Sampai pun Lah Hanat!

1.3K 35 9
                                    

Dalam suasana hujan yang renyai-renyai macam kencing tak lawas kami meneruskan perjalanan. Keadaan dalam kereta sedikit sunyi sebab semua dah overdose gelak. Semua menyepi menghadap handphone membiarkan Pen seorang diri menghadap jalanraya. Kami berhenti sekejap dekat sebuah stesen minyak. Kosongkan pundi kencing masing-masing, refill ayaq dan rokok serta memantapkan Iman agar terus tabah hingga sampai ke destinasi kecuali Chai. Kapir beriman tak? Entah, aku tak tahu.

Berdasarkan perbincangan hangat di group rasanya Fiq dan gerombolan dah sampai di tempat penginapan. Muka kena tumpang tempat Fiq, Sai dan rakan-rakan mereka sebab kami tak sampai lagi. Bukannya Muka tak boleh masuk tempat yang kami ambik tu. Lagipun bayaran semua Fiq dah setelkan. Tapi biasalah, manusia kan tak suka kesunyian. Tapi comel jugak la Muka dok dekat tempat Fiq. Punyalah janggal dia boleh duduk sorang-sorang kat meja makan. Katanya segan sebab dalam tu semuanya penghuni perempuan. Girls, perkenalkan Muka, bakal Zauj kalian! Fiq tak habih-habih snap gambaq muka layan blues sorang-sorang sementara tunggu kami.

Tak lama lepaihtu Fiq dan gerombolan decide untuk keluaq dinner sambil tunggu kami semua kat kedai makan. Tapi depa tak order makan. Tunggu kami katanya. Sweet la tu konon. Aku pun tak sure macamana, bila atau pukui berapa, tapi tau-tau kami dah sampai Melaka a.k.a Kota Lah-Hanat. Ya, aku yang pandai-pandai boh nama samaran tu. Cerita aku, suka aku la.

Kami masih menyorokkan kehadiran Chai dari Fiq. Jumpa satgi ni mesti depa dua-dua akan terharu, merembes lalu terus berkucupan, dan beramas mesra. Jangkaan nakal kami bertiga. Kalau jadi memang aku rakam buat tambah koleksi 3gp.

Setibanya di restoran asam pedas apa entah dalam pekan yang haram tak sedap pun tu kami pun duduklah beramai-ramai selayaknya seperti budak hostel waktu makan di dewan selera. Kenapa kena duduk ramai-ramai aku pun tak tau, mungkin ni la yang ustazah aku selalu cakap tu merapatkan ukhuwah dan mengeratkan tali silaturrahim.

Di situ maka berjumpa jugalah akhirnya aku dengan Fiq, Muka, Sai dan rakan-rakan. Maaf rakan-rakan Fiq sebab tak sempat kenai. Frust jugaklah aku tengok muka si Muka selepas ternanti-nanti nak menatap wajahnya yang sentiasa disorok sekian lama. Aku ingat kacak macam pelakon Hong Kong, rupanya muka macam Sabahan tukang panjat pokok nyoq. Cey, power betui aku kutuk muka orang lain tanpa sedar muka aku sendiri lebih kurang macam Hog Rider dalam aplikasi permainan video popular COC.

Tapi Muka lagi semangatlah. Siap beli baju baru lagi untuk perjumpaan malam tu. SEMANGAT!

So aku, Pen, Atyn dengan Chai duduk semeja. Tapi kami memang dah plan nak bagi Chai duduk tepi Fiq. Comel jugak Fiq terkejut masa nampak Chai datang. Sweet macam malam pertama pulak umpamanya. So, sebagai gentleman Siam, Chai pun duduklah dengan wajah yang tenang, setenang air di dalam toilet bowl di sebelah Fiq kesayangannya. Dan, ketahuilah oleh anda semua. Mulai saat itu, mulut Chai telah dikunci oleh satu aura cinta.

Walaupun di satu sudut meja agak krik-krik, kami tidak terlepas dari berhuha-huha. Gila babi la kalau dah penat lenguh juboq dok dalam kereta mai jauh-jauh semata-mata nak krik-krik. Yang aku pelik, Chai yang aku kenali bukanlah krik krik sangat orangnya. Sebab walaupun dia Siam tapi dia masih fasih berbahasa Melayu. Tapi masa kami sampai sana tu, dia jadi krik-krik. Aku khuatir takut Chai dah kena demam kepialu. Tu la Chai, aku dah cakap dah haritu, jangan makan biawak banyak sangat. Tengok sekarang dah jadi apa. BISU!

Tapi seronok jugak malam tu tengok Chai asyik kena pangkah dengan Fiq. Fiq ni saiz dia lebih kurang ½ saiz Chai. Tapi dia punya bengis boleh tahan. Dia macam hangpa tengok seekor hamster, tapi garang macam harimau kumbang. Haa macamtu la Fiq ni. Terdiam Chai diperlakukannya. Jangan main-main. Siam yang biasa main M16 dengan AK47 belakang rumah pun tak berani bila kena hadap Fiq ni. (Macam biasa, part-part last tu mesti la ditokok tambah agar cerita kedengaran lebih sedap).

Selesai sembang-sembang dan makan-makan di kedai tersebut sambil menghamburkan sedikit sebanyak cacian dan hinaan kerana harap kedai ja besaq konon hidang signature dish of Malacca tapi rasa asam pedas ikan ketuka yang aku order ada lebih kurang rasa sisa chewing gum yang melekat di tapak kasut. JANGAN TANYA BILA MASA AKU PERNAH RASA SISA CHEWING GUM YANG MELEKAT DI TAPAK KASUT ITU!

Lalu kami pun berangkatlah ke tempat kediaman yang telah disediakan dan ditaja oleh jutawan muda bernama Fiq. Bukan taja sepenuhnya. Lebih kepada pinjaman wang berlesen dengan kadar bunga sebanyak 15%. Di sana nanti bolehlah kami berehat-rehat. So Pen kembalilah menjadi seorang pemandu berdedikasi walaupun berwajah persis panglima perang Mongolia. Aku taktau mana Pen dapat idea genius untuk tanggaikan semua tanglung si Atyn. Selesai masalah, tak payah dia pegang dah tanglung tu. Yang aku musykil kenapa dia tak pikiaq idea tu dari KL tadi lagi? JANGAN TANYA KENAPA AKU TAK SARANKAN IDEA TU KAT DIA. AKU TAU AKU BODO TULI.

Kami pun bergeraklah ke arah tempat persemayaman kami umpama gerombolan kembara Parameswara.

Buat ayat macambest sebab nak habaq kata bersambung lagi ja...


Throwback MelakaWhere stories live. Discover now