BAB1: MEMORI

2K 32 3
                                        

6.7.2008 JOHOR BHARU
NI! NO! NI! NO! (Siren anbulans)

Pening! Kenapa kepala aku rasa sakit? Aku membuka mata sepet aku dan memandang kabur di udara. Cahaya lampu di siling berganti -ganti berjalan di atas. Aku berasa sesuatu menolak ku di atas katil yang begitu keras dan tidak selesa ini. "Adik! " suara yang aku kenal memanggil aku dengan sayu. Wajahnya langsung aku tidak nampak akibat mata aku yang kabur. Dan akhirnya gelap....

Satu cahaya menyinari mata aku. Aku bangun dan berdiri tegak di hadapan cahaya itu. Disekeliling aku hitam yang seperti tiada penghujungnya. Adakah aku bermimpi? Itu apa yang aku fikirkan.

Di mana aku? Cahaya apa di depan aku ni? Kepala aku pening memikirkan soalan aku sendiri. Tiba-tiba cahaya itu menukar sebuah tayangan yang besar. Tayangan itu menyiarkan sebuah cerita yang aku tidak kenal siapakah orang di dalam sebuah cerita itu.

Aku masih kepelikan. Apakah cerita yang benda alah ni tayangkan? Aku terfikir sejenak. Tiba-tiba muncul lagi sebuah tayangan yang sama dan aku tak tahu siapakah orang dalam jalan cerita tersebut . Dan lagi sekali satu tayangan muncul dan seterusnya... Semuanya mengelilingi aku. Aku menutup mata aku akibat takut dan akhirnya aku rebah.

Aku membuka mata semula. Di hadapanku seorang wajah yang aku tidak kenal. Seorang perempuan berjubahkan baju putih yang berikat tocang itu memandang biasa pada aku dan menandakan sesuatu pada kertas di sisinya. "Adik dah bangun? " soalnya meminta kepastian.

Aku mengangguk tanda sudah. Kemudian seorang lelaki yang aku kenal muncul di muka pintu dengan gelabah menghampiri aku. Ayah. Ya, dialah ayah ku. "Jimi! Kamu tak apa-apa kan? " soal ayah. Tanganya menyentuh kulit tangan ku dan membuatkan aku terkejut apabila satu tayangan muncul di mataku. Apa? Apa yang dah berlaku?

Tayangan itu seperti memulakan sebuah cerita. Ianya tentang masa lalu ayah. Kisah ayah bersama aku di sebuah tasik yang luas. Itu aku ingat ketika umur ku berusia 8 tahun. Dan cerita masa lalu ayah ditayangkan sehingga ayah berjumpa ibu dan ditampar oleh ibu kerana membuatkan aku kemalangan di tengah jalan. Ayah juga menangis dalam diam kerana menyesal meninggalkan aku. Masa lalu ayah berlaku dengan cepat diminda aku dan aku dapat tangkap kesemuanya.

Kesudahan tayangan berakhir ketika ayah mendapat tahu yang aku sudah bangun dari lena. Pap! Tanyangan itu diberhentikan. Ayah memandang aku kesedihan. Apakah yang sedang berlaku tadi? Mengapa aku dapat melihat masa lalu ayah? Mengapa ini boleh terjadi? Pelbagai soalan bermain di minda aku.

"Ayah? " aku menyapa ayah. Adakah aku patut beritahu ayah? Tapi....

"Ya anak ayah! Kau mesti terkejutkan? Maafkan ayah! Ayah tak layak jaga kau! Ayah orang yang tak berguna! Maafkan ayah jimi! Maafkan ayah! " Ayah meraung dihadapan ku. Aku melihat dengan sayu. Tapi walaupun aku 8 tahun aku tak nak ayah menyesal sebab aku.

Aku menatap mata ayah yang mengalir deras dek air mata. Tiba-tiba satu tayangan lagi muncul di mata aku. Ini tentang apa pula? Aku menyoal bersendirian. Tayangan itu seperti.... Masa depan ayah? Kisahnya ibu akan masuk menerpa pintu dalam masa 30 minit nanti. Aku sempat melihat jam di meja sebelahku.

Dan kemudian ibu akan menghalau ayah pergi kerana tidak mahu aku bersama ayah. Ibu akan memarahi ayah. Serba sedikit aku dapat mendengar pergaulan mereka.

"Kenapa kau dekat sini? Tak puas lagi ke kau dah cederakan anak aku? Keluar kau dekat sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku tak izinkan kau jumpa anak aku lagi! Aku nak kau ceraikan aku! " tengkingan ibu membuatkan aku berasa takut. Pertama kali ibu mengeluarkan suara yang kasar.

"Sayang! Abang minta maaf! Maafkan abang eh sayang...😢" lembut kata- kata ayah menuturkan bahasanya.

"Pergi....." ibu menoleh dan memandang luar jendela. Dalam diam dia keesakan. Akhirnya ayah pergi meninggalkan aku dan kakak.

Tayangan diberhentikan. Dihadapanku masih ada ayah yang kesedihan. Ayah memang seorang yang cepat menangis seperti kanak-kanak berusia 3 tahun. Sebab ayah seorang yang lembut hati dan baik orangnya. Aku kemalangan disebabkan ayah cuba untuk menghalang aku dikenakan tebakan oleh seseorang yang cuba untuk mengugut isteri milik orang lain memberi wang tebusan.

Aku dan ayah ketika itu ingin berjumpa dengan kawan baik ayah disebuah bangunan mall dan kemudian kemalangan peras ugut berlaku. Ayah ialah seorang pegawai polis yang sekian lama sudah meletakan jawatan. Dia cuba untuk membantu tetapi apabila lelaki itu cuba untuk melepaskan das tembakan ayah menolak aku kebelakang sehingga aku jatuh di tengah jalan dan akhirnya aku terlangar oleh sebuah motorsikal penghantaran makanan. Dan akhirnya gelap.

Baamm! Hentakan itu membuatkan aku tersedar dari lamunan dan memandang pada pintu bilik. Terpampang wajah ibu yang bengis memandang ayah disebelahku. Kakak dibelakang ibu sudah ketakutan melihat ibu yang kali pertama bengis. Selama ini ibu selalu menunjukan wajahnya yang lembut dan selalu tersenyum.

Ayah bangun di tempat duduknya dan mendekati ibu. "Kenapa kau dekat sini? Tak puas lagi ke kau dah cederakan anak aku? Keluar kau dekat sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku tak izinkan kau jumpa anak aku lagi! Aku nak kau ceraikan aku! " tengkingan ibu membuatkan aku berasa takut. Pertama kali ibu mengeluarkan suara yang kasar.

"Sayang! Abang minta maaf! Maafkan abang eh sayang..." lembut kata- kata ayah menuturkan percakapanya. Tetapi ibu langsung tidak menghirau. Ibu berpaling wajah dengan ayah dan seperti dalam tayangan aku tadi.

"Pergi... " dan itu perkataan akhir ibu. Ayah sudah mula menjejak kaki. Aku bangun dari tempatku dan memeluk ayah. "Ayah....😭 Jangan pergi...." Sekian lama aku berdiam diri akhirnya aku memberanikan diri untuk menyuara.

"Jimi... Ayah... Ayah kena pergi sayang..😢" ayah berlutut mensamakan ketinggian aku dengan ayah. Ibu sudah aku pasti dia sudah sebak. "Jimi nak ikut" ibu menoleh dan menarik ku.

"Jimi sayang.... Ayah kamu tak layak jaga kamu... Kamu duduk dengan mama ye sayang... Biar mama jagakan kamu. Kamu kan ada ayah baru...🙂" ayah baru? Hah? Maksudnya ibu akan kahwin baru? Bagaimana dengan ayah? Ibu.... Tak kan ibu... Curang dengan ayah? Tapi mengapa ayah tidak menghalang? Pelbagai soalan aku lontarkan pada diri sendiri.

"Tak nak ayah baru! Nak ayah jimi seorang ni je" aku memeluk ayah dengan erat. Ayah memeluk aku semula.

"Fatty kalau awak nak saye ceraikan awak saya akan lakukan. Tetapi benarkan saya beri peluang untuk bersama anak saya. " ayah menyuarakan diri dan mengangkatku dengan pelukanya yang erat.

"Kakak pun. Kakak nak duduk dengan ayah 😣" kakak juga meraung ingin bersama dengan ayah. Ibu kebingungan.

"Tak! Ibu tak benarkan kamu berdua duduk dengan ayah kamu. Jimi.... Kamu dah lupakah apa yang ayah lakukan pada kamu? Kamu hampir mati sayang..... " pujuk ibu yang tidak mahu beralah.

Aku berasa pening dan mula rasa nak muntah. Akhirnya aku rebah dipelukan ayah. Ayah perasan diri aku yang lemah lalu melihat aku yang pengsan dia terus menekan punat butang merah pada tepi katil.

Doktor berpusu-pusu memasuki bilik aku dan memeriksa diri aku akibat pingsan. Kemudian mereka berhenti melakukan kegiatan mereka. Rupa-rupanya tiub jarum yang disuntik pada tangan aku tercabut.

Dan aku kembali normal. Ibu menangis melihat keadaan aku. Ayah pula mengenggam tangan aku seeratnya. "Bagaimana keadaan anak saya doktor? " ayah menegur doktor itu. "Keadaanya sudah normal. Saya harap puan dan encik tidak memberikan tekanan pada pesakit" jawab doktor itu.

Dari genggaman ayah aku dapat melihat masa depan ayah lagi. Kisah yang sama aku lihat ketika ayah menyentuhku. Tetapi... Mengapa aku boleh melihat masa lalu ayah? Aku tak faham dan aku juga boleh melihat masa depan ayah... Ba.. Bbagaimana ini boleh terjadi?

ORGANISASI RAHSIA : PERMULAAN (Book 1)Stories to obsess over. Discover now