BAB 33

1.3K 22 4
                                    

Jemy mengarahkan Azlan memberhentikan kereta di sebuah rumah usang yang berada di tepi jalan. Terpinga-pinga Azlan memandang Rahim yang duduk di sebelahnya, biar betul si Jemy ni? Takkan nak shoot dekat rumah buruk yang telah ditinggalkan berkurun lama tu. Naik seram pulak Azlan memikirkannya.

     “Stop now!” jerkah Jemy lagi. Matanya masih lekat memandang rumah usang di sebelah jalan tersebut. Sangat bersesuaian dengan konsep pengambarannya hari itu. Gothick!

Jemy mengerling sekilas ke arah Emily yang sudah memaparkan riak teruja. Di mana saja Jemy membawanya pasti dia tidak akan membantah, jangan katakan rumah usang yang kelihatan berhantu itu, ke tanah perkuburan pun dia sanggup. Cintalah katakan.

     “Azlan set up sekarang.” Ujar Jemy. Beg sandangnya sudah dicapai, kameranya sudah dibawa keluar. Sebelum memulakan sesi pengambaran, dia harus mengambil beberapa keping gambar rumah tersebut.

     “Emily, kita shoot di sini hari ni.” Jelas Jemy.

     “Mana-mana pun I sanggup asal ada you.” Balas Emily dengan senyuman gediknya. Rahim hanya mencebik, memang tak pernah habis gedik si Emily ni. Belum lagi kalau ditambah tolak dengan gedik si Mimi. Mahu pitam dibuatnya, alahai..macam manalah si Jemy ni boleh bertahan kerja dengan model-model Kiki yang rata-ratanya spesis gedik. Terkecuali Aira lah..hehe, sempat lagi Rahim mangata dalam hati.

     “Rahim, kau make up dia ikut konsep kita hari ni.” Arahan diberi pula pada Rahim, dengan anggukan Rahim hanya menurut. Si Emily ni tak payah nak make up gothick sangat, tengok muka pun dah macam muka hantu mak limah. Cuma Emily ni Mak Limah moden. Tinggal rambut je yang tak mengerbang!

Shoot yang berkonsepkan gothick tersebut berjalan lancar selama dua jam. Banyak juga gambar Emily yang diambil dengan persalinan pakaian gothiknya. Rahim dan Azlan sudah bermandi peluh, pancaran cahaya matahari yang terik menyukarkan sedikit tugas mereka tika itu. Sepintas mereka mengerling ke arah Jemy yang masih tekun menangkap gambar Emily dengan persalinan terakhirnya itu. Bersemangat pulak si Emily tu, maklumlah Jemy yang menjadi jurugambarnya, kalau jurugambar lain mahu dah dia balik guna teksi kalau di ajak shoot kat tempat macam ni.

     “Okay, done. Thanks Emily.” Jemy melangkah ke arah kereta dengan kameranya. Dia masih tekun melihat gambar-gambar Emily yang ditangkapnya tadi. Cermin mata hitam yang dipakainya dibuka dan diselit kemas di kolar bajunya, jacket hitam yang menyaluti badannya dibuka. Panas pulak hari ni!

     “Air.” Sua Emily. Dia turut melabuhkan punggungnya di sisi Jemy, bukan selalu dapat meluangkan masa dengan pujaan hatinya itu. Biarpun dia tahu lelaki itu sudah berpunya, tapi apa salahnya mencuba nasib. Mana tahu si Jemy ni memilih dirinya berbanding model baru tak sedar diri tu!

Jemy hanya menyambut dengan ucapan terima kasih.

     “Macam mana dengan gambar-gambar I?” Emily semakin merapatkan dirinya dengan Jemy, tangannya dengan sengaja memegang paha Jemy.

     “I baru nak tengok. Rasanya okey ni.” Jemy menjarakkan ruang di antara mereka. Rasa tak selesa pulak bila tangan Emily menyentuhnya begitu. Kalau difikirkan lagi bukan selalu pun dia keluar minum dengan Emily, boleh dikira dengan jari. Entah kenapalah si Emily ni berperangai sebegini dengannya.

Emily yang perasan semakin menghampiri Jemy, berpura-pura melihat gambar dari kamera lelaki itu. Tiba-tiba dia mendapat satu akal untuk menarik perhatian Jemy. Lantas tangannya memicit kepalanya lalu dilentokkan di bahu Jemy. Terkesima Jemy dibuatnya. Apa kena dengan perempuan ni? Tiba-tiba je.

     “I peninglah..” rengek Emily dengan manja, lengannya mula memaut tangan Jemy.

     “You ni kenapa?” soal Jemy keras. Mulalah si Emily ni nak memeningkan kepalanya.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now