6 : Dreaming

13.7K 720 30
                                    

Jurusolek sedang menata rias wajah mulusku. Gaun kembang putih kemerahan jambu yang tersarung dibadan kupandang sekilas. Shawl putih yang dililit kemas serta dihiasi mutiara kecil aku pandang penuh yakin. Mataku tertancap pada mahkota yang bersinar di atas kepala.Cantik..

" Tengku Alysha, you're done. You look so beautiful". Kata jurusolek , lalu keluar dari bilik.

Sebelum keluar, aku menyarungkan sepatu kaca seperti yang dilihat dalam cerita dongeng terkenal , Cinderella

Sebaik sahaja aku keluar , keadaan berubah menjadi pokok labirin . Sudah...nak cari jalan keluar la pula. Tiba- tiba, muncul seorang pemuda yang tampan dengan berpakaian lengkap seperti seorang putera. Rambutnya dipacak ke atas. Mata berwarna hazel cerah. Sekali imbas, memang persis Zac Efron .

" Tengku Alysha , will you marry me?" Soalnya sambil melutut , dia menunjukkan sebentuk cincin yang terukir bentuk berlian . Secara tiba- tiba, kelopak - kelopak bunga ros turun seperti hujan tapi dalam slow motion .

" Who are you ?".Soalku, sebenarnya nak tanya lagi, apa motif semua ni?Ada orang nak prank aku ke apa.

" I...bep..bep..bep..bep."

Aik..dia ni robot ke?


Aku terbangun. Jam digital yang terletak di atas meja, kulihat. 5.50 a.m. Awal lagi.

Haih..mimpi rupanya . Astagfirullahala'zim...Tapi, kenapa dalam mimpi tu diaorang panggil aku dengan title ' Tengku' ? Siapa laki handsome tu ? Hu...indahnya mimpi!

Aku lantas memeluk bantal yang berbentuk hati . Dahla..nak mandi


* * * * * * * * * *

Aku terus menuju ke cafeteria. Tak sempat sarapan! Acah nak mandi, last- last tidur balik . Langkahku menjadi laju kerana cafeteria dilihat semakin hampir.

" Hazelnut latte , satu !". Pesanku. Setelah minumanku siap, aku terus keluar untuk duduk di bangku . Kat luar lagi best , fresh air .

Sedang aku berjalan, tiba- tiba aku tersadung ke hadapan dan ---

" Catch , you !" Kata seorang lelaki yang memakai baju lengkap Royal High School . Dia sempat menangkapku dari tersembam jatuh ke hadapan . Alamak! Hazelnut latte ! Habis tumpah kat baju dia and my breakfast!!

" Err..sorry ...sorry I'm really sorry about that..." Kataku tertunduk- tunduk meminta maaf.

" No, it's okay . I nampak you tergesa- gesa sangat ni kenapa?"

" I tak sempat breakfast tadi.."

" Don' t worry. Jom, I teman you breakfast . Tapi, you pergi dulu la..I nak tukar baju ". Dia terus pergi ke tandas sekolah.


Ish....kau ni Alysha. Mata tu kau letak kat mana haa? Nasib dia tak marah ke apa. Jap!asal muka dia sebijik macam dalam mimpi tu? Can't believe it ! Adakah ini jodoh? Hahaha..mengarut gila!

Aku yang tersenyum- senyum , masuk balik ke dalam cafeteria . Kali ni , aku memesan Cookies Frappe . Dengar nama pun, haii...meleleh air liur.

Dia dah tukar baju . Dia memakai jersi bola sepak pasukan sekolah . Rambutnya dibasahkan sedikit . Huhu..cair gila aku.. Woi, apa kau merapu ni Alysha ! Sedar diri tu sikit , kau tu sape.. Aku menampar pipi .

" Sorry I'm late..miss...."

" Alysha " Jawabku , ringkas.

" Nice name , I Tengku Fareez" Jawabnya dan memberikan senyuman yang manis .

Royal High SchoolWhere stories live. Discover now