Bab 19

1.5K 91 12
                                    

AMNI kembali semula ke bilik kerjanya setelah menunaikan solat Asar di surau yang memang disediakan di dalam syarikat itu. Baru sahaja ingin membuka pintu bilik, dia ditegur dari belakang.

"Hey kau, masuk bilik aku kejap." arah Syameel yang berdiri di belakang Amni.

Nampak dari gaya lelaki itu, mungkin baru selesai menunaikan solat seperti dirinya tadi.

"Bos ni, terkejut saya tau. Kalau ya pun bagi lah salam.." tukas Amni dengan mengerutkan dahinya.

"Sibuk aje ! dah lepas ni masuk bilik aku, aku ada kerja buat kau." Syameel membidas lalu meninggalkan Amni yang masih menahan geram disitu.

"Sibuk aje ! dah lepas ni masuk bilik aku, aku ada kerja buat kau. Ingat aku ni robot ke, kena buat kerja cepat-cepat. Huh.." Amni meniru kembali bicara lelaki itu setelah Syameel memboloskan diri ke biliknya.

******
Senyuman sinis terukir dibibir merah lelaki itu tanda dia tidak merokok.

"I'll take my revenge.. hehe" ujarnya disertakan tawa sinis dihujung ayat lelaki itu.

Selang 5 minit kemudian, kedengaran pintu bilik diketuk dari luar.

"Come in !" Syameel mengarah dari dalam.

"Assalamualaikum bos, ada apa bos panggil saya datang sini ?" Amni menyoal setelah menapak ke bilik kerja lelaki itu.

Tanpa menjawab salam Amni, 3 buah fail hitam tebal diheret ke depan meja.

"Apa ni bos ?" soal Amni agak keliru dengan maksud lelaki itu.

"Fail lah, kau dah tak kenal fail lagi ke ?" sindir Syameel sinis.

Amni menarik nafas berat. Geram barangkali.

"Saya tahu lah itu fail, tapi nak buat apa ?" balas Amni dengan selamba.

"Heh, aku nak kau edit semula semua yang aku bulatkan dalam fail tu dan hantar hari ni jugak. So many mistake and typo. Kau ni reti baca ke tak, kang aku kata buta huruf nanti marah pulak." bidas Syameel.

'Haha ! serves you right ! nak lawan aku sangat kan. Heh..' detik lelaki itu dalam hati dengan bangganya.

Amni mengerutkan dahi.

"Iya ke ? saya dah semak 2 3 4 5 6 kali dah bos sebelum hantar kat bos. Macam mana boleh ada salah dan typo ?"

"Kau tanya aku apasal ? kau yang buat kerja kan. Eh, dah.. aku bukannya nak dengar kau membebel kat sini. Take this and do your work now !" ayat yang berupa arahan diberikan.

"Tapi bos, kan ni dah masuk 5.00 petang. Tinggal satu jam lagi nak balik bos. Macam tak sempat nak habis semua ni bos."

"Do I care ?"

"Err.. bos, kalau tak habis boleh tak saya bawa balik rumah aje, esok pagi-pagi saya promise dah letak fail ni siap-siap kat meja bos. Apa macam ?"

"No ! kau mesti habiskan kerja tu hari ni jugak. Aku tak kisah kau nak balik malam ke, esok pagi ke.. yang aku nak ketiga-tiga fail tu dah siap diedit by today not tomorrow or whatever day. Note that ! "

Ternganga mulut Amni jadinya.

"Biar betul bos ? bos.. please la, takkan bos nak biarkan saya stay sini sorang-sorang. Agak-agaklah bos."

"Why ? kau takut ?" provok Syameel.

Amni yang diprovok sebegitu mulai berlagak tenang.

"Eh, mana ada saya takut. Aacum !"

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now