TFP47

998 81 2
                                    

Bermulanya minggu Amar Ma'ruf Nahi Mungkar,  maka setiap pagi akan diadakan ma'thurat dan tazkirah di surau. Pelbagai gelagat para pelajar di surau pada hari itu.

Sudah semestinya ramai telah syahid di medan perang melawan hawa nafsu. Sesetengah pelajar mithali mencatat setiap butir mutiara yang keluar daripada mulut guru di hadapan.

Amy dan Ema pula berusaha sehabis mungkin. Jangan tido! Jangan tido!  Jangan tido!  Sudah banyak kali pesanan itu dititipkan ke mata,  tapi impuls saraf tidak membawanya ke otak. Mereka tewas di dalam dengkuran halus.

Setelah salam diberi, kemudian majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr, cepat2 para pelajar keluar dari surau. Namun, ada yang masih tidur sementara menunggu para pelajar berebut keluar.

Ema dan Amy mengambil peluang untuk berbaring. Wahhh.. Selesanya. Tiba-tiba datang Suhaili, gadis ayu itu duduk di sebelah mereka.

"Sahabat,  jom masuk kelas? Su tak ada kawan lah" sengaja dia berkata begitu,  kalau tak ajak memang pontenglah jawabnya anak2 ini.

Kembar itu tersenyum hambar. Aduii... Kacau line betul mak cik ni,nasib baiklah kau ni berhati suci murni.

"Jom" mereka pun angkat kaki dari surau, menuju ke kelas.

.
***********

.
"Setiap petang, pelajar2 wajiblah hadir ke dataran pada pukul 5.30 petang, kita adakan bacaan ma'thurat petang dan cabutan dakwah. Harap semua bersedia ya" umum Rina, selaku ketua kelas. Suara lantangnya mampu didengari oleh seisi kelas. Kemudian, terdengarlah suara-suara yang tidak puas hati.

"Apa dia cakap? Cabutan dakwah? Apa tu? " soal Ain. Tidak pernah dia mendengar 'cabutan dakwah' sepanjang hidupnya.

"Tunggu saja petang ini" kata Halal untuk memujuk hatinya yang berasa tidak keruan. Aura-aura negatif sering mengganggu kepala otaknya.

Setelah loceng tanda rehat berbunyi, boleh dikatakan semua pelajar menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan ilmiah.

"Aduh, aku banyak kerja pula hari ini. Penuh umat manusia dalam perpustakaan'' adu Halal. Rasa malas sudah melingkar di badannya.

"Kenapa ramai orang pula dalam perpustakaan? Buat apa dalam tu? " soal Amani, hairan memikirkan hal itu.

"Diorang cakap cabutan dakwah itu, kita diberi nombor, kemudian ada cabutan nombor, pastu pemilik nombor tu ke depan dan bagi tazkirah" terang Halal. Maklumat daripada pelajar lelaki yang didengari tadi disebarkan.

"WHAT?! "

Twins Fighter!  [C]Where stories live. Discover now