Part 53

2.1K 87 2
                                    

"Apa kau buat kat sini?"Farhan kelihatan tenang walaupun aku tak sengaja tertumpah air bandung ke baju kemeja putihnya. Terserlah badan sasa yang basah itu. Ariana jaga mata tu.

"Nothing untuk awak ketahui" kata Farhan. Aku memeluk tubuh menjeling mamat sengal ni. Aku rasa dia sembunyikan sesuatu.

"Ohh ok then. Bye" dingin aku terus lalu sebelahnya. Farhan memandang sahaja kelibat kekasih hatinya pergi. 'Aku tahu kau belum boleh maafkan aku. I'm sorry sayang. It was a mistake' bisik hati Farhan berharap Ariana memaafkan dia.

Baru je mood aku macam pelangi sekarang dah jadi tsunami angin monsun. Spoil mood sangat dia tu. Aku memandang tajam kearah sekumpulan junior aku yang berbisik mencuri pandang kearah ku. Mengumpat lah tu.

Aku dah suruh Lina,Aleeya dan Asniza untuk membeli dahulu. Hilang selera makan aku. Kerusi depan aku ditarik oleh seseorang. Yelah takkan kucing kot tarik kerusi tu.

"What wrong?" Soal dia. Aku hanya memandang lalu mengalihkan pandang semula kearah Lina,Aleeya dan Asniza yang memesan makanan di cafe sekolah.

"Nothing" balas ku dingin. Bukannya aku tak perasan yang semenjak aku keluar dari hospital dia semakin berjauhan dari ku. Aku terasa dengan sikapnya.

"Ok then Irfan kena pergi dulu ada benda nak diuruskan. Bye sayang" dia berdiri berlalu pergi. Aku anggukan sahaja. Keluhan berat dilepaskan. Sampai hati Irfan dera perasaan aku.

"Ariana kenapa ni termenung je. Cuba cerita masalah kau manalah tahu boleh kitaorang tolong" soal Asniza.

"Nothing just aku terasa dengan sikap Irfan yang buat tak layan dengan aku. Dia macam berubah drastik" luah ku. Asniza,Lina dan Aleeya berpandang sesama mereka. Diorang tahu mengapa Irfan buat sedemikian.

"Maybe dia sibuk kot. Dahlah jom makan" Lina cuba mengubah topik. Aku pun memakan makanan pesanan ku.

---SKIP---

Keesokan harinya aku terdengar berita tentang kedatangan murid baru dari Aisyah classmate aku. Katanya dia keturunan diraja dan lelaki. Entahlah aku pun tak tahu siapa dia.

Aku menyoal kepada Lina,Aleeya dan Asniza tapi diorang pun tak tahu. Aku rasa tak sedap hati.

Kelibat cikgu Fairus masuk ke kelas bersama berberapa buah buku ditangannya. "Baiklah hari ni kita akan mendapat murid baru. So saya harap awak boleh beri tunjuk ajar elok kepada dia" kata cikgu Fairus.

Mata kami semua memandang pintu yang terbuka dari luar. Tak mungkin. Aku memandang terkejut kepada Lina,Aleeya dan Asniza. Diorang pun turut terkejut. No freaking way. Takkan ini mustahil terjadi.

"Assalamualaikum saya TENGKU FARHAN AQIL. Baru sahaja berpindah dari Aussie. Saya harap awak boleh terima saya sebagai rakan awak" ucapan Farhan still buat aku dalam keadaan terkejut.

"ye Ariana kenapa dengan awak. Terkejut semacam je cikgu tengok" semua memandang aku termasuk Farhan dan yang lain. Muka cuba ditebalkan menahan malu.

"Nothing" balas ku. Cikgu Fairus mengangguk lalu memalingkan tubuhnya kearah Farhan.

"Baiklah Farhan awak boleh duduk di tempat kosong belakang Ariana" arah Cikgu Fairus. Janganlah belakang aku please. Dahlah sebelah aku Irfan dan sekarang belakang aku Farhan. Argh stress.

Sepanjang pembelajaran berlangsung aku tak memandang kearah lain hanya memandang cikgu dan papan tulis. Biarlah masa cepat berlalu pasal aku dah tak tahan diperhatikan dua mamat ni, Irfan dan Farhan.

Bunyi sahaja loceng berdering aku terus menyusun buku. Selesai sahaja aku terus menarik tangan Lina,Aleeya dan Asniza serentak ke belakang sekolah tempat taman.

"Macam mana sekarang ni? Aku buntulah. Tolonglah" aku meramas rambut ku. Alah pandai pandailah imagine susah nak terangkan.

"It's okay. Aku cuma nak kau buat tak layan je mamat tu. Kalau dia buat sesuatu kat kau bagitahu kat kitaorang. Tahulah apa aku nak buat dengan mamat kacak tu" aik Aleeya pula mengaku Farhan kacak. Ye aku pun mengaku juga.

"Oklah jomlah ke kantin. Lapar aku ni" Asniza merengek macam budak kecil kelaparan. Kami ketawa sahaja melihat gelagatnya. Alahai kawan aku ni. Perangai je tak matang mulut mengalahkan wasabi.

---SKIP---

Sebelum tidur aku melayan Instagram. Bosan nak buat apa. Gambar selfie tadi petang dipost.

Caption:
Let the EX came for be appeal for forgiveness. Cause you deserve better.

Mengantuk. Itu yang aku mula rasa sekarang. Aku terlelap dengan bantal dipeluk. Baru je nak tutup mata tiba tiba panggilan masuk. Dari Baby boo aka Irfan tersayang.

"Assalamualaikum sayang dah nak tidur ke?" Soal Irfan. Aku gagahkan diri untuk duduk walaupun ngantuk sudah menguasai diri.

"Walaikumsalam ye baru je nak tidur" sengaja nak tengok reaksi dia.

"Oh yelah GoodNight" hampa aku rasa. Aku mengharapkan pujukan tapi kata GoodNight pula aku dapat. Memang Irfan cari masalah dengan aku. Merajuk lah kalau macam ni.

Keesokan harinya aku bercadang nak makan yogurt ice cream. Aku menukar pakaian setelah mandi. Baju holder logo alien berwarna pink pastel aku kenakan dengan skinny jeans hitam. Rambut dilepaskan terhurai.

Kasut sneaker hitam aku pakai. Kunci kereta ku ambil lalu memulakan perjalanan ke Giant Supermarket. Banyak juga snack aku nak tapi yang penting yogurt ice cream.

Hampir troli yang aku tolak ni penuh dengan snack. Well aku kan ratu snack yang sentiasa kurus.

Sesampai di rumah aku letakkan semua makanan itu didalam almari dapur. Sengaja beli banyak untuk diorang juga. Aku mengambil yogurt ice cream bersama sudu naik ke bilik.

It's movie time. Aku membuka Laptop Apple aku lalu memasang movie kegemaran aku. Twilight.

Jam pun berlalu dari 11 pagi ke 3 petang. Habis aku makan semua sebekas yogurt ice cream. Bilik mu sejuk akibat terlalu lama terkena penghawa dingin.

Langsir tirai aku selak. Mendung je awan. Tak lama lagi hujan lah ni. Aku ada idea nak buangkan bosan. Laptop apple itu aku shut down dan diletakkan diatas meja big macbook apple aku. Well aku ada laptop dan big macbook yang jenama sama. Apple.

Aku menukar pakaian kepada pakaian rumah. Hujan mula turun. Aku berlari ke belakang rumah.

Habit aku yang dah lama aku tinggalkan. Bermain hujan. Rasa tenang je hujan mengalir ke badan ku. Sejuk demam belakang cerita. Sekarang aku hanya nak enjoy selagi mampu.

TBC

SORRY KALAU PART NI MEMBOSANKAN. BANYAK SANGAT SKIP HEHEHE. LEPAS TU IDEA JAHAT DAH TIMBUL NAK KENAKAN ARIANA.

VOTE AND COMMENT GAIS

FROM,
BELOVED AUTHOR

4 DAYS BEFORE BIRTHDAY


Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ