BAB 27

1.1K 15 1
                                    

Aira memulas tombol pintu studio Jemy. Keadaan agak lengang ketika itu, mungkin sebab tiada pengambaran hari tu. Bungkusan makanan korea yang dibelinya tadi dijinjit sekali. Tidak sabar rasanya mennikmati makanan tengah hari bersama kekasih hatinya itu.

     “Hai.” Sapa Aira. Dari tadi Rahim dan Azlan sibuk mengemas set selepas pengambaran.

     “Aira!” serentak Rahim dan Azlan menjerit. Sudah lama rasanya tidak bertemu dengan pujaan hati bosnya itu.

     “Serigala jadian mana?” soal Aira penuh senyuman. Lantas dia duduk bersebelahn Azlan.

     “Atas. Dia ada guest.” Jawab Azlan pantas. Mahu ketawa dia mendengar Aira membahasakan Jemy sebagai Serigala Jadian. Memang betul pun kan? Jemy yang panas baran dan muka yang sentiasa kedekut dengan senyuman itu digelar serigala jadian. Mengekek mereka bertiga ketawa. Tak kurang Aira yang sentiasa senang memanggil Jemy, kekasihnya itu sebagai harimau jadian tak pun serigala jadian! Mahu kena tengking ni kalau didengar dek Jemy.

     “Guest? Siapa?” rambutnya yang sedikit masai dibetulkan mengunakan jari.

Rahim dan Azlan serentak menjungkit bahu.

     “Baju kau tu kenapa?” soal Rahim hairan. Baju putih Aira dipandang berkerut. Aira melihat sendiri, hampir dia terlupa akan bajunya yang sudah kotor dek disimbah air oleh lelaki berkulit sawo matang di Mid Valley tadi. Terus Aira mendengus geram.

     “Ada lelaki gila tersimbah air dekat baju aku ni.” Dengus Aira geram.

     “Aku pergi toilet jap. Ni dua bungkusan ni untuk korang, yang lain jangan kacau..buah hati aku punya okay.” Aira bingkas bangun menuju ke bilik air. Segera Rahim dan Azlan membuka bungkusan makanan yang dibawa Aira.

     “Terima kasih Encik Jemy.” Ucap Tiara sambil melemparkan senyuman untuk jurugambar muda tersebut.

     “Terima kasih jugak sebab sudi memilih khimat saya.” Ujar Jemy. Sempat dia bersalam dengan teman Tiara tersebut.

     “Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Tiara dan Akmal segera meninggalkan studio. Jemy hanya menghantar dengan senyuman tak lekang di bibir. Setelah yakin kedua-dua tetamunya hilang di mata, dia terus memandang kearah kedua orang pekerjanya yang asyik menjamu selera. Dia mengangkat keningnya, seketika di atas tadi dia macam terdengar suara Aira. Mustahil jugak, Aira masih di hospital. Desis Jemy sendiri.

Dentuman bunyi pintu bilik air mengejutkan mereka. Jemy dan kedua pekerjanya saling berpandangan. Sejurus selepas itu keluar Aira dengan muka masamnya, terbeliak Jemy melihat kehadiran Aira di situ. Muka Aira yang masam dengan muncung yang panjang itu dipandang tak beralih, tangan gadis itu masih memegang bajunya yang kotor. Sekilas Jemy melihat tangan kiri gadis itu yang masih berbalut, tergeleng sudah kepalanya. Degil!

Dengan malas Aira terus melabuhkan punggungnya di sofa. Hatinya masih sebal dengan kotoran di bajunya.  Jemy menghampiri Aira, boleh pulak dia buat tak nampak aku. Desis Jemy.

     “Bila keluar hospital ni? Tak bagitahu saya pun.” Soal Jemy. Matanya tajam memandang Aira.

     “Ada baju tak? Baju saya kotor ni” tanpa menjawab soalan lelaki itu, Aira terus menarik tangan Jemy mengikutinya. Jemy diheret menuju ke deretan pakaian yang dikhaskan untuk pengambaran. Lantaklah siapa yang pernah pakai, dia perlu mengantikan bajunya itu secepat mungkin. Melekit!

Satu persatu baju di situ dibelek. Tak satu pun yang berkenan, macam membeli belah lah pulak. Omel Jemy. Kakinya diatur ke suatu sudut, gaun paras bawah lutut yang dibelinya semasa pengambaran pertama Aira terus diambil.

Mencintaimu Mr.PhotographerWhere stories live. Discover now