" For sure , daddy nak korang bertunang minggu depan . Lagipun , birthday Sophia kan sama dengan Ray . Sambut la sekali " . Dum ! Suasana jeda seketika .
" Yelah kalau itu yang daddy dan mummy mahukan . Ray ikut je " , aku terpaksa terima walaupun hati tak rela.Takpelah kita tengok dulu cemana.
" Tak sabarnya mummy nak tengok kamu berdua ni . Kan , Sophia ? " , mummy menggenggam tangan Sophia . Sophia hanya senyum dan angguk kepalanya .
Sejak hari tu , aku kena temankan Sophia pergi shopping , temankan dia makan di restoran dan tangkap gambar bersama - sama . Haishh..ini semua mummy la kena tunjuk gambar pulak , kalau tak , nanti tak percaya . Bukan tu saja , Sophia pulak pergi post dalam Instagram . Habis kena gosip kat sekolah .
Rasanya dah berapa hari aku tak jumpa Alysha . Tak boleh jadi ni , kena jumpa dia juga . Tak silap dia masuk teater yang..The Ugly and The handsome tu .
Kakiku melangkah laju ke auditorium . Aku nampak sedang berlatih dengan pelajar yang lain . Aku mengambil tempat duduk belakang . Saja , senyap- senyap nak tengok dia .
End of Tengku Raykal's POV
" Ayden , awak kena lebih tegas sikit. Muka tu tunjukkan , ekspresi kena tepat . Awak semua kena bawa watak dengan baik . Fahamm.. " , tegur Miss Flora .
" Fahamm Miss " , jawab mereka yang lainnya .
" Alysha , kamu jangan lupa script . Cakap biar jelas. Hafal lirik juga . Kita ada seminggu je lagi sebelum nak persembahkan depan orang ramai . Saya akan menguar- uarkan dalam portal Royal High School " .
Alysha mengangguk faham . Kemudian , dia sambung praktis . Alysha memegang watak The Ugly . Miss Flora kata watak itu sesuai dengannya kerana Alysha pelajar yang lain dari yang lain . Bukan kerana pakaiannya yang berbeza tetapi bakatnya yang padan dengan watak tersebut .
Dalam cerita ini , Alysha membawa watak sebagai Humaira dimana pipinya bahagian kanan mempunyai parut merah gelap akibat terlibat dalam kebakaran . Jadi , orang sentiasa takut apabila melihat mukanya. Humaira selalu berseorangan ketika di sekolah.
Ayden , Miss Flora memilihnya untuk membawa watak The Handsome iaitu Adam sesuai dengan mukanya yang kacak dan kemas itu .
Watak lain seperti , pembuli , kawan kepada Humaira dan Adam diberikan kepada pelajar yang selebihnya .
Pada program mentor - mentee , Adam dipilih sebagai mentor kepada Humaira kerana Humaira lemah dalam subjek add math . Dari situ , Adam dapat tahu kehidupan Humaira yang selalu dimaki dan dicaci oleh orang sekeliling . Adam sentiasa menjadi penyelamat kepada Humaira .
" Good job semua , kita sambung esok lagi ya . Pastikan datang sharp pada waktunya . Lirik lagu ni jangan lupa hafal " . Pesan Miss Flora selepas 3 jam mereka praktis .
" Sha .." , panggil Raykal dari seatnya apabila Alysha ingin keluar dari auditorium .
Alysha menoleh .
" Ray , ha ada apa " . Dingin saja sapaan dari Alysha .
" Sha , lama aku tak jumpa kau . Kau rindu aku tak " , kata Raykal dan sengih pada akhir ayat .
" Sikit pun tak " , Alysha terus berlalu keluar .
" Wait..Sha..kenapa ni " . Raykal cepat- cepat mengejar Alysha yang terus hilang dari pandangan matanya .
" Sha , aku ada buat salah ke ? " , soal Raykal ,cuba mencari penjelasan daripada mulut Alysha .
" Aku tak nak la kacau , kau dengan Sophia "
" Sophia ? Dia tu kawan masa kecik aku je la . Bila masa aku couple dengan dia "
" Aku tengok korang macam bahagia je . Malas la nak kacau boyfriend orang " .
' Sejak bila pula Alysha jealous ni . Dia suka aku ke ' , kata Raykal di dalam hati
' Eh kenapa pula aku cakap macam tu , nampak macam aku jealous pulak . Aduhh mulut ni kann ' . Alysha menyumpah dirinya di dalam hati .
Ayden yang tidak jauh dari situ terus datang ke arah Alysha dan Raykal .
" What' s wrong , Ray . Kenapa nak kacau Alysha . Ada benda yang tak kena ke " , Ayden menyampuk dalam perbualan mereka .
" Tak de apa , dah la Ray . Aku nak balik . Penat " .
" Kejap Alysha , aku tak habis lagi ni "
" Apa - apa je lah " , nampaknya Alysha benar- benar tawar hati untuk bercakap dengan Raykal .
" Raykal , biasalah perempuan . Ada hari bad mood , mood swing la . Kita laki ni kena faham" , ujar Ayden memegang bahu Raykal .
" Yelah .." , kata Raykal mendatar .
Raykal pergi ke tempat parkir keretanya . Dia lihat Sophia sudah ada disitu .
'Argh.. sudah. Tak cukup ke aku dah teman gi shopping semua . Ni nak tumpang balik pulak. Sebok la minah ni ' Raykal merengus di dalam hati .
" Ray...boleh tak Sof nak tumpang kereta . Mama Sof tak dapat nak ambil harini" , pinta Sophia .
" Masukla" . Raykal terpaksa akur atas permintaan Sophia .
Klik !
Satu lagi foto berjaya diambil oleh figura yang berselindung di sebalik pokok .
Semua bukti dikumpulkan .
👑 👑 👑 👑 👑 👑 👑 👑 👑 👑 👑 👑 👑
Hi guyss , ni nk bgitau , author akan update setiap jumaat & sabtu .
Nk bagi penghargaan skit..
Do vote and comment nnti author followback ! ♥️
Kalau ada nak tnya apa ke comment la ya 🤗
YOU ARE READING
Royal High School
Ifjúsági irodalomAlysha terpaksa berpindah sekolah disebabkan Dato' Shahrul iaitu papanya ingin menumpukan perhatian kepada syarikat baru di Damansara . Masuk sahaja di sekolah itu , ramai yang memandangnya hairan kerana Alysha satu - satunya pelajar yang memakai tu...
23 : Childhood friend
Start from the beginning