Bab 10

2K 34 1
                                    

Aira begitu berselera menjamu selera bila ada yang menyediakan makanan untuknya. Kasihan pula dengan si mamat sengal ni bila terpaksa menjadi tukang masak tak rasminya. Tangannya mencapai bebola ikan yang baru siap dipanggang. Wah! Sedapanya, pandai jugak mamat ni ya!

Jemy hanya tersenyum melihat gelagat Aira.

     “Lan, tolong aku panggang ni.” Arah Nadia, sayap ayam terus diserahkan pada Azlan.

     “Kau ni makan je dari tadi..tolonglah sikit.” Sampuk Rahim.

     “Ala, sekali-sekala nak bermanja dengan korang apa salahnya, lepas ni tak da dah..” Nadia bernada sedih, sempat lagi mengeluarkan muncung itiknya itu.

     “Nah Nad, aku buat khas untuk kau..” Aira menyua beberapa keping daging kambing yang siap masak untuk Nadia. Sempat lagi Jemy menjeling.

     “Macam dia yang buat!” Sindir Jemy.

Aira hanya mengukir senyum, tak ada mood nak bergaduh dengan mamat sengal ni sekarang, kalau tak.. mahu dia terpaksa memanggang sendiri nanti. Aira mengambil  tisu dari beg tangannya, peluh yang menitik di dahi Jemy dilap perlahan. Terkesima Jemy seketika. Matanya jatuh pada wajah Aira yang begitu hampir dengannya. Aira yang tadi hanya berniat ingin membantu Jemy turut terkesima bila melihat lelaki itu yang masih leka memandangnya. Buat seketika mereka saling berpandangan.

     “Ehem!” suara Azlan mula kedengaran lantas mengembalikan Jemy dan Aira ke alam nyata. Kelam kabut mereka. Aira mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya diarahkan kearah lain. Jemy pula berpura-pura memasukkan makanan kedalam mulutnya. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang tika ini.

Aira menyeka peluh yang mula merenek di dahinya. Panas! Bukan kerana steamboat yang mendidih di hadapannya, ini semua kerana pandangan mata Jemy yang begitu asing baginya. Aira dapat merasakan nafasnya tak sekata, semuanya kerana Jemy!“Koran“Korang berdua ni tengah makan pun boleh pulanak bertentang mata.” Tegur Rahim dengan senyuman mengejek. Benar telahannya, bosnya itu benar-benar telah jatuh cinta dengan Aira. Sejak bila ya?

Muka Aira sudah memerah. Malu ditegur begitu.

     “Betul tu, korang berdua ni ada apa-apa ke Jemy?” giliran Azlan yang tidak mahu ketinggalan menyakat bosnya itu. Nadia di sebelah hanya tersenyum, dia yakin Jemy benar-benar sudah jatuh cinta pada Aira. Buktinya, semasa di studio mata bosnya itu sentiasa mencari mangsanya, dan mangsanya itu adalah Aira!

     “Mana ada apa-apa” jawab Aira dan Jemy serentak. Aira menoleh kearah Jemy, begitu juga Jemy. Aduh.. apahal jadi macam ni pulak?

     “Ha! Kan betul apa aku kata.”

     “ Sudah! Makan je, sebelum aku cancel nak pergi karaoke lepas ni!” Ugut Jemy. Dia memandang kearah Aira sebelum menyambung semula mengunyah baki makanannya. Huh! Pandai pun diam, aduh..lain macam je hati aku ni! Betul ke? Betul ke aku dah cinta dengan dia ni?
                                             ***************

JANTUNG Aira berdegup dengan pantasnya sejak kebelakangan ini. Kebinggungan dia, Nak kata aku ni lepas lari pecut seratus meter, mustahil jugak. Aira mati akal, dia sendiri pelik dengan perubahannya kebelakangan ini. Sudah hampir dua bulan dia bekerja di studio tersebut, Nadia pula sudah sebulan berhenti. Kini tinggal dia yang menguruskan model-model mamat sengal tu.

Aira menapak ke sofa, tempat kegemarannya. Perlahan badannya direbahkan. Jam baru pukul tujuh lebih, awal pulak dia datang hari ni. Semalaman dia sukar melelapkan mata, asyik teringatkan mamat sengal tu je! Ahh! Boleh gila macam ni. Badannya disengetkan, terus matanya menangkap sebuah gambar yang tergantung kemas di dinding. Matanya seolah-olah terpukau. Kacak juga mamat sengal ni ya. Rambut jemy yang sedikit panjang itu begitu kemas walau hanya diikat sedikit kebelakang, matanya beralih pula pada mata Jemy. Aduh! Entah kenapa kebelakangan ini mata itu menakutkannya, setiap kali lelaki itu marah mesti keningnya bertaut. Aira tersenyum sendiri, tanpa sedar sebenarnya dia sukakan mata lelaki itu, cuma terkadang dia takut untuk bertentang mata. Takut jatuh jantungnya nanti! Hidung lelaki itu sedikit mancung, kacaknya! Kini mata Aira jatuh pada bibir lelaki itu. Seksi! Bisik hati nakal Aira. Aira mengeluh sendiri, bibir itu jarang mengukir senyum. Tapi, kalau lelaki itu senyum..pasti cair semua perempuan dengannya. Ala, tak senyum pun model dah keliling pinggang! Aira mendengus kasar. Cemburu kah dia?

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now