10 : Hurt

10.6K 578 13
                                    


Lepas sekolah...

Alysha' s POV

Setelah menutup loker , aku berjalan ke pintu pagar sekolah. Hari ni balik lewat sikit sebab ada kelas tambahan. So , sunyila sekolah.

Aku berjalan agak laju kerana gementar. Entah kenapa rasa tak sedap hati pulak. Derapan kaki seseorang menyentakkanku untuk berhenti berjalan . Aku berpusing. Nothing. Mungkin perasaan aku je kut.

Baru sahaja kakiku melangkah ke hadapan , seseorang telah menutup mulutku dengan kain. Aku meronta untuk lepaskan diri. Malangnya , semua sudah terlambat. Gelap.




Aku terjaga. Kepala rasa berat. Apa yang terjadi ni? Mataku meliar sekeliling . Macam bilik bawah tanah. Wait...bilik bawah tanah? Aku kat mana ni?

Baru aku perasan , badanku terikat pada kerusi . Haish...dorang ni kalau nak ikat pun , ikatlah longgar sikit. Satu sentimeter pun tak leh nak gerak. Aku kena fikir cara nak keluar dari sini.

Aku dengar bunyi kaki dari arah tangga. Dia berpakaian serba serbi hitam. Nampak macam...perempuan. Cap dicabut dan hoodnya ditarik. Yup, perempuan.

" Alysha Shahira Bt Dato' Shahrul " . Dia berkata. Apehal main sebut nama penuh ni? Dia senyum senget.

" Kau nak apa hah?! Lepaskan akulah !? " . Aku menjerit sekuat hati.

" Hahaha..jeritlah..jerit! Tak de sape nak dengar jeritan kau , Alysha ! ".

Dia terus menghampiriku lalu mencengkam pipi. Auch..sakitnya!

" Kau dengar sini baik- baik . Tiada sesiapa pun akan selamatkan kau okay? Tak de sape ". Terus dia melepaskan cengkaman.

" Woi , kalau kau nak aku mati . Kau bunuh jela aku! ". Tak tau mana datang keberanian nak cakap macam tu.

Dia terus memandang aku tajam.

" Heh, kau memang akan mati . Tapi , secara perlahan - lahan " . Jawabnya cukup perlahan tetapi masih boleh didengari aku.

Aku berasa sebak. Papa...Mama..Syazman! Aku rindu keluarga aku ! Sesiapa tolonglah! Mataku berair.

" Takpe, aku biarkan kau nangis dulu. Nangislah sepuas hati kau pun aku tak kisah . Btw, aku Fazura atau lebih tepat lagi , Tengku Fazura ". Kata Fazura lagi dan mendaki tangga ke tingkat atas. Pintu dikunci.

Tak dapat ditahan lagi, air mata turun berjurai - jurai.

" Mama...papa...Syazman!". Aku menyebut nama mereka diselangi air mata. Dan tak sedar , aku tertidur.





" Hahaha...padan muka kau ,Sha! Ni semua sebab kau! Patutnya aku dengan Raykal bukan kau! ". Kata Nisa apabila dia melihat Alysha melalui cctv.

" Faz, you're great ! Good job . Terbaikla..kerja you ". Kata Nisa lagi.

" Well, ni Fazura okay! Kacang je..lagipun diakan musuh aku . Memang habislah dia ". Balas Fazura.

Flashback

Nisa terlihat seseorang di belakang pintu kelasnya.

Siapa dia ?

Pelajar tadi pusing dan terkejut setelah melihat Nisa.

Dia berlari .

" Wait..hey! ". Ujar Nisa.

" Apa? ". Soal pelajar tadi.

Nisa merapati pelajar itu.

" Kau buat apa tadi ?"

" Mana ada aku buat apa - apa "

" Cakap.." . Suara Nisa berubah menjadi tegas.

Pelajar tadi mengeluh.

" Kayla..fine! Tadi aku curi buku latihan Alysha ". Jawab pelajar itu dengan selambanya.

" What? Seriously?"

" Yeah..hah! Baru padan muka dia. And, you know what? Aku buang buku tu dalam tong sampah " .

Nisa terkejut lagi dan kemudian dia senyum.

Inilah masanya !

" Apa nama kau? Aku Raja Khairunnisa , panggil Nisa ".

" Aku Fazura , Faz ".

" Faz , macam mana kau boleh benci dengan Alysha tu?"

" Tch. Budak tu . Sebab dia rapat dengan Raykal lah! Aku ni punya lah suka kat Raykal tu tapi , dia buat tak tahu je. Aku ni sepupu dia kut. Jadi, aku akan berdendam dengan orang yang rapat dengan Raykal ".

Sama betul nasib dia dengan aku~

" Don't worry Faz , kita akan bersama-sama hancurkan Alysha".

" Kita?"

" Ya.."

End flashback

" Tak sia - sia aku ambil kau, Faz". Puji Nisa lagi.

" Yelah, aku tahu aku hebat".

" Next, kau buat apa yang kita bincang tadi". Pinta Nisa.

" Yes, boss..". Fazura membuat tabik hormat seperti askar.

Kemudian,mereka ketawa bersama- sama


* * * * * *

Akhirnya , aku terbangun tu pun sebab terasa orang menampar - nampar pipiku. Dan orang itu adalah Fazura .

" Kalau nak kejut orang pun elok- eloklah sikit. Sakit tahu tak!!".

" Ha...tahu pun bangun . Kau makanla dulu " . Kata Fazura sambil membuka ikatan .

Yeah..inilah peluang aku nak lepaskan diri. Aku bangun dan berlari menuju ke arah tangga.

Pap! Fazura memukul kepalaku dengan kayu. Cecair merah pekat mula keluar dari kepala. Aku berasa pening dan terjatuh.

" Gotcha! Jangan nak lari dari aku okay". Ujar Fazura lalu mengheret aku kembali pada kerusi. Bukan dengan tangan tetapi dengan menarik rambut aku. Sudahla..terluka dia pergi tarik lagi rambut , kau rasa?

Rambut? Ya,diaorang dah cabut tudung aku. Tudung tu pun entah ke mana. Nasib perempuan.

" Wei, sakitla..." . Aku cuba melepaskan tangannya dari rambutku. Gagal.

Nasib kaula , Alysha . You deserve it ! . Gumam hati Fazura.

Aku duduk di atas kerusi.

Memang rasa lemah je sekarang ni sebab kehilang banyak darah.

Selepas itu, Fazura naik ke tingkat atas. Dia kembali bersama peti kecemasan .

Dia membalut kepalaku. Kasar duh. Kurang asam punya Fazura. Aku hanya membatukan diri. Bantah karang , teruk aku jadinya.

" Kau jangan ingat aku buat semua ni sebab kesian kan kau la ". Kata - kata dia betul - betul menusuk di hati aku. Takkan semua orang tak perasan aku tak da kat rumah kut. Mama! Papa! Man!

Ya Allah tolonglah hamba Mu ini. Hantarlah seseorang untuk selamatkan aku. Ya Allah..

Selesai balut , dia menutup peti kecemasan dan letakkan di atas rak. Dahla..bilik ni penuh habuk. Udara pun tak masuk.

Kali ni, dia tak ikat badanku pada kerusi . Cuma dia ikat dekat tangan dan kaki je. Gerak sikit je dah tergesel dengan kulit. Oh ya, dia tutup mulut aku juga. We, aku nak mandi berpeluh dah ni.

Haish...sempat lagi aku nak merungut. Aduh...baru rasa sakit kat kepala.

Kejap, aku tak makan lagi . Perut dah bernasyid!!










Haloo, gais..
Sorry sbb chap kali ni a little bit of kejam. Apa lagi akan terjadi kat Alysha? Next,chap okay?

Do vote and comment!!

Royal High SchoolWhere stories live. Discover now