Aku akan pastikan, selepas aku berjaya mencapai cita-cita aku, aku akan rampas balik Taehyung daripada kau. Taehyung akan jadi milik aku semula.
Mulai hari ini, kau adalah musuh aku...
Min Hyera.
~~***~~
[ Hyera POV ]
"Betul ke kamu nak balik ni?" Suara oppaku yang bergema dari dalam fonku menyapa pendengaranku.
"Ra tak kira, Ra nak balik jugak. Muktamad" tegasku sambil mengemaskan barang-barangku ke dalam bagasi.
"Taehyung macam mana? Dia nak balik j--"
"Jangan sebut pasal dia lagi oppa!" jerkahku perlahan tetapi nada suaraku masih perlahan. Takut didengari oleh penghuni rumah ini. Terutama sekali Taehyung.
Yoongi oppa terdiam.
"Terpulanglah pada dia macam mana dia nak hidup. Ra dah tak kisah" jelasku lagi.
"Hei, kamu nangis lagi ke?" soal Yoongi oppa yang menyedari nada suaraku mula berubah.
Aku kemam bibir malas hendak membalas pertanyaannya.
Auchh!
Aku sentuh bibirku yang terasa pedih dan berdenyut. Pedihnya memang kepalang.
Cermin yang terletak di atas meja aku capai. Aku tilik wajahku dan kemudian bibirku. Aku sentuh lembut bibirku yang sudah keunguan dan membengkak. Sesekali aku mencarut dalam hati. Taehyung tak guna. Ni semua salah kau! Terkenangkan peristiwa yang berlaku pada petang tadi menambahkan lagi carutanku.
"Yah! Oppa dah pesan jangan mencarut!" jerit Yoongi oppa membingitkan telingaku. Memang patut pun dia terdengar sebab aku buat mode speaker.
Aku berdecit. Dia takpe pulak.
"Jangan membebel boleh tak? Makin serabut kepala otak Ra ni"
Keluhan kecil kedengaran dari suara Yoongi oppa. "Okeylah, just bagitahu oppa apa yang dah jadi sebenarnya"
Kali ni giliran aku pula yang mengeluh. Apa yang berlaku, semuanya dah jadi tak betul. Ini bukan apa yang aku mahukan. Aku benci semua ni. Benci!
"Takde ap---Yahh!!"
Tindakanku untuk mengemas terhenti apabila fonku dirampas oleh seseorang yang sudah menimbulkan rasa benci aku ni terhadapnya. Siapa lagi kalau bukan Taehyung.
Dengan selamba dia meng'off'kan mode speaker pada fonku. Kurang asam kau, alien!
"Yoongi Hyung, batalkan tiket tu. Sekarang!" ringkas Taehyung menjawab membuatkan aku terkejut.
"Tae? Tapi--"
Tuttttt~
Taehyung dengan selamba badak memutuskan talian. Lalu dicampakkan fonku ke atas katilnya. Ini dah lebih!
Aku pantas berdiri. Matanya aku renung tajam. "Kau kenapa hah?"
Dadaku mula naik turun akibat menahan marah. Sungguh lelaki ini telah mencabar tahap kesabaranku. Tidak cukup lagikah dia tidak menghormati aku tadi? Sekarang dia mula bermain-main dengan api kemarahan aku. Shit!
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Move On + KTH
Fiksi Penggemar"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
11 ; Help Me
Mulai dari awal
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)