Bab 11

1.9K 38 0
                                    

Aira mengerling jam di tangannya. Aduh, matilah aku kena hempuk dengan si singa jadian tu, dah pukul sembilan setengah ni. Ini semua salah Mila yang bangun lambat.Huh! Sempat Aira mengomel dalam hati. Pantas kakinya berlari memasuki studio lelaki tu.

Pintu studio dibuka perlahan, Wah..ramainya! Ada event ke ni? Azlan dan Rahim masing-masing dengan kerjanya. Aira melilau matanya mencari kelibat seseorang, mana singa jadian tu?

     “Rahim kau take over sini!” tengking satu suara, Aira mengarahkan matanya menangkap di mana datangnya suara itu. Kelibat Jemy mula kelihatan, lelaki itu dilihatnya sudah bercekak pinggang berdiri di hadapan barisan pakaian-pakaian yang tersidai kemas di satu sudut. Jantung Aira mula bergetar laju. Takut pulak nak masuk studio hari ni. Apa nak buat ni?

     “Jemy, model tak make up lagi ni.” Suara Azlan pula menyampuk. Jemy mengeluh kasar, mencerlung mata Aira bila melihat Jemy sudah menghempas kuat kertas di tangannya. Pintu studio ditutup kembali. Perasaannya cuak tiba-tiba.

Nak masuk ke tak ni? Aira mula berkira-kira. Tangannya sudah melekap didadanya yang berdebar kuat, macam nak tunggu hukuman je ni. Aira tak henti-henti menyalahkan Mila.Ini semua Mila punya pasal! Siaplah kau nanti! Marah Aira.

Tak semena-mena pintu studio dibuka dari dalam. Aira sudah memejam matanya, takut untuk melihat kemarahan bosnya itu.

     “Aira!” sergah Azlan, bahu rakannya itu dicuit perlahan. Aira mula membuka matanya.Huh..selamat, ingatkan harimau jadian tadi.

     “Kenapa lewat?” soal Azlan separuh berbisik.

     “Sorry..aku ada hal tadi.” Muka Aira jelas takut.

     “Matilah kau hari ni Aira, tu! Singa jadian dah tukar jadi serigala jadian dah.” Ujar Azlan, dia sendiri pun cuak bila Jemy dah mengamuk sakan.

     “Hah! Aduh, macam mana ni? Perlu ke aku resign aje?” tangan Aira sudah kesejukan. Takut pulak dia. Kalau macam ni lah, tak jadi model pun tak apa.

Pintu Studio tiba-tiba terbuka dari dalam. Aira dan Azlan sudah saling berpandangan. Terjengul muka Jemy di muka pintu, berdebar-debar dada Aira, tidak berani pula dia manatap muka Jemy tika ini. Pasti kena telan lepas ni.

     “Dah tahu lewat, tak reti nak buat kerja lagi ke?” marah Jemy, pintu studio dihempas kuat. Terkesima Aira seketika. Aduh, ingin saja dia lari tika ini. Menyampah pulak nak mengadap muka serigala jadian tu.

Patutlah sibuk semacam je, rupa-rupanya Jemy ada sesi pengambaran dengan empat orang model baru dari agensi Kiki. Satu-persatu model-model tersebut mendapat sentuhan dari Aira, mujur sahaja dia pandai sikit bab-bab solekan dan fesyen ni, kalau tak mahu terbakar dia mendengar bebelan dari serigala jadian tu.

Hampir sejam juga Aira nak menyiapkan keempat-empat model lelaki tu. Peluh yang mula merenek didahinya disapu perlahan. Rambut yang tadi dibiarkan lepas, kini diikat satu.Panas pula hari ni.

     “Minum dulu!” terkejut Aira bila sebotol air mineral berada di depan matanya, perlahan kepalanya didongakkan, muka serius Jemy menjadi santapannya. Perlahan air mineral itu disambut.

Selepas menyerahkan air kepada Aira, Jemy berlalu menuju ke monitor. Dia hanya tersenyum apabila gadis itu sudah meneguk air yang diberinya tadi.

     “Akak dah lama ke kerja sini?” soal Mimi tiba-tiba.

     “Boleh tahan.” Jawab Aira acuh tak acuh. Kakak? Tua sangat ke aku ni? Boleh pula dia panggil aku kakak? Nak kena dia ni. Aira cepat meratakan solekan di wajah Mimi.

     “Jadi akak kenallah abang photographer tu.” Kelincahan Aira terhenti. Abang Photographer? Jemy ke? Aira menoleh seketika kearah Jemy yang begitu asyik dengan kameranya. Senyuman manis yang terukir di wajah Mimi menyesakkan sedikit nafas Aira. Jangan-jangan budak tak cukup umur ni dah jatuh hati kat Jemy kot.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now