance, Zaman Gelap, Tamadun Babylon dan Corak Pemerintahan Athens dan Sparta.."

Jungkook pun mula menerangkan satu persatu bab yang sukar untuk difahaminya. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku mengajar Jungkook dalam mata pelajaran Sejarah dan English kerana aku merupakan tutor Sejarah tidak berbayarnya. Manakala Jungkook pula merupakan tutor tak berbayar aku yang mengajar subjek Seni dan Kimia. Mujurlah Jungkook jenis yang lebih suka serius ketika belajar. Mudah untuk aku berinteraksi dengannya dengan lebih selesa.

"Oh, ini senang jer nak ingat. Awak boleh cuba guna formula ni..." Dan bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran aku.

Tetapi, tanpa diduga, perasaan tidak selesa mula menyinggah. Ketika aku sedang khyusyuk mengajar Jungkook, aku merasakan seolah-olah aku diperhatikan oleh seseorang. Perasaan tidak selesa ini membuatkan aku bertambah rimas. Ada orang perhatikan aku ke? Tapi siap-- tak mungkin...

Aku dongakkan kepalaku dari menghadap buku sejarah itu. Cermin mataku aku betulkan sehingga naik ke atas tulang hidung. Aku kerling Taehyung yang berada betul-betul berhadapan dengan aku. Dan betul sangkaanku.

Taehyung...memerhatikan aku.

~~***~~

[ Hyera POV ]

"Hyera, aku minta diri dulu. Aku nak ke tandas kejap" kata Jungkook dibalas dengan anggukan dariku.

Kini, di bilik VIP ini hanya tinggal aku dan Taehyung. Aku kerling dia sekilas melalui ekor mataku. Benar jangkaan aku. Dia masih memerhatikan aku.

Aku membuka semula buku Sejarah sambil berpura-pura membaca untuk mengelakkan rasa kekok. Tetapi rasa kekok itu semakin mendatang. Benci.

"Hyera?"

Oh shit.

Dia tegur aku.

"Hyera, aku panggil kau ni" panggilnya lagi. Tetapi hanya menghiraukan. Biarkan dia Hyera. Kalau kau cakap dengan dia mesti naik menyampah.

"Min Hyera!" panggilnya dengan nada yang sedikit tegas. Mujurlah di ruangan VIP ini hanya aku dan dia sahaja. Kalau tak mesti dah kena shhh dengan ulat buku lain.

Dengan terpaksa aku mendongak memandangnya. Cermin mataku aku letakkan di atas meja pantas. Aku tayang muka menyampah aku. "Apa?!"

Dia tunduk kembali memandang jari-jemarinya di atas meja. "N-nothing" katanya perlahan sambil menggosok lehernya.

Aku bersandar ke kerusiku sambil ketap bibir. Nafasku hembus kasar. Lelaki ini benar-benar mencabar kesabaranku. Dia yang sedang membelek-belek sesuatu pada aku jeling penuh amarah. Lelaki tak guna. Kau datang sini pun bukannya nak belajar. Tapi kau asyik pandang aku. Belajar apa macam tu?!

Fuh, sabar Min Hyera. Lelaki ni memang tak betul pun. Jangan dilayankan sangat.

"Hyera?"

Apa lagi yang kau nak, gila!

"Good luck for tomorrow" ujarnya ringkas lalu terus menapak keluar dari ruang VIP ini. Barang-barang serta buku-bukunya pun sudah diambil bersamanya. Aku perhati susuk tubuh itu hilang di sebalik daun pintu kaca itu.

Untuk seketika aku terkaku di situ. Aku..ada buat salah dengan dia ke?

Tidak lama kemudia, Jungkook pun memasuki ruang ini. "Kenapa dengan Tae tadi? Aku tanya dia tak jawab. Terus keluar macam tu jer" soal Jungkook lalu mengambil tempat semula di sebelahku.

Aku angkat kedua-dua bahuku tanda tidak tahu. "Entah. Abaikan dia. Apa kata kita sambung balik" kataku cuba menukar topik. Malas aku nak layan budak terlebih emo macam dia. Dulu bolehlah aku tahan. Sekarang dia betul-betul dah melampaui batas. Kalau boleh semua emo dia tu dia akan lepaskan kat aku. Aku dah tak tahan.

Tiba-tiba, memori tentang perbualan aku dan Joshua di majlis perkahwinan Yoongi oppa menjengah ke dalam fikiranku kembali. Ayat yang dilontarkan olehku mula dimainkan.

"Sejujurnya... Aku dah tak cintakan dia lagi"

Ya! Betul tu. Aku akuinya. Segala apa yang aku pernah lalui bersama Taehyung di Pulau Jeju membuatkan aku bertambah benci kepadanya. Dia selalu menyakiti hatiku dengan sikap emosional yang melampau dan cemburu butanya. Padahal dia langsung tak pernah pandang cinta aku padanya sebelum ini. Apa yang dia nampak hanyalah Sana. Sana, Sana, Sana.

Aku bersumpah. Kalau dia dengan beraninya menadah cintaku yang sudah terkubur ini kembali, aku tidak akan teragak-agak untuk menghilangkan diri dari pandangannya. Jauh darinya.

Aku terlalu bencikan dia.






- TBC -

Vote and Comment^^

Nk bgthu...lps Kandy publish chap ni, Kandy akan hiatus sekejap😖. Alasan?

Alasannya, 8 chapter lain yg author blum publish lg tu tetiba terdelete sndri!!!!😭

Aduyaiiii!!!!!😫 Buat penat jer kena tulis balik. Haishh. Readers sume mohon sbar ehh. Tggu masalah ni settle jp. Bila dh settle, Kandy publish lerr😘

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now