“I pening, mungkin sebab cuaca terlalu panas kot..” kepalanya masih belum dialihkan dari bahu lelaki itu.

     “Kalau you pening, rehat dulu. Lagipun kena tunggu Rahim danAzlan berkemas. Sekejap lagi kita balik.” Ujar Jemy, dia ingin berlalu meninggalkan Emily namun tangan gadis itu pantas menangkap lengannya. Tajam matanya memandang Emily.

     “Jangan tinggalkan I.” Pinta Emily. Jemy sudah mati akal, pandangannya dihalakan ke arah Rahim dan Azlan yang sudah memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Dengan perlahan Jemy mengangguk, lalu langkah diaturkan semula ke arah Emily, ruang diberikan sedikit untuk Emily untuk mendapatkan udara.

     “Tak tahu tiba-tiba boleh pening..”dengan manja Emily melentokkan semula kepalanya di bahu Jemy.

     “Okey siap. Kita balik sekarang ya Jemy.” Ajak Azlan yang tiba-tiba muncul. Terkejutnya bila melihat Emily sudah seenaknya melentokkan kepalanya di bahu Jemy. Drama apa pulak ni? Desis Azlan. Pandangannya di arahkan ke arah wajah Jemy yang sudah mengelat. Nasib kaulah Jemy..

     “Eh! Ni drama swasta mana pulak ni?” sinis Rahim tanpa berselindung. Sudah membesar mata Emily menjeling Rahim dalam diam. Pekerja Jemy yang satu ni memang nak kena! Kau tunggulah nanti, bisik Emily keras.

     “Tadi macam elok je..” Rahim masih membebel. Dia sudah menutup pintu kereta di sebelah Azlan. Sakit hatinya melihat perangai tak semenggah Emily di belakang tu. Mengada je lebih! Lantas Rahim tersenyum sinis. Dia mendapat satu idea. Tunggulah kau Emily.

     “Jemy, kamera kau” pinta Rahim. Dengan malas Jemy menyerahkan kamera pada Rahim. Lantaklah Rahim nak buat apa, dia dah penat sekarang ni, ditambah pulak dengan perangai Emily yang tiba-tiba macam ni.

Klik! Pancaran lensa kamera lantas mengejutkan Jemy dan Emily.

     “Kau buat apa ni?” soal Jemy keras. Rahim hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Jemy. Kau tunggulah Emily, aku report kat Aira. Baru padan muka kau! Tanpa memperdulikan Rahim, Jemy memejam matanya.
                                            ******************

SEPANJANG perjalanan ke Johor Bahru pemanduan Jemy hanya ditemani bunyi kecoh di stesen radio, dibiarkan saja Aira yang masih pulas dengan tidurnya. Nampak kepenatan saja. Jemari gadis itu masih setia digenggamannya. Azlan dan Rahim pula mengekori mereka dari belakang, sengaja Jemy meminta kedua pekerjanya menggunakan kereta yang lain kerana sebaik sahaja selesai urusan pengambaran dia akan membawa gadis itu bertemu dengan ibu dan abangnya. Apa saja penerimaan gadis itu, mereka hanya berserah pada takdir, apa yang penting Aira harus tahu bahawa ibunya itu tidak pernah sesaat pun melupakannya.

Aira membuka sedikit matanya. Tangannya terus mengemaskan rambutnya yang sedikit kusut. Jemy di sebelah dipandang sekilas, kasihan lelaki itu memandu sendiri tanpa teman bicara.

     “Bangun dah?” soal Jemy, sebelah tangannya pantas saja menyentuh pipi gadis itu.

     “Tak sampai lagi ke?” Aira yang masih mamai hanya menyoal perlahan. Badannya disengetkan sedikit memandang ke arah Jemy.

     “Tak lama lagi. Kalau penat, tidurlah dulu.”

Aira hanya mengangguk, namun matanya masih lekat memandang ke arah lelaki itu. Hari ini Jemy berpenampilan lain dari yang lain. Kelihatan lebih kemas dan kacak! Dengan kemeja berpetak biru putih berlengan panjang serta dipadankan dengan jean levis berwarna biru, kot hitamnya pula sentiasa kemas melekat di badan lelaki itu. Ada sesuatu yang istimewa ke? Desis Aira hairan.

     “Ada sesuatu yang saya tak tahu ke?” soal Aira pantas. Berkerut dahinya memandang Jemy. Kemas lain macam je..

     “Kenapa?”

     “Today..you look different, more..”

     “Handsome?” sambung Jemy lantas tersenyum. Betul ke dia nampak lain hari ni? Mungkin kerana dia berpakaian sedikit formal. Maklumlah hari ni dia nak menyaksikan sesi jejak kasih. Perlu ke dia ambil gambar nanti? Jemy bermonolog sendiri.

     “Perasan. Tak adalah, kenapa pakai smart je hari ni?”Aira membelek baju yang terselindung di balik kot hitam Jemy.

     “Biasalah, mana tahu dekat sana nanti terjumpa awek-awek cun. Bolehlah mengayat sikit.” Usik Jemy. Aira sudah menjengilkan matanya.

      “Ops! Jangan cubit. I'm driving!” awal Jemy menyampuk. Takut pulak kalau si Aira memulakan aksi ketamnya. Mahu hilang kawalannya nanti.

      “Eleh, macamlah handsome sangat.”cebik Aira.

      “Tak handsome ke? Kalau macam tu kenapa ya ada orang tu boleh jatuh cinta setengah mati dengan saya?”

      “Ada ke? Buta kot orang tu..”

      “A’aa..butalah tu. Tapi tak apa jugak, sebab dia butalah dia dapat melihat apa yang tak ada pada saya, dan ada pada orang lain. It's special to me and I really appreciate it.” Ujar Jemy penuh bermakna tanpa sedikit pun memandang ke arah Aira. Sejujurnya, dia memang amat menghargai rasa cinta Aira padanya. Kalau hendak dibandingkan antara Aira dengan dirinya, bagaikan langit dengan bumi, enggang dengan pipit. Dia tak punya apa-apa, selain cinta yang tulus suci untuk gadis itu.

      “Thanks Sara, for loving me..” sambung Jemy lagi. Jemari Aira dibawa kemulutnya dan dikucup perlahan.

      “You don't love me?” soal Aira sengaja mengusik. Yang sebenarnya hatinya tersentuh dengan ucapan berbaur gurauan lelaki itu.

      “I really really love you. So much..”

      “I love you too..”

      “Sara, boleh saya tanya sesuatu?” Jemy mula bersuara serius. Namun matanya masih lekat memandang ke depan.

      “Apa dia?”

      “Andai kata suatu hari nanti papa awak berkeras untuk memisahkan kita dan saya tetap berkeras nak mempertahankan cinta saya pada awak, mahukah awak terus berada di sisi saya dan mencintai saya seperti sekarang ni?” semakin erat tangan gadis itu digenggam. Dia perlukan jawapan dari gadis itu bagi mencari jalan penyelasaian untuk masalah mereka. Hatinya benar-benar terganggu bila mendapat tahu bahawa Tan Sri Megat Miqdad berkeras ingin mengahwinkan Aira dengan anak kawannya. Bagaimana dia nanti jika Aira tiada?

     “Sara?” panggil Jemy bila Aira masih berdiam. Tak sanggupkah Aira?

     “Jemy, I love you dan saya takkan sesekali tinggalkan awak.” Andailah Jemy tahu apa yang berada dalam fikirannya saat ini. Marahkah Jemy? Kerana terlalu terdesak ingin mempertahankan cintanya dia pernah terfikir untuk mengajak Jemy berkahwin saja. Tapi bagaimana dengan kerjayanya yang baru bermula? Aira binggung sendiri. Antara kerjaya dan cinta mana satu yang perlu dia utamakan? Jika tidak, dia akan kehilangan keduanya sekali dan mengikut kehendak papanya.

      “Jemy, kita kahwin!” ajak Aira tiba-tiba. Tersentak Jemy, segera brek keretanya ditekan dengan tiba-tiba.

      “Kenapa dengan awak ni? Nasib baik tak apa-apa!” marah Aira. Hisy Jemy ni! Agak-agaklah kalau terkejut pun, ni nak bunuh aku ke apa? Atau nak mati sama-sama macam romeo dan juliet.

     “Awak cakap apa tadi?” soal Jemy yang masih dalam kebinggungan. Betul ke apa yang dia dengar? Kahwin?

     “Saya cakap apa? Mana ada cakap apa-apa..” bohong Aira. Dia dengar dengan jelas ke. Aku nak try je tadi.

     “Kahwin?” sebut Jemy. Tajam matanya memandang Aira.

     “Kahwin? Saya sebut kahwin ke? Tak adalah...” nafi Aira. Aduh..ni memang nak cari nahas!

     “Sara, saya dengar tau apa yang awak cakap tadi. Kita Kahwin? Are you serious?”

     “Oh, awak nak kahwin dengan saya ke? Saya gurau je lah tadi. Takkan nak kahwin kan..” dengan tawa yang sengaja dibuat-buat, Aira cuba menyembunyikan getar di dadanya.

     “Ingatkan awak betul-betul nak kahwin. Kalau tanya saya, saya dah lama ready nak jadi suami awak.” Jemy kembali menghidupkan keretanya, dengan keluhan dia kembali membelah jalan raya. Aira di sebelah masih terpinga-pinga. Betul ke apa yang dia dengar? Jemy bersedia untuk menjadi suaminya. Bersediakah aku untuk memegang status isteri seorang si Photographer?

Mencintaimu Mr.PhotographerOnde as histórias ganham vida. Descobre agora