Bab 8:Giliran

203 18 3
                                    

"An obsession is where something will not leave your mind. "

-Eric Clapton-

*****

Tak sangka rancangan nya dengan membunuh seekor anjing lalu mengambil hati anjing tersebut sebagai hati Muaz menyebabkan polis tertanya-tanya dan makin keliru.

Satu pencapaian yang bagus dan menggembirakan. Namun, hati nya tak gembira.

Hati nya sakit.

Hati nya sedih.

Dari jauh dia lihat inspektor Ain yang sedang memujuk hati duka inspektor Haziq.

Dia mendengus kasar.

"kenapa kau musnahkan kebahagiaan yang setiap kali aku kecapi Haziq? kenapa?"  soalnya sedih.

Rasa sakit di hati nya makin membuak-buak bila melihat senyuman pada wajah kedua-dua manusia yang di perhatikan nya sedari tadi.

"aku akan balas dendam dengan kesakitan yang di hadapi oleh hati ku ini inspektor Ain, aku akan balas dendam." kata nya marah sebelum berlalu dari situ.

*****

Aku masuk ke dalam rumah bersama senyuman yang mekar di bibir. Tak boleh berhenti senyum bila teringatkan kata-kata Haziq tadi ketika kami keluar makan berdua selepas kes aku memujuk nya itu.

"thanks Ain. Awak berjaya tenangkan hati saya. Saya rasa berterima kasih sangat pada awak." Haziq senyum kepada ku.

Aku hanya mengangguk sambil ketawa halus. "tak perlu di ucapkan terima kasih, memang ini pun tugas saya sebagai seorang kawan yang baik kan?" jawab ku.

Haziq senyum. "kawan je? saya harapkan lebih." kata Haziq sambil melihat ke dalam mata ku.

Apabila anak mataku dan anak mata Haziq bertembung segera aku melarikan anak mata ku ke arah lain.

Malu sebenarnya.

"a-apa maksud awak?" soalku kurang selesa. "kita kawin nak?"

Tersedak air liur aku jadi nya apabila Haziq mengeluarkan soalan sebegitu. Belum sempat aku ingin mengeluarkan suara, suara haziq kedengaran dahulu.

"saya saje je melawak. Jangan ambil hati ehh." dia senyum padaku sambil ketawa.

Kurang asam sungguh mamat ni.

"eii.. Awak ingat benda ni lawak ke hah?" cebikku. menyampah tau dengan dia ni.

"alololo, merajuk ke? jangan la majok." lengan baju ku di tarik-tarik nya.

Aku menjelingnya. Main tarik-tarik nampak.

"awak merajuk sebab apa ni? sebab saya main-main nak kawen dengan awak ehh? mau juga kawen dengan lelaki handsome macam saya ni kan." aku pandang Haziq yang sedang angkat keningnya padaku.

Eii..

Dasar perasan diri..

"awak nak tahu tak sesuatu yang awak tak tahu?" kataku kepada nya perlahan.

Tiba-tiba muncul idea nakal di fikiran ku.

"uish pelik bunyi nya. Ada ehh perkara yang saya tak tahu tapi awak tahu?" soal nya pelik.

Aku angguk laju. "ape dia?"

Aku tersenyum. Hehe time pekena dia.

"jujur saya kata, awak lah lelaki paling handsome dan baik hati yang pernah saya jumpa." kataku pada nya.

OBSESION | Waiting The Day ✔ Where stories live. Discover now