Alter ego | Yoongi |

288 10 1
                                    

WARNING:*self-harm,depression. Sesiapa yang terkesan,sila berhenti baca chapter ini.

"ugh!"

Aku tak tahu dari mana titik permulaan perbuatan ini.Mungkin dari penyakit mental aku iaitu kemurungan.

"haah..haah.."

Mungkin aku tiada sokongan dan dorongan dari ibu bapa yang aku sayangi.

"………"

Atau mungkin aku yang penyebab masalahnya .

Dengan buat benda ni aku dapat rasa seperti hidup semula.

Entah kenapa aku terdetik nak buat perbuatan ni walaupun aku tahu ini menyakitkan aku.

But as they say.

pain makes you feel alive.

"

Yoongi hyung!"

"..hah? Apa..!" Yoongi berusaha untuk meneruskan ayatnya walaupun dia dalam kesakitan.

"hyung okay tak? hyung buat apa dalam tu?"

"a-aku okay! aku baru..bangun tidur!" jawab Yoongi.Dia mengetap giginya,menahan kesakitan itu.

cepatlah pergi..tolonglah!

"uh,okay..Jin hyung suruh turun,keluar makan kat kedai biasa kita pergi.Cepatlah bersiap!"

"aku tak laparlah! kau pergi jelah dengan yang lain!" jawab Yoongi.Sesungguhnya,dia tidak mahu keluar dalam keadaan macam itu.Jika tidak,habislah terbongkar perbuatannya itu.

"betul ke? serious? Jin hyung kata dia tak nak masak dah malam nanti."

"ya,aku serious! pergi je! nanti marah Jin hyung sebab kau lambat,Jimin!" Yoongi kuatkan suaranya.Budak ni!

"okay,okay.Jeez. Jaga diri elok-elok hyung! Ramen ada tau dalam almari dapur!" jawab Jimin lagi. Yoongi mengeluh.Budak ni ambik berat betul..

"ya,ya.Aku tau.Dah,dah pergi! nak tengok cerita pun tak senang!" tipu Yoongi.Walhal,dia sedang menderita kesakitan.

"okay~"

Setelah semuanya kembali sunyi,Yoongi menghembus nafasnya.Sakit masih dapat dirasai.Yoongi melihat siling biliknya yang putih.

"aku ni tak berguna ke ?" kata Yoongi.Hatinya sakit bagaikan ditikam.Tiada apa-apa pun yang berlaku.Ia datang dengan sendiri.

"apa akan jadi kalau aku terjun dari tingkap ni?"

"adakah aku dapat rasa impaknya? Adakah mak ayah aku akan berasa sedih apabila aku sudah tiada nanti? Adakah kawan-kawan aku rasa perasaan yang sama dengan keluarga aku? Adakah kewujudan aku akan tidak diingati? Adakah orang ingat aku nanti? Dapatkah aku rasa perasaan itu? Mampukah aku melakukannya?" soal Yoongi bertubi-tubi sambil air matanya mengalir dengan hati yang sakit.

Depression suck.

------------------•----------------

Yoongi duduk diatas bangku yang telah disediakan diluar dorm mereka.Dia memandang keatas langit yang gelap.Mungkin akan hujan sebentar lagi.

"langit pun menangis." kata Yoongi perlahan.

"oi." seseorang menegur Yoongi dari belakang.Yoongi tersedar dari lamunannya lalu memandang ketepi.

BTS Horror Oneshot [MALAY Fanfic]Where stories live. Discover now