TFP46

1.1K 90 17
                                    

Satu sekolah gempar! 

Kembar dua ketul ni dah berhijrah...

"Dunia nak kiamat ke? "

"Ikhlas ke?  Ke nak tackle MIJ? "

"Ada ikan bilis disebalik nasi lemak ni"

"Hipokrit"

"Alhamdulillah..  Akhirnya"

Banyak respon yang keluar dari mulut2 pelajar di sekolah ini. Bukan satu batch saja yang terkejut,  senior dan junior juga terkejut. Mana mungkin,  kembar yang laghoo bayak tiba2 berubah?!

.
************

Hari ini,  perhimpunan rasmi diadakan. Setelah habis menyanyikan lagu2 yang wajib dinyanyikan,  tibalah untuk pengetua dan segala PK berucap.

Pong pang pong pang

Segala laporan dibentang.

Semua pelajar berasa macam dah nak muntah pelangi dengar ucapan2 dan sindiran2.

"Menjemput pengetua untuk merasmikan minggu Amar Ma'ruf Nahi Mungkar 2.0 sambil diiringi guru BTD" kemudian,  terdengarlah tepukan hambar daripada para pelajar. Semua masih terkejut. Fobia amar ma'ruf nahi mungkar yang dulu pun belum hilang. Sekarang dah ada yang kedua. Mati lah...

Setelah usai perhimpunan,  para pelajar pulang ke kelas sambil merungut mengenai program BTD itu,  apabila digabungkan suara2 sumbang ini,  dengar macam bunyi lalat sahaja.

Ngeeeee...

Ngeeee...

Ngeeee...

Pap!

Amy menampar lalat di mejanya. Nasib tak baik,  lalat tersebut berjaya terbang.

"Ema, Amani, Halal, Ain" semua menoleh ke arahnya.

"Kenapa? "Soal mereka serentak. Kemudian mereka ketawa,  terasa lucu sebentar tadi.

"Nak tak kita tolong MIJ? Kita kan dah banyakkk sangattt buat salah dengan diorang? " cadang Amy. Dia sudah fikir masak-masak dan itulah keputusannya.

"Are you seresss??! " soal Ain tak percaya, dulu bukan main,  aku tak suka lah, benci, boikot apa semua..  Alih2 sekarang? Nak tolong?

"Alah..  Aku rasa bersalah. Lagipun diorang tak tahu kan yang kempen yang tak jadi tu kita sabotaj, kan? " soal Amy. Mereka tak angguk, tak geleng. Keras semua. MIJ itu susah diramal, jangan2 diorang dah tahu semua rahsia...

"Hmm..  So how? " soal Amy kepada sohabat dunia akhiratnya itu.

"Aku ikut je" kata Halal. Amani turut mengiyakan.

"Okay eh? "Senyuman ditarik hingga ke telinga. Amy berasa seronok. Banyak lagi yang perlu dia pelajari daripada semua orang. Nak berubah, kena kuat!

.

********

.
Ema mengayunkan katinya sambil menunggu Amy ke toilet. Mereka ingin turun ke kantin untuk rehat.

Tiba2 dia disapa oleh Rokiah,  kawan zaman jahiliyyah dulu.

"Ema,  kau dengan Amy apehal ni? Kena sampuk ke? Tiba2 je berubah... Waktu kau berubah aku macam tak rasa apa sangat sebab perangai kau still sama, tapi lepas Amy pakai tudung, aku nampak korang lain. Kenapa?  Acah eh? " sinis kata2 Rokiah.

Alamakk,  otak Ema tanak bekerjasama pula. Dia tidak tahu hendak menjawab soalan KBAR (aras rendah) itu bagaimana.

"Rokiah, hidayah Allah tu kat mana2 saja. Allah tu boleh bagi hidayah kepada hambaNya yang mana Dia kehendaki. Kalau Allah nak jadikan kau batu pun boleh... Sudahlah tu...  Bila lagi korang nak berhenti jadi gangster? Kalau bukan sekarang.. Korang bukannya muda lagi. Dah form four nak masuk form five dah pun" Fayyadh tenang bersuara. Walaupun tersentap sedikit dengan kata2 Fayyadh tapi Ema bersyukur kerana Fayyadh menyelamatkannya.
"Hmm.. Yelah tu Fayyadh oi.. Kau je yang betul. Kau ulama' kan? Ha..  Kau ambik je semua.. Aku tanak pun" Rokiah mula berasa menyampah dengan Fayyadh. Hatinya yang keras itu tak mampu ditembusi oleh nasihat2 Fayyadh.

"Rokiah,  apa cakap macam tu? " tegur Ema.

"Apa yang Fayyadh cakap tu betul. Allah itu pemberi hidayah" sokong Amy yang muncul secara mengejut.

"What the?!  Apesal semua pakat jadi malaikat ni?  Mana semangat korang macam dulu? Tentang MIJ habis-habisan?! " soal Rokiah, hatinya terasa panas.

"Semua semangat tu ke laut" balas Amy, dingin sedingin mukanya.

Hidung Rokiah kembang kempis, menahan amarah di hatinya.

"Pergi mampos lah dengan hijrah korang tu!! " Eokiah pun angkat kaki daripada kelas itu. Fayyadh menggeleng perlahan.

Ema dan Amy hanya bersedia untuk mengejar Rokiah namun dihalang Fayyadh.

"Biar dia sejuk sikit"

Twins Fighter!  [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora