Tanpa judul bagian 1

233 2 0
                                    

Apabila waktu ingin ke pejabat, aku disapa mesra oleh ibuku. Ibu menyuruh aku mengambil sarapan dahulu sebelum bergerak pergi ke kerja. Aku tanpa berlengah masa terus ke meja sarapan dan duduk di atas kerusi. Aku tanpa banyak cakap, aku tuangkan air milo ke cawan yang berada tepat dihadapanku manakala ibu aku pula masuk ke dapur mengambil mee goreng untuk di hidangkan di atas meja. Lalu dia mencedok mee goreng ke dalam pinggan yang berada di tepinya lalu menghulurkan kepadaku.


Sedang asyik aku makan, aku ditegur oleh ayahku "hmm baru pagi ini ayah nampak kamu bersarapan, selalunya tak de masa je yang kamu bagi alasan untuk menolak ajakan ibumu, tapi kenapa pagi ini kamu macam pelik je ayah tengok''. Aku pun terus menjawab " ehh ayah ni, Uni takde laa pelik sangat pagi ni, tetiba je rasa nak makan masakan air tangan ibu".Ayah pun mencelah, Uni nanti rasa masakan air tangan isteri pula ya? Hahh terkejut aku dengan kata-kata ayahku, kelu lidah aku mendengarnya.


Tak sampai seminit, ibu pun terus duduk di hadapanku dan dengan nada yang lembut, dia berkata bahawa mereka dah berbincang dan bersetuju untuk menyatukan aku dengan gadis pilihan mereka. Maknanya mereka dah ada jodoh untuk aku, bisik hatikku. Ibuku berkata lagi, aku harus mengikut kemahuan mereka kerana mereka ingin melihat aku berkahwin sebelum mereka pergi menghadap ilahi. Mereka berharap aku bersetuju dengan permintaan mereka kali ini, kata ibu kepadaku dengan nada yang bersungguh-sungguh.


Aku pula jadi serba salah untuk mengatakan ia ataupun tidak, jadi aku mengambil keputusan dengan memberitahu mereka bahawa biarlah aku fikir dahulu, sebab soal kahwin ni tak boleh buat acuh tak acuh. Aku pun terus menggapai beg kerja aku dan berdiri terus ke arah orang tua aku dengan menghulurkan tangan untuk bersalam sebelum aku berlalu pergi dengan meninggalkan jawapan yang diharapkan oleh orang tuaku.


Keluh aku dalam hati, aku langsung tak pernah terfikir untuk berkahwin buat masa sekarang ini. Aduhai mereka pula seakan mendesak aku ni, aku harus cari jalan untuk menolakknya. Buntu aku dibuatnya, tak tahu nak bagi alasan apa kat mereka, fikir aku dalam hati aku sanggupkah aku membantah permintaan mereka.Hmm nak buat kerja pun tak fokus, asyik benda tu je melekat dalam kepala otakku ketika ini. Kalau boleh memang nak je aku tolak permintaan mereka tapi aku bagaikan tak sanggup untuk menolak permintaan mereka sebab aku lihat mereka seolah-olah mengharapkan aku bersetuju dengan permintaan mereka kali ini. Aku tak nak menghampakan hasrat mereka sebenarnya tapi hati aku ini, sanggupkah aku menerimanya. Ya Allah kau kuatkanlah hati aku kali ini.


Hatiku bercampur baur ketika ini memikirkan yang diriku akan menamatkan zaman bujang. Bukan aku tak nak kahwin tetapi aku nak capai dulu impian dan kemahuanku namun aku bagaikan didesak hebat oleh orang tuaku. Kerana ingin menjaga hati mereka, aku harus menuruti sahaja permintaanya kali ini kerana sebelum ini mereka tidak pernah menuntut apa-apa pun dariku. Tapi aku rasa serba salah tatkala memikirkan perkara ini sama ada nak membantah ataupun nak mempersetujui permintaan orang tuaku, hatiku runtun dan gundah gulana jadinya. Dalam masa yang sama aku tak nak kecilkan hati mereka, dalam hati kecil aku "demi mereka aku terpaksa turuti hasrat mereka dengan mempersetujui permintaan mereka namun jauh di sudut hatiku, aku belum bersedia lagi untuk menjadi seorang suami dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami".


Selesai sahaja makan malam, aku mengajak ibu dan ayahku untuk berada di ruang tamu untuk berbincang mengenai permintaan mereka pada pagi tadi. Aku tanpa berfikir panjang terus mengatakan kepada mereka bahawa aku telahpun bersetuju dengan permintaan mereka dan yang paling jelas gembira adalah ibuku, dia segera memeluk aku selepas mendengar persetujuan dari aku. Ibu aku mengucapkan terima kasih kepadaku kerana menuruti permintaannya. Dalam hati aku, aku buat ini semua untuk orang tuaku yang tercinta, tak sanggup aku untuk melukai permintaan mereka kerana mereka sudah menjaga aku dari kecil sampailah ke hari ini. Fikirku lagi sebagai seorang anak, aku harus mendengar dan mengikuti kemahuan mereka kerana aku adalah satu-satunya anak yang mereka ada.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ADA BAHAGIA DI PENGHUJUNGNYAWhere stories live. Discover now