Iman menyatukan dahi mereka . Masing-masing cuba mencari nafas yang hilang .

"I'll take you to somewhere . Be ready sayang " terus dahi Dahlia diciumnya sekilas sebelum dia berlalu ke bilik air . Dahlia bangkit dari baring terus menyediakan pakaian Iman .

-------------------

"Cantiknya sayang " ujar Dahlia yang seakan kagum dengan pemandangan dihadapannya .

Mereka kini di Nanji Han Park River . Taman rekreasi terbesar di Seoul . Bermacam aktiviti riadah boleh dilakukan disini . Kini disekeliling mereka ialah keluarga yang meluangkan masa memandangkan hari ini ialah hari minggu . Tak lupa juga pasangan-pasangan kekasih yang tidak mahu melepaskan peluang .

Mereka berdua sedang berjalan berpegangan tangan menghirup udara nyaman Seoul .

"Jum main basikal ! " Iman terus menarik hidung Dahlia sebelum membawa Dahlia ke tempat penyewaan basikal .

Selesai membuat tempahan online Iman terus menuntun dua buah basikal ke arah Dahlia yang menunggu di bangku .

Dahlia terus terlompat-lompat menghampiri Iman . Basikal dikanan Iman diambil . Menolong Iman menuntun basikal itu .

"Pandai tak naik ? " ujar Iman . Dahlia menjeling menyampah . Iman tergelak kecil kerana dapat mengusik Dahlia .

Dahlia mengayuh laju meninggalkan Iman yang mengayuh dengan tenang dibelakang . Bukan dialah kalau dia laju-laju yang macam budak-budak .

"Perlahan sikit Qistina ! Jatuh nanti ! "
"Pandang depan Qistina ! "
"Pegang brek tu Qistina ! "
"Kayuh perlahan Qistina ! "

Dahlia ketawa dengan luangan Iman yang sama . Takut benar dia akan tercedera . Dahlia menoleh kebelakang dengan kayuhan laju sambil ketawa .

Iman tergelengg kepala dengan sikap budak-budak isterinya .

"Sayang watch out ! " belum sempat Dahlia berpaling dia terus rebah ke bumi dengan basikal .

Terlalu leka memandang Iman hingga tidak perasan dengan tembok yang berada dihadapan . Yang memisahkan jalan kenderaan dengan jalan untuk pengguna basikal.

Dahlia tak henti-henti mengaduh sakit sambil menopang tangan kanannya yang tercedera di siku . Iman terus mengayuh laju hampir saja dengan Dahlia terus dia lompat dari basikal . Tak pasal-pasal melayang duit kena ganti basikal .

Laju dia menolak basikal diatas Dahlia ke tepi . Tangan Dahlia diambil lalu ditilik kemudian dia meniup perlahan siku Dahlia yang berdarah .

"I told you ! Sebab ni aku pesan ! Aku taknak kau cedera " ujar Iman tegas . Sikit macam mana pun luka isterinya dia turut akan merasai . Bagi dia jika Dahlia terluka dia bukan suami yang baik .

Dahlia ketawa kecil . Pipi Iman yang melutut disisinya meniup dengan bibir comel itu diusap .

"I'm fine . Tengok sikit je lah . Darah pun malu-malu nak keluar " ujar Dahlia sambil tersengih . Iman dengan riak tegang tadi terus berubah tersenyum . Tersenyum kerana kecomelan isterinya .

"Jangan buat lagi okay ? You hurt me too by doing this ! " terus Iman menarik Dahlia kedalam dakapannya . Dahi Dahlia dikucup berulang kali .

Setelah dibawa ke klinik itupun desakkan Iman mereka pulang ke Hotel . Kaki mereka berdua seakan sudah beku kerana berjalan terlalu lama di luar .

"Aaaaaa !!!! " teriak Dahlia tiba-tiba . Iman yang sedang merokok dibalkoni terus melempar rokoknya berlari kedalam bilik.

Tubuh Dahlia dibelek dengan cemas . Dipusing kiri dan kanan mencari dimana kesakitan isterinya .

"Sayang , kenapa ? Are you okay ? Sakit kat mana ? Kena air ke dekat luka sayang ? " soalnya bertubi-tubi . Jelas riak cemas diwajahnya .

Dahlia laju menggeleng sebelum tersengih.

"Sejuklah baby.. tadi dalam toilet heater buka yang sejuk habis basah mandi dengan air sejuk . Beku organ sayang " adu Dahlia dengan riak seakan tidak bersalah dengan apa yang dia lakukan .

Iman mengetap gigi sebeluk mencubit pipi gebu Dahlia .

"Eiii suka sangat buat orang risau ! " ujar Iman . Dahlia mencebik mengusap pipinya yang perit kerana cubitan Iman .

"Sakitlah ! " balas Dahlia . Iman dijelingnya tajam .

"Aku tahu apa yang boleh panaskan kau balik . Nak tak ? " soal Iman . Dahlia yang tadi merajuk terus terangguk-angguk mahukan ia .

"What is it ? "

"Me "

Terus tubuh Dahlia ditolak hingga terbaring diatas katil . Iman terus menindih tubuh Dahlia memeluk erat tubuh genit itu . Menyalurkan kehangatan tubuhnya .

Dahlia yang merasa hangat terus merangkul tubuh Iman erat seolah-olah sedang memerah semua cecair hangat tubuh Iman .

"Sayang , i want you tonight .. can we ? " bisik Iman perlahan di telinga Dahlia . Dahlia menggigit bibir bawahnya .

Dia tahu perkara sebegini akan terjadi . Tak lama kemudian , dia mengangguk kecil . Iman tersenyum kerana berjaya mendapatkan Dahlia luar dan dalam .

Sepotong ayat dibaca sebelum mereka benar-benar sah menjadi suami isteri .

Semoga bahagia kekal menjadi milik kalian berdua .

Dia , Bidadari Tak Bersayap . Episode 13

Dia , Bidadari Tak BersayapOnde histórias criam vida. Descubra agora