- 19

8.4K 845 82
                                    

Laptop dan beberapa buku nota berserta pencil case, telefon dan earphone aku angkut bawa keluar dan melepak di gazebo di hadapan pintu dorm.

Sebelum ke gazebo, aku ke convenient store yang terletak di ground floor bangunan dorm. Satu maggi cup kari aku rembat dan letak air panas dan slurppp- aip belum boleh makan lagi. Mineral water sejuk aku rembat juga dan terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Lima ringgit."

Terus aku hulur kepingan duit lima ringgit kepada si cashier. Sejak aku masuk lagi aku perasan yang dia pandang aku semacam je.

"Kenapa aba- er awa- er kenapa anda pandang saya begitu?" untuk kepastian, kita tanya.

"Bukan sekarang waktu sekolah ke?" soalnya.

Aku ketawa perlahan lahan.

"Saya kena gantung sekolah 5 jam, pukul 12 nanti saya masuk sekolah balik."

Lelaki cashier menaikkan sebelah keningnya, mungkin pelik sebab aku kena gantung 5 jam. Aku pun pelik juga, gantung 5 jam? tah pape.

"Anda faham tak apa yang saya cakap? kalau faham, dab, kalau tak faham, dab juga, sekian wassalam."

Lantak la dia nak anggap aku sebenarnya ponteng dengan menggunakan alasan aku digantung sekolah ke apa, bendanya sekarang memang aku kena gantung even 5 jam.

Muka dia punya tahap sinis tu buatkan aku nak je simbah maggi aku ni dengan kuah kuah sekali dekat muka dia, panas ke apa ke lantak pi.

Tapi bila fikir balik, rugi woi. Dah lah bayar. Lagi satu nak kena buat lagi satu lagi. Oh no no, aku tak boleh korbankan maggi goreng aku.

Maggi is lit, tak kisahlah ianya ada kuah ataupun digoreng ataupun dibuat apa saja.
Maggi is a masterpiece, orang yang tak suka maggi ni orang tak ada taste #sorrynotsorry

Orang yang anggap makan maggi ni boleh jadi bodoh tu..... what?! aku dah memang bodoh bangang dah, so makan berapa banyak sekalipun tetap bodoh bangang juga. Tapi at the same time, aku makan oat dan pelbagai makanan sihat.

It's lie.

Suka maggi? dab, tak suka maggi? go away you can't dab with me.

Aku mulai menaip Strong Woman Do Bong Soon Episode 1 Full English Subtitle di papan kekunci. Tiba tiba rasa rindu pada Abang Hyungsik, my min min!

Siapa suka tengok Strong Woman Do Bong Soon? dab. Tak suka? go away you can't dab with me.

"Slurppp! waaah heaven betul l-"

"Sedap makan?"

"Uhuk! uhuk! uhuk! woi tersed-uhuk! a-air!"

Terus aku dihulur dengan air mineral uang aku beli di convenient store tadi. Secepat mungkin aku teguk sampai lega.

"Thanky- pergi mampos."

"Bagilah masa aku explain...."

"Explain? explain? kau ingat ini scene drama swasta ke bila hero nak explain kat heroin kenapa dia pergi buat passport dengan perempuan lagi?"

"Mungkin sebab dia terpengaruh dengan lagu Kaka yang buku merah jangan lupa bawa, moga moga belum tamat tempoh kot?"

"Betul lah kan, tak semua orang pandai ni, pandai...."

"Aku buat ni untuk kebaikan kau. Aku dah faham dah dengan maksud kau yang Amalia ambil kesempatan ke atas aku."

"Haa? you mean? jap jap kau pergi sekolah ke tak ni?" soal aku.

Qal mengangguk. "Aku tipu Madam Izara
yang aku tertinggal buku dekat dorm, tapi sebenarnya aku nak balik dorm sebab nak tengok kau."

Ha ha ha.

"Kenapa diam? diam diam, berpandangan, mata bertentang mata ke?"

"Puih, dah lah kau gi la balik sekolah. Aku banyak benda nak buat ni." maggi cup aku sambung makan kembali, laptop pula aku tekan play.

"Banyak benda la sangat. Drama apa kau tengok ni? Suri Hati Mr Kimchi? Suamiku Pembuat Kimchi? Abang Kimchi Oink Oink I Love You? Lelaki Kimchi Itu Pemilik Hatiku?"

"Hello?! elok sikit eh! ni Strong Woman Do Bong Soon! kau jangan ambil heroin dia eh, dia aku punya." terus aku menutup muka Bong Soon di skrin laptop.

"Bukan.... selalunya.... perempuan... cakap.... jangan.... ambil.... hero.... ke.... ?"

"Lepastu kau nak cakap aku ni tak normal ke?"

"Bukan... tapi kan suppose kau cakap jangan ambil hero?"

"Ooh, hero heroin dua dua aku punya. Tapi aku selamatkan Do Bong Soon je sebab tak mungkin la kau minat Park Hyung Sik melainkan kau gay...."

"Apa nama dia? pak kerusik?"

"Pak off, pak yourself. Park - Hyung - Sik la!"

"Oooh."

"Jalja Bong Bong! jaljayo Min Min! aaah comelnyaaaaaaa!!!! one true pair! one true pair!"

"Bong Bong? Min Min?"

"Tu kira nickname dia orang lah. Comel kan? tengok ni hero dia, peh dia punya kaki tu fulamak macam mermaid!" 

"Kau nak tahu sesuatu tak?"

"Tahu apa?"

"Reaction hero dia sebiji dengan reaction aku bila kau ws aku."

Shalalalalalalalalala~

Every korean variety shows mesti ada background music ni.

"Apa kata kita buat nickname juga?" soal Qal. Aku angkat kening, buang tebiat agaknya dia ni.

"So.... nickname kau Sa Sa, nickname aku Im Im."

Wat de fudge?

× × ×

struggle gila cibs aku siapkan semua in 2 days, i'm sorry kalau hambar. dah nak buka sekolah ni makin menghilang idea aku.

final chap aku up petang sikit, kasi aku siapkan dulu! another one, sorry pendek :( sumpah idea takda 😢

[ 31 Disember 2017 ]

crush : serendipity | ✔Where stories live. Discover now