1-Babysitter

113K 3.3K 177
                                    

Te Amo, Mi Lady
'Love my kids and I ❤️ you'

Seraut wajah mulus bayi yang tidur di atas dadanya ditatap sayang. Nur Ayra. Nama selembut wajah. Yalah, masih kecil. Tapi terkenangkan nasib anak kecil yang ditinggalkan ibu kandungnya sendiri itu, memarakkan api marah dalam hati Iman.

Ya, Adaya Imani. Enak dipanggil Iman. Sebuah kisah jauh dari biasa yang mengisahkan hidup seorang Iman yang biasa-biasa. Ini bukan tentang kahwin paksa, kahwin terlanjur, kahwin tak jadi dan bukan mirip semua kisah cinta biasa di luar sana.

 Ini kisah Iman dan jalan takdir hidup berserta anugerah Tuhan buatnya.

Nur Ayra dan abangnya, Muhammad Aidan yang merupakan anak buah Iman. Mereka berdua anak kepada sepupunya, Ilham Nazariel. Tapi peristiwa yang lalu telah menjadikan Ilham Nazariel seorang duda dan Iman sebagai tempat Aidan dan Ayra merasa kasih sayang seorang ibu.

Ibu bukan secara biologi.

Aidan ditinggalkan oleh ibunya ketika dia berusia 5 tahun. Ayra kehilangan ibu pada usia yang baru meninginjak satu tahun. Mereka membesar dengan kekurangan kasih sayang dan dahagakan sentuhan tangan seorang ibu. Ilham turut menduda diusia muda, berdiri diatas kaki sendiri membesarkan dua orang anak.

Mariana.

Bekas isteri Ilham yang telah diceraikan berbulan yang lalu dan juga perempuan yang melahirkan Aidan dan Ayra ke dunia. Melahirkan sahaja, tapi kewujudan Aidan dan Ayra sedikit pun tidak mengubah pendirian Mariana yang tidak mahukan anak. Malah dia memutuskan untuk membenci Aidan sejak anak kecil itu dilahirkan.

5 tahun lalu setelah Aidan lahir ke dunia,  Iman diberi kepercayaan oleh Ilham untuk menyusukan anak kecil itu. Dan begitu juga dengan Ayra. Mereka dua beradik adalah anak susuan kepada Iman.

Iman yang terlalu sayangkan Aidan memutuskan untuk mengambil rawatan tradisional dan nasihat doktor supaya dia boleh menyusukan Aidan dan Ayra. Sejak itu, Iman menyimpam dendam terhadap seorang bernama Mariana. Bukan kerana tugas ibu yang dia terpaksa ambil alih, tetapi kerana tanda tanya yang tidak pernah terungkai di benak. 

Apa yang membuat Mariana begitu tekad dengan keputusannya? Sungguh tidak punya perasaan. 

Bunyi tombol pintu dipulas dari luar menyentak lamunan Iman tentang kisah anak- anaknya.  Dia telah lama menganggap Aidan dan Ayra sebagai anaknya dek kerana rasa sayang terhadap mereka berdua itu.

"Mamaaa..." Panggil Aidan sambil menjenguk ke dalam bilik Iman.

"Ya sayang, sini." Sahut Iman dan menggamit Aidan supaya mendekat.
Tadi dia masuk ke dalam bilik untuk tidurkan Ayra, hampir terlupa bahawa Aidan masih di luar menonton kartun kegemarannya.

Aidan berjalan mendekati katil. Anak ini semakin lama semakin jelas kelihatan persis figura ayahnya. Cuma berbeza sedikit ton warna kulit. Nama pun anak kecil, tinggal di rumah saja. Berpeluh pun dalam pendingin hawa.

"Sorry Mama lupa. Adik taknak tidur tadi." ucap Iman dengan lembut sambil mengusap rambut Aidan yang menyebamkan kepalanya di perut Iman.

Aidan menggeleng kecil tetapi masih belum mengangkat wajahnya menyebabkan Iman merasa geli. Dia sangat suka manjakan Aidan dan Ayra. Lagipula dia jaga Aidan dari kecil.

Aidan semasa masih kecil sangatlah manja dengannya. Mungkin sebab itu Ayra lebih teruk manjanya. Kalau nak tidur malam mesti ada papa dia, baru mau tidur. Tapi beza Aidan dengan Ayra ialah, Aidan dulu kuat menyusu. Dia berhenti menyusu badan ketika umur 2tahun. Itupun sebab dipaksa . Dulu Iman perlu minum milk booster dan kalau keluar jalan-jalan bawak Aidan sangat leceh. Mesti kena berhenti kejap aktiviti untuk menyusukan dia, dahlah susu yang diperah tak nak minum. 

The Mama [C]Where stories live. Discover now