BRB, mata aku masuk habuk

147 4 1
                                    

Celaka masa dok gelak-gelak tak terasa masa berlalu. Masa bersembang dok berseronok tak ingat kata kena balik. Tau-tau semua kami dah berjalan menuju ke kereta Fiq. Sebab geng yang nak naik kereta Atyn balik KL nak ambik beg kami tadi yang tinggai dalam kereta Fiq. Masa tu aku jalan lambat-lambat sikit dan aku ambik sekeping foto depa ni dari belakang. Celaka insta worthy kot gambaq aku ambik. Power kot. Ingat Faliq Fahmie ja ka reti tangkap gambaq. Aku pun power. Dak aku muhong ja. Tapi biaq lah gambaq tak power tapi memori bangang bersama depa semua tu kekal power melekap dalam ingatan aku.

Babi, time ni aku rasa ada sendu sikit. Mana cukup la babi gather 2 hari 1 malam. Paling kurang kena seminggu. Kena ada semua warga SP&Co. Mesti banyak lagi benda bangang boleh buat. Tapi tak kata la plan ni pun tiba-tiba. So aku redha sajalah dengan perpisahan ini. HAA NAMPAK TAK AURA KESENDUAN TU. Ok so, sesampai di kereta Fiq kami pun pakat-pakat ambik beg masing-masing la. Kami pun salam peluk cium semua. Tiba-tiba aku terpaksa ubah plan. Dari nak ikut Atyn, Pen dengan Chai balik KL aku kena tukaq arah ke selatan sebab aku penyokong JDT yang sejati. Abah dia. Bukan pasai tu, tapi ada la sebab lain. So aku pun memberi salam perpisahan kepada Pen, Atyn dan Chai lantas menyertai perjalanan Mukael, Fiq dan Sai menuju ke Johor. Dan sesungguhnya, ketahuilah pembaca semua. Dalam banyak-banyak keputusan yang aku sesali dalam hidup aku. Ini adalah salah satunya. Masa pakat-pakat nak masuk kereta ni ada rasa nak ghiau, ciked ja la. TAPI AKU ANAK JANTAN PANTANG MENETESKAN AYER MATA INI!

Apalah yang aku pikiaq bila aku buat keputusan nak naik kereta dengan Fiq menuju ke Johor. Kalau ingat balik dan sedaq cepat-cepat pilihan aku salah masa tu, aku rasa aku rela jogging sampai Johor dari mempertaruhkan nyawa aku. Fiq ni kalau hampa nak tau, orangnya bersaiz besar sikit dari betis kanan Pen. Maybe sama saiz dengan betis kanan aku. Ya, memang kecik molek ja orangnya. Tapi bila dia pegang stereng kereta, masyallah, astaghfirullahalazim, innalillah wa inna illahirrojioun. Nescaya anda akan mengucap secara constant. Hal ini kerana, jika anda menjadi penumpang dalam kereta yang dipandu sendiri oleh Fiq, ketahuilah, ajal itu berada begitu dekat denganmu hingga kamu seakan-akan dapat mencium baunya. HGSDHAGJHAGDHGASJHGA. Ya gelak-gelak jugak, tapi pengalaman seram menumpang Fiq tidak akan aku lupakan.

Dengan reranting (tangan Fiq aku panggil ranting sebab kecik macam ranting yang orang cucuk kat Snowman masa Krismas tu) memegang erat stereng, Fiq bagaikan raja di jalanan. Aku mula-mula relaks ja. Kena la bertenang kan. Moga kita lelaki kena tabahkan hati kuatkan semangat. Sampai la tiba-tiba Fiq ni dia tersilap jalan. Jalan situ pulak kecik, ada dua lane saja untuk ke depan dan ke belakang. DIA BOLEH BANTAI U TURN SESUKA PERUT DIA JA LA WEIIII. Kalau pemandu biasa buat pusingan U depa akan bagi signal, tengok kiri kanan depan belakang dan baca doa naik kenderaan berkali-kali baru pusing, bagi Fiq, ianya tidak perlu. Cukup sekadar bagi signal dan terus saja buat pusingan U.

Aku. Menjerit. Macam. Bapok. Lorong. Yang. Paling. Pondan. Sekali. Dalam. Malaysia.

GILA BABI LA WEI JENIS U TURN IKUT FIRASAT SEMATA-MATA NI?!!?!?!

Fiq? Takut? Memang tak la. Dia gelak-gelakkan ja aku yang dah macam orang kena histeria kat tempat duduk belakang dengan Mukael. Muka masa tu dah kurang bercakap, aku rasa dia dah masuk fasa acceptance dan redho akan ajal yang bila-bila masa bakal menjengah. Aku tak boleh, aku nak terkencing nak terberak semua ada rasa. So aku jerit macam masa aku naik roller-coaster kat Genting Highlands satu ketika dulu. Fiq dengan Sai just gelak-gelakkan aku. Aku tak tau la berapa kali aku mengucap berapa kali aku menjerit macam bapok lorong masa naik kereta dengan Fiq.

Kalau kat jalan biasa pun dia bawak kereta macam hawaq, atas highway? LAGILAH HAWAQ GILA WOI!!!

Laju jangan cakaplah. DAH LA LAJU DIA BOLEH PULAK SEBELAH RANTING PEGANG STERENG SEBELAH LAGI DIA MAIN PHONE?! AWAS SEKALIAN PEMBACA JANGANLAH JADI PEMANDU SEPERTI FIQ! Aku ingat lagi, ada sekali tu Mukael pun terjerit sebab Fiq laju gila sampai nak hinggap kat belakang sebuah lori ni. Aku masa tu hampir menitiskan air mata sebab sangkaan aku, aku akan arwah dalam keadaan bujang teruna. Tapi Fiq, rilek ja, sambil balas Whatsapp dan main Twitter, sambil dok gelak-gelak mengadap phone, dia brake dengan tenang sampai sipi ja lagi kereta nak hinggap belakang punggung lori. Lepaihtu dia overtake dan teruskan pemanduan ala-ala pemanduan litar lumba beliau. Semua kereta dia overtake tak kira kiri, kanan atau melalui lorong kecemasan.

Aku? Aku memang sepanjang perjalanan terjerit-jerit macam aci india mati laki. Dalam hati aku, aku mengharapkan aku selamat tiba di destinasi. Tapi yalah, dengan cara pemanduan Fiq tu, kami sampai la ke destinasi yang aku kena pi tu lebih awal dari sepatutnya. Dah bawak macam pelesit kudung ekoq memang la!

Sesampainya di plaza tol Tangkak, aku turun dari kereta dan terus sujud syukur kerana masih diberi peluang meneruskan tugas sebagai khalifah di mukabumi ini. (sembang)

Di situ aku mengucapkan terima kasih pada Fiq dan Sai serta mengucapkan selamat jalan dan goodluck pada Mukael yang masih perlu meneruskan perjalanan dalam beberapa ratus kilometer lagi. Lepas aku selamat sampai di rumah. Aku tengok dalam group, Atyn, Pen dan Chai pun dah selamat tiba di KL. Beberapa ketika selepas itu masuk pula gambar Fiq, Sai dan Mukael selamat tiba di destinasi dalam keadaan masih bernyawa diselangi gambar Atyn, Pen dan Chai menikmati tomyam.

Ada sikit ja lagi sambungan...

Throwback MelakaWhere stories live. Discover now