Proses pengutipan

1.2K 32 2
                                    

Hari yang tak berapa dinantikan menjelang tiba. Hari tersebut adalah hari sepatutnya aku ke Melaka. Mapundek. Atyn akan datang ambil aku bila-bila masa. Yang confirm pergi sekarang ni aku, Atyn, Muka, Fiq dengan Sai. So Fiq, Muka dengan Sai akan gerak dari Johor. Sampai sana nanti baru jumpa.

Dah tu apa cerita aku nak duduk dengan iblis rambut merah ni sorang-sorang?! This is the deepest mapundek chu know? Bukan sahaja aku kirakan kekejaman sang iblis rambut merah semata-mata. Tapi aku ini seorang jejaka sopan lagi tertib. Mana pernah mendekati mana-mana wanita. Nanti mampus aku nak tahan nervous sepanjang jalan sampai ke Melaka. I cannot. I cannottt.

Tapi the best thing adalah aku gagahkan jua. Aku tak cancel jugak plan nak ke Melaka. Apa nak jadi pun jadilah! Janji sampai sana boleh jumpa Fiq dengan Muka. Sorry Sai, tak excited sangat nak jumpa hang sebab masa tu mana kenai lagi. Btw, Sai la ni dah nak jadi bini orang. So tipis la harapan seorang Sai nak join trip ke Melaka next time. Padan muka Sai. Tak, maksud aku, semoga jodoh Sai berkekalan sampai ke anak cucu.

Sambil menunggu Atyn yang akan sampai bila-bila masa aku masih lagi meneruskan usaha memujuk Pen dan Chai yang memang nampak gaya kalau tergelincir sikit maka mesti akan join trip bosan ini. Masa tu aku keluaq pi mana entah escort mama dengan makcik aku. Tapi jari aku tak lepas menaip meneruskan usaha memujuk di group. Babi punya Siam perut hijau (Chai) dengan bekas pemberontak Syria (Pen) ni. Punya payah nak dipujuk. Dah serupa perangai awek masa PMS.

Dua-dua memberi alasan terikat dengan komitmen kerja. Mapundek. Tak boleh jadi ni. Aku PM Atyn dan Fiq untuk send VN bersuara manja di group untuk pujuk kedua-dua pemuda tanpa hidayah ini mengikuti kami. VN demi VN dihantar. Ada la respons ciked dari kedua-duanya. Selang seli dengan respons mereka-mereka yang tak ikut. Masa ni siap ada create group 'Trip Melaka' kalau tak silap aku. Punyalah siye bersembang sampai kena create group lain. Tapi sembang punya sembang Pen dengan Chai ni kenapa susah sangat nak suruh ikut!? Mapundek la both of you!

Fiq pulak ada strategi sendiri untuk memujuk Pen. Fiq gunakan Sai sebagai pelemah. Kira kalau dalam Avengers Sai ni umpama Black Widow la boleh pujuk The Hulk (Pen). Tapi takdak la sentuh-sentuh tangan bagai. Harrom. Ha Ro Alip Mim. Harrom. Pung pang pung pang kung kung kung kung. Maka Pen pun bersetuju akhirnya untuk ikut. Celaka aku punya girang hangpa jangan tanya la. Akhirnya meriah jugak roadtrip celaka kami untuk ke Melaka.

Aku paling gembira sebab dengan adanya Pen maka si iblis rambut merah tidak akan dapat membuli aku! WAHAHASDGHASDGJASDG!

Yes, Atyn memang menyeramkan. Jangan tertipu dengan senyuman dia yang menunjukkan gigi giginya itu. Baru sat tadi dia whatsapp aku send VN dok bercakap sambil berak. Celaka punya pengotoq. Fuck Atyn dan dia punya tahi sekali. Perangai mapundek tak terbendung-bendung!

Ya Pen ikut! Aku tak tahu lah ayat apa Sai baca. Yang penting Pen ikut! Madefake. Baru la best. Pen ni aku pun taktau kenapa dia pilih nama Pen. Tapi aku takmau tanya sebab nanti mesti aku kena jawab balik soalan berbunyi,

"Kenapa hang pilih nama Injang?"

So fuck kepada pertanyaan tentang nama masing-masing. Mari aku ceritakan perihal Pen. Pen ni orangnya bermuka garang. Lagi garang dari Kublai Khan. Sekali dia jeling, 2 ekor kucing akan mati, seekor anjing akan diserang sawan, manakala lagi 5 ekor arnab akan mandul serta merta. Garangnya Pen ni sampai tahap kalau dia order ayaq kat kedai mamak, nanti anney tu akan hantaq ayaq sekali dengan makanan siap bungkuskan sekali beberapa keping roti canai untuk dibawak balik. Ya, dia memang garang. Jadi si iblis berambut merah bukanlah tandingan dia. Tapi hangpa kena tahu, garang-garang pen ni sifatnya manja dan baik hati. Mungkin baik hati dia hangpa akan rasa bila bersemuka. Tapi hangpa takkan nampak dia punya manja. Sebab Pen punya manja aku saja boleh rasa. Saya kenal Pen saya. Untuk kali keseratus lima puluh lapan point sembilan billion juta. La la la la la la. Ya, ya. Aku pun rasa nak bersila atas dahi sendiri ni. Bertabahlah wahai readers.

Paling babi tak boleh dibawak berbincang masa trip haritu mestilah si Siam Kapir Laknat The Ulaq Sawa Eater bernama Chai. Celaka punya kapir. Kalau dia masuk Islam memang aku sendiri yang sunatkan nanti. Aku sunat dia pakai sudu supaya dia seksa lama sikit. Sebagaimana seksanya aku nak pujuk dia join trip ni. Lahanat. Chai langsung takmau mengalah. Tak habis-habis dia dengan rasa tanggungjawab dia terhadap kerja dia pada hari Sabtu or Ahad aku tak ingat. Tapi memang weekend la. Asal weekend ja kerja. Asal weekend ja kerja. Weekdays ja pi mabuk-mabuk raba perempuan. Itulah kehidupan seorang Chai. Darah Siam pekat mengalir di seluruh venanya baq hang.

Tengah aku lepak-lepak dalam kereta on the way pulang ke rumah makcik aku di Shah Alam, Atyn whatsapp kata dia dah sampai Shah Alam.

"Woi Injang, aku dah sampai ni. Mana hg?"

Menggeletar seluruh tubuh aku mendapat mesej tersebut. Ah mampuslah aku dah lambat. Mau murka si ibilis berambut merah ni satgi. Tapi tu la, aku kena redha ja dengan pemanduan berhemah makcik aku. So aku bungkamkan diri aku dalam dilemma. Harap-harap sampai nanti aku tak hilang nyawa.

Sampai-sampai bawah rumah makcik aku, aku dah nampak dah kereta si Atyn. Umpama seorang putera raja (Atyn) yang datang untuk menjemput puterinya (aku) menaiki kereta kuda yang gilang gemilang. Secara rasminya aku menjadi penumpang pertama yang dikutip pada hari itu. Misi seterusnya adalah ambik Pen.

Aku dah lupa apa misscommunication haritu tapi sepatutnya Atyn ambik Pen dulu lepaih tu sama-sama mai ambik aku. Tapi entah apa masalah entah aku lupa. So Atyn mai ambik aku dulu then yes, aku la kena jadi driver pi ambik Pen pulak. Tapi ok la aku jadi driver ambik Pen dari Pen kena jadi driver sampai Melaka sambil pegang 'tanglung'.

BAHSDAHSDJHADSGJHASDGJHAG. Perihal 'tanglung' aku cerita bab lain ok? Sabar anak muda. Tenang.

Lepaih dah sumbat segala barang aku dalam kereta Atyn sambil bertempur dengan barang-barang dia yang sedia ada dalam kereta. (Aku masih musykil tu kereta dia or poket doraemon sebab segala mak nenek ada dalam tu) Kami pun meneruskan perjalanan untuk mengutip seorang legendary pokemon bernama Pen. Sempat singgah sat kat hentian mana entah sebab Atyn nak kemas barang lepaih tu sapkok sepam dua lepaih tu sambung jalan balik. Lagipun Pen masa tu tak habih kerja lagi. So tiada aksi drift dilakukan untuk mempercepatkan perjalanan.

Fuck kepada Chai sebab tiada tanda-tanda pun nak join kami ke Melaka. Disebabkan dia, seluruh keturunan Chulalongkorn aku benci!

Mestilah to be continued abah hang...

Throwback MelakaWhere stories live. Discover now