Taehyung memandangku sinis. "Aku tahu kau marah sebab ciuman tadi..."

Pipiku mula buat hal bila dia cakap tentang ciuman tadi. Ah sudah.

Tak boleh, Hyera. Kau tak boleh tunduk depan lelaku ni. Jangan tunjuk yang kau ni lembik. Kau kena kuat. Biar dia tahu apa perasaan kau apabila rasa kehormatan diri kau dipermain-mainkan.

Aku mengecilkan mataku. "Tahu pun kau. Habis tu, tak nak min--"

"Aku takkan minta maaf..."

Syiball!!

Jujur aku rasa macam nak tumbuk muka mamat ni sekarang jugak. Biar makin banyak lebam kat muka tu. Tapi aku diamkan sahaja. Sabar je lah, Min Hyera.

"Kau memang s--"

"...sebab kau sendiri yang balas ciuman aku. So, aku anggap yang kau pun suka."

Aku terkedu.

Ah sial. Padan muka kau Min Hyera. Siapa suruh kau jadi bodoh sangat masa tu. Kan dah dapat malu.

Aku melarikan pandanganku dari bertembung dengan anak mata Taehyung. Aku berdehem malu. "So what?"

Taehyung diam.

Dan keadaan menjadi sunyi seketika. Menimbulkan rasa kekok pada diriku. Dia ni dah bisu ke apa?

"Kalau dah takde apa-apa aku nak k--"

"Nak lari?" pintasnya. Terus membuatkan lidahku kelu.

Niatku untuk menyambung semula kerjaku terhenti. Aku toleh ke belakang. Dan sekali lagi mata kami bertembung.

"Yang kau menyibuk apa hal? Suka hati aku lah" sinisku sambil menjelingnya.Tanganku disilangkan ke dada tanda aku tak suka dia ambil tahu pasal hak hidup dan mati aku.

Tiba-tiba, Taehyung ketawa. Ketawa macam orang gila. Tetapi masih kedengaran sinis di telingaku. Apa? Aku ada buat lawak ke sampai kau gelak macam nak separuh mati bagai?

Selepas berberapa saat, ketawa Taehyung terhenti. Syukurlah, setan dalam badan dia dah keluar.

Taehyung lap air matanya yang keluar di tubir matanya akibat ketawa tadi. "Tak sangka. Lepas ciuman tadi, kau tiba-tiba jadi pengecut. Sebab benda kecil pun kau nak lari. Kenapa bodoh sangat kau ni? Mana kau campak otak kau yang kononnya bijak sangat tu sampai suka hati merancang percutian ni semata-mata untuk pulihkan aku, hah?"

Kata-kata sinis Taehyung yang menyapa pendengaran terus membuatkan hati aku terasa pedih. Pedih sangat. Taehyung yang aku kenal takkan bercakap kurang ajar dengan perempuan walaupun perempuan tu ialah orang yang paling rapat dengannya. Dia benar-benar dah berubah. Dia bukan lagi Taehyung yang aku cintai.

Aku benci kau, gila!

Aku pejam mata apabila terasa mataku mulai panas. Lemahnya kau, Hyera.

"Kau nak apa?" Sedaya upaya aku mengawal suaraku agar esakanku tidak keluar. Sungguh lelaki ini, telah menghancurkan hati aku.

Mataku masih terpejam. Jadi aku tak dapat lihat ekspresi wajah Taehyung pada masa ini. Terserahlah dia nak marah ke apa, aku dah tak kisah. Aku sedar yang aku lemah. Biarkan sahaja.

Tiba-tiba, bahu kananku terasa dipegang. "Pandang aku" pinta Taehyung.

Namun, aku masih takut untuk bertentang mata dengannya. Takut yang aku akan menangis di hadapannya lagi. Hati aku lemah. Dan itu sugguh memalukan.

"Pandang aku, MIN HYERA!!" tengkingnya membuatkan aku tersentak. Genggamannya pada bahuku juga semakin kuat.

"Ahh, s-sak--"

Seperti yang aku jangka, air mataku mula jatuh sejurus aku membuka mata. Tetapi yang lebih mengejutkan aku, apabila anak mata Taehyung menikam anak mataku, aku mula sedar sesuatu.

Aku melihat setitis air jernih jatuh ke pipinya. Dan mengalir membasahi pipinya. Ya, dia menangis lagi.

Bagaikan kaku. Aku hanya berdiri sambil menatap wajahnya sambil mataku tidak henti-henti menumpahkan air mata.

"Tolong aku.."

Kemudian, tubuhku ditarik laju dan aku jatuh ke dalam pelukan hangatnya. Aku keliru. Keliru dengan lelaki ini. Sikapnya asyik berubah-ubah. Menyebabkan aku sukar memahaminya. Aku tertanya. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran lelaki ini?

"Tolong aku hilangkan perasaan ni, Min Hyera"



- TBC -

Vote and Comment^^

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now