- 11

10.2K 963 250
                                    

Kemeja putih berlambangkan logo East Light High School di belah kiri terletak kemas dibadanku. Blazer yang juga berlogo disarung kemudian. Tag nama besi bertulis nama 'Alisa Nadine' dipin kemas pada blazer. Langkah terakhir, rambut aku diikat satu lalu diikat lagi sekali menggunakan riben putih, ala ala masuk sekolah darjah 1 dulu, hehe.

All set, i'm ready to go.

Beg sekolah baru berwarna denim yang dihadiahkan Kak Atilia di tepi meja belajar aku galas. Kak Atilia kata dia nak tolong aku move on daripada semuanya tentang St. Girls itu yang dia hadiahkan beg sekolah baru. Aku pun iyakan jelah....

Aku turun ke bawah untuk bersarapan. Semua sudah siap sedia di meja makan termasuk adik aku yang liat bangun pagi. Tapi makanan tak berusik pula?

"Aik, kenapa tak makan lagi? tunggu Lisa ehhhh?" aku sengaja bergurau walaupun aku tahu balasan kuang ajo abang aku nanti apa. Sama ada 'tak ada masa okay kita orang nak tunggu kau' ataupun 'kau siapa kita orang nak tunggu?'

"Ha la kitaorang tunggu Lisa, duduk la cepat. Lama kitaorang tunggu budak nak masuk sekolah baru ni turun." ucap abang aku.

Jap, aku mimpi ke apa ni? biar betik abang aku cakap sopan macam ni? apa dia baru sedar yang aku ni adik dia dan jangan pentingkan awek daripada adik sendiri?

Aku malas nak tanya lebih sebaliknya
mulai mengambil tempat di sebelah Arina. Sarapan hari ini aku mulakan dengan roti bersalut kaya sebanyak 2 keping sebelum mulai menjamah menu utama iaitu nasi lemak.

Mama masak nasi lemak waktu weekdays ni kira wow la. Sebab selalunya kalau weekdays ni selalunya nasi goreng, mihyun goreng, mi goreng resepi campak campak je. Tapi harini lain pula, detail betul menu harini.

"Papa tunggu Lisa dekat luar, harini mama dengan papa hantar Lisa." ucap papa yang sudah selesai makan sebelum dia bangun daripada duduknya.

Aku hanya mengangguk sebelum menghabiskan sisa nasi lemak di pinggan.

⛅⛅⛅

Jam tangan Adidas yang berlilit di tangan aku pandang sekilas, pukul lapan dua puluh. Berbaki sepuluh minit sebelum loceng berbunyi.

Perlahan lahan aku memasuki bangunan indoor sekolah melalui pintu automatik. Semua mata mata mulai memandang aku....

Macam aku ni baru bunuh orang yang tak bersalah?

....

No... i'm not.

Tapi kalau bunuh nyamuk tu... iyalah, tapi itu nyamuk yang bersalah!

Calm down, Lisa. Jalan je macam biasa, anggap je yang dia orang baru nampak bidadari baru turun dari syurga!

Aku terus berjalan ke lif berdekatan untuk ke tingkat 2, kelas aku. Sejurus sahaja lif sampai di tingkat 2, aku melangkah keluar, sambil sambil tu aku menyelongkar beg sekolah aku untuk mengambil slip pendaftaran aku. Lupa pula kelas apa, adoi.

"Aduh!"

Dan...

Alkisahnya aku terjatuh ke lantai.

First day went well, very veryyy well.

First day went well, very veryyy well

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
crush : serendipity | ✔Where stories live. Discover now