- 18

7.4K 889 100
                                    

Entah lah, aku pun tak tahu apa sebab aku asyik bangun lambat je bila duduk dorm ni. Selalunya duduk dekat rumah elok je bangun. Nasib baik 'cuti', kalau tak subuh gajah la kau, Lisa....

Pintu bangunan sekolah aku buka, sambil sambil membetulkan tali kad pelajar aku yang berbelit bagaikan lidah terbelit itu.... aku bagaikan dapat menangkap sesuatu.

Kenapa semua orang pandang aku begini?

Tak elok pandang anak dara orang lama lama....

Aku terus menekan lif untuk naik ke 5 Vexans. Kedudukan kelas Vexans yang baru lebih dekat daripada kelas Vexans I dan Vexans II. Since sekarang Vexans I dengan Vexans II dah gabung so.... pelajar kelas Vexans dapat kelas baru.

Kau bayangkan, Baru dua minggu dekat sekolah ni tapi aku dah dapat rasa 3 jenis kelas dah, haaaa gempak tak gempak? kalau rasa gempak, dab, kalau rasa tak gempak, dab juga.

Kad pelajar aku imbas di mesin pengimbas di sebelah pintu masuk kelas sebelum pintu automatik itu terbelah dua. Walla, lebih luas berbanding biasa kelas ni.

Tapi aku tak berapa nak kisah dengan kelas baru Vexans ni, yang aku kisah..... kenapa semua pelajar yang ada dalam kelas Vexans ni sama juga macam pelajar pelajar lain yang berpeleseran dekat tingkat bawah tadi?

Pandang aku macam aku baru lepas membunuh orang yang tidak bersalah?

"So... betul lah apa yang Amalia cakap? yang kau ni sebenarnya nak ambil kesempatan ke atas Qal?" ucap Syasya Zalikha.

Aku terbeliak. "What? apa benda? mana bukti kau yang mengatakan aku ni sebenarnya nak ambil kesempatan ke atas dia?"

"Tak ada bukti pun kita orang dah tahu lah plan budak sampah macam kau ni. Well, daripada background sekolah kau pun kita orang boleh tahu. Kau tak ada lah pandai mana pun, entah entah dapat masuk East Light sebab pakai orang dalam.... mana lah tahu?"

"Right, babe? and untuk pastikan pula dia kekal duduk dalam East Light ni.... tu yang dia rapat dengan Qal. Siap pergi dating berdua, fuuuuh! boleh bagi tips cara berkesan untuk mengorat tak, Lisa?"

Kata kata Syasya Zalikha dan Hanna Delisha membuatkan rasa marah aku membuak buak.

Tak sekarang ni..... mana si kutu babi dua ekor ni dapat tahu yang aku keluar dengan Qal semalam.

Haha, keluar sangat. Setakat makan aiskrim yang tahap kekenyangan sipi sipi perut je, sembang sembang entah apa apa. Movie ke mana, game centre ke mana.

Alasannya?

'Nak balik dorm.'

Tiba tiba Amalia bangun, dia mulai meraba poket di skirtnya lalu mengeluarkan telefon yang kemungkinan miliknya.

"Anje, bibiey, acam, ucuk....

Kita orang ada bukti, bukan tuduh tanpa usul periksa...."

Amalia mulai menayang telefonnya. Bukti yang ditunjukkan adalah gambar aku dengan Qal tengah makan aiskrim di tepi Godiva.

F*ck la minah ni sumpah.

Tiba tiba pintu automatik kelas terbuka. Qal masuk bersama Hadi. Masing masing dengan muka ketat lagi lagi Qal. Di tangan Qal pula seperti ada kepingan gambar....

"Tu... boyfriend aka lelaki yang kau guna gunakan untuk kenaikan kau, oops!" kata Amalia.

"Tak yang sekarang ni kau butthurt apa hal? kenapa kau nak pertikai kemasukan aku dekat East Light. Oh well, aku tahu. Sebab ketar lutut ke aku akan ambil spotlight kau?"

"Kau tak malu ke rampas spotlight milik aku dengan cara kotor kau?"

"Hey Amalia si budak tak ada amal, kau jangan nak tuduh macam mac-"

"Lisa, stop!"

Aku terkejut. Terangkat sedikit aku jadinya bila Qal menjerit menyuruh aku untuk berhenti.

"Kau dah malukan aku.... sekarang kau nak malukan nama Vexans pula ke?" ucap Qal.

Dum!

Aku tersentak.

Kepingan gambar di pegangannya tadi dilempar ke atas meja dihadapan aku.

Wow, nice one.

"Dang it, wow..... tak sangka pula aku perangai budak ranking satu pun ada perangai hodoh macam ni? hey man, tak guna kau perah habis habisan otak kau untuk belajar tapi tak perah otak kau habis habisan sebelum bercakap. Terus serang, tak ada nak fikir apa yang keluar daripada mulut kau tu boleh sakitkan hati orang lain!"

Terus diam satu kelas.

Yang terdengar hanya bunyi kipas.

Bunyi creepy sikit tak ada ke? kasi muncul sikit scary vibe satu kali. Kasi sedar sikit manusia manusia cetek pemikiran.

"Bangga sangat ke dengan ranking tinggi melangit kau orang? kalau sampai ke tua lah bawa perangai hodoh macam ni, tak berfikir panjang, tuduh melulu..... ranking tinggi langit sekalipun tak akan ada orang nak pandang walaupun keputusan perfect."

Jangan main main dengan seketul Lisa. Nampak je kiut miut comel comel you're my honeybunch, sugar plum, pumpy-umpy-umpkin, you're my sweetie pie,
You're my cuppycake, gumdrop, Snoogums, boogums, you're the apple of my eye.

Tapi sekali mood menyerang keluar, kuasa campuran Strong Woman Do Bong Soon dengan Weightlifting Fairy Kim Bok Joo pun kalah!

"Oh by the way Amalia, selalunya dalam kereta kalau tak pakai seatbelt susah nak kantoi.... tapi dalam kes ni, kau serang aku tak pakai seatbelt, sampaikan sikit lagi nak kantoi rahsia kau...."

"Kita tak habis kat sini, Amalia. Kalau kau masih nak tabur fitnah, go on. Tapi nanti jangan menangis bila fitnah yang kau tabur tu kembali ke diri kau sendiri since aku akan expose taktik licik kau. Welcome to the game, Amalia! let's play well."

Muka Amalia bertukar pucat. Nasib tak terkencing dalam skirt je tu.

"Oh ya, aku tak tuju dekat semua. Aku tuju dekat segelintir manusia dalam kelas ni yang rasakan point mereka sedahsyat point point menteri di Parlimen tapi kenyataan, point mereka tak ubah macam orang bodoh yang tak reti nak fikir sebelum bercakap. Terasa? macam aku kisah ke?"

"Kesimpulannya, tak semua orang pandai, pandai, tak semua orang bodoh, bodoh."

Aku dab satu kali.

⛅⛅⛅

crush : serendipity | ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें